BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Panic attacked!

Hai semua..
Nak citer pasal ke'panik'kan mak buyong.
Tolong jangan gelak hokeh?

Gini..
Pagi tadi mak yong ni masih gagah dan gigih pergi pasar pagi.
Pasar pagi kat stadium Shah Alam.
Mencari bahan nak buat rendang ayam.
Mak yong tak habes mengidam lagi.
So mak yong dengan incik suami tawaf lah pasar pagi tu mencari bahan.
Sekalian mencari makanan.
Sekalian kononnya nak exercise agar cepat beranak.

Balik dari pasar pagi tu..
Mak yong baru perasan baby yang tak bergerak.
Mak yong tak rasa baby yang bergerak..
Keras je perot. Keras macam nak meletop.
Mak yong pun goncang2 lah perot.
Cakap dengan baby yang supaya gerak lah.
Minum air sejok laju-laju.
Bersujud.
Main pusat.
..........................
Senyap.. Baby yang tak bergerak.
Takde langsung movement dari dalam.
Mak yong pun apa lagi.
Cakap lah dengan incik suami..
"B.. Baby yang tak gerak.. Cam ne ni"
Pucat lesi dah muka mak yong.
Incik suami pun cuba gak lah cakap2 dengan baby yang.
No respons.

Kelam kabut lah mak yong kemas baju masuk bag.
(Nampak tak mak yong ni mcm tak nak beranak kan? Bag hospital pun tak siap)
Mata dah nak berair.
Otak.. Mula lah pikir bebukan.
Jantung berdegup laju.
Berdesup mak yong dan incik suami ke hospital.

Dalam kereta gigih lagi goncang perot.
Cakap2 dengan baby yang.
Tapi perot je mengeras (tak sakit)
Tak rasa pergerakkan baby yang.
Makin pucat lah mak yong.
Risau..

Sampai hospital.. Pergi kat kecemasan.
Bagitau budak A&E tu baby kurang gerak.
Budak A&E tu check la tekanan darah dan amik suhu badan.
Hah kau... Kemain tinggi tekanan darah mak yong.
150/96 tapi.. Ku rasa sebab nebes tu. Hahaha.
Pastu ada lah atendan suruh mak yong naik wheelchair.
Hantar ke wad bersalin tingkat 5. Eh.. Dh nak beranak ke?

Kat wad bersalin nurse buat pemeriksaan degupan jantung baby.
Orang panggil CTG.
Berbalut perot mak yong dengan wayar-wayar dari mesin CTG tu.
Bila dapat je dengar degupan jantung baby yang..
Ya Allah leganya rasa. Terus mak yong rasa nak tido. Haha.
Setengah jam gak la buat CTG.
Tapi memang mak yong kurang rasa gerakan baby yang.
Degupan jantung baby yang cantik..
Lama gak mak yong nak merasa baby yang gerak.
Dah hujung-hujung baru baby yang gerak.
Sampai serot berot perot mak yong.
Doc scan pun.. Alhamdulillah..
Air ketuban cukup.
Jantung baby oke.
Selamatlah mak yong tak kene tahan wad.
Hikhikhik.

Balik dari hospital.. Elok dia menendang bergusti dalam perot.
Saja tau baby yang wat mak yong cuak.
Alhamdulillah.. Baby yang aktif.
Kawan-kawan doakan mak yong dengan baby selamat melahirkan ya.
Tinggal 7 hari lagi nak serah diri.
Harap baby yang nak kuar sebelum kene induce.
Oke lah.. Nah mak yong belanja rendang ayam.


6 comments:

  1. heheh..
    akak penah gitu dik..

    tapi mase dalam 4 - 5 bulan gituu..

    bila g scan..
    kemaen beby aktif dalam perot..
    ;p

    semoga selamat bersalin ye dik...
    jangan panik sokmo..
    cool je..
    t darah naik..
    lagi lame dok wad after bersalin..

    rindu pulak bau beby dalam pantang..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ina... Boleh dah bagi adik baby kat safiyya.. Hehehe..

      Kak ina doakan sarah selamat melahirkan ya.. Nebes nih.. Mihmihmih...

      Delete
  2. baby tido kot sarah... xlama lg nak kuar kan... tu yg dia duk diam2 enjoy kat dlm puas2 dulu...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa pepahi dia aktif..
      Tak perasan masa tawaf pasar pagi ygbaby tak gerak..
      Sonok sgt cuci mata katanya.. Hahaha..
      Baby pun sedap tido dlm ni.. Hehehe..

      Doakan sarah ya dear..

      Delete
  3. Wahhh...xlama dah sarah nk bersalin ek..insyaallah semua dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik mah diatas doanya..
      Nebes ni.. Hehehee..

      Delete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar