hye kawan kawan, para pembaca, B2B dan ex-B2B selamat hari Jumaat. mesti x sabar nak berhujung minggu kan ? hehe. aku tiap hari adalah weekend. weehaa. jgn jeles yew. oke lah hari ni nk bebel pasal JAUH. apa yg di katakan dgn JAUH ? jom teruskan bacaan anda.
oke. JAUH yang aku maksudkan adalah Perhubungan Jarak Jauh atau Long Distance Relationship kata omputeh la. macam aku, skng ni mmg tgh PJJ atau LDR la secara shortformnya. hehe. aku berada di Kuantan dan incik tunang di Subang. jauh la gak kan ? jumpa pn sebulan sekali. ok itu mmg sgt mengganggu emosi ku. dulu tiap hari jumpa. dulu la masa aku di KL. skng tidak lagi.
bagi aku itu tidak jadi masalah. memula masalah gak la. dh lama lama kebal jadinya. skng ni kira kebal la ni. konon la kan. tp tipu la kalau x de drama airmata kn. haha. aku mmg cengeng. wlpn jumpa sebulan sekali aku dh cukup bersyukur. dpt la mengelakkan dr berzina kan. ecewah cam ustazah pilihan lak aku. hoho. dlm berjauhan ni ada gak pro and contra nya. jom senaraikan:
PRO:
- dapat mengelakkn zina
- menambahkan lagi rasa rindu
- menguatkan rasa cinta. eceh
- menguji kejujuran dan kesetiaan
- dapat mandiri. tidak le asyik dok bergantung pd pasangan. eheh.
- menguji kepercayaan pada pasangan.
CONTRA:
- syak wasangka dan sangsi pada pasangan. kot la dia pi cari lain ka. hukhukhuk.
- pikir benda yg bukan bukan. macam pikir -ve jep.
- dok sentap sentap je bila bersms. aku la selalu sentap. [menguji keimanan sungguh]
tu je lah kot. ada apa2 lagi kot korang leh share. share la di komen eh. maceh in advance. hikhikhik.
oke memandangkan semua pn dah tau pasal majlis aku di postpone, wedding prep mmg terbantut la. tp aku ada gak survey2. utk tambah baik apa yg aku dh buat persediaan. tp yg nyata mmg x de la nk DIY bagaikan. sememangnya aku ni BIG M. haha. tp kadang kadang rasa mahu jep aku berDIY. tp tu la dari mana nk mula ? apa yg aku DIY ? dok la tp tp pastu dok la tny soklan. haih la cik Sara. besa dh ni pangai aku. mmg suka dok tapi tapi dok ketepi pastu tny soklan soklan. muehehehe.
cakap sal wedding preps ni. akunye bahagian mmg x de masalah la. Alhamdulillah. buat masa ni semua berjalan lancar la. cuma nk tgu tarikh yg sebetolnya. abah lagi x berapa sihat. masih lagi di umah sakit menjalani operasi. nk tgu keadaan abah membaik baru nk pikir bila majlis tundaan tu. insyaAllah. doakan ya kawan kawan. risau juga sebenarnya. huhu. semoga berjalan lancar dan di permudahkan Allah taala. amin.
persiapan untuk bahagian incik tunang nun jauh di Tawau, Sabah. buat masa ni aku serahkan saja kepada keluarga sana. baik bagi mereka baik juga buat aku. alkisah nak fitting baju itu masih di pikirkanlah. takkan aku nk ke sono kan. for sure kalau aku ke sono harus lah aku kene stay umah bakal mertua. owh itu tidak mungkin kot. mak dah pesan abah dah bilang jangan sekali sekali bermalam di umah lelaki yg bukan muhrim wlupn bakal keluarga mertua kecuali kalau dah sah nikah. wajib patuh arahan mak abah. kata mereka tidak manis la anak dara mereka bermalam di umah bakal besan kan. oleh itu bgmana ? perlu ke hangkut baju dr semenanjung ni ? itu kemungkinan la kalau perlu sgt sgt. klu x perlu pegi sajo la terjah ke butik di Tawau sehari sebelum majlis ke atau pergi awal dlm 2 3 hari ke, kan ? setakat ni tu yg aku pikirlah la. sb kata incik tunang kat sana banyak tukar tukar baju. dan sandingnya saja EMPAT kali. 2 kali siang dan 2 kali malam. hmm.. kira kene ada dlm 4 pasang baju la kn ?
4 pasang baju. aku berkira kira nak tempah satu baju dari semenanjung ni. saja la gatai nk buat baju baru x nak sewa. eceh. itu harus la kene ikot bajet. kalau ada bajet la. kalau x de harus la sewa sajo. tapi ikot pemikiran waras aku mmg la x nak membazirkan untuk tempah bagai utk baju tandang. tp bila pikir balik aku lg suka baju yg aku design sendiri. haa laaa design tempek tempek dari design org jugak. hoho. bila buat lain atau tempah lain mmg ikot ukuran badan ku yg comel ni. wah gitu. lagi la santekkan sb fit dgn tubuh ku. eceh. incik tunang ckp dia x kesah mana mana as long as baju yg aku buat tu nnt akan di gunapakai semula. hah bila la pulak aku nk pakai balik baju yg gedevas penuh labuci dan prada tu kan. haha. verangan mode is turn ON. baju nikah ngan sanding di KTN tu pn belom ttu aku gunapakai. huhu. ada gak nnt memburuk dlm lemari. klu nk buat sewa mcm x sedap la plakkan. bukanlah aku kedek tp nnt bila dh ramai pakai dh x de keistimewaannya. oke x pe itu pikir kemudian. pikir dulu pasal baju di Tawau yg sebanyak 4 pasang ni.
aku de gak cam verangan verangan nk bawa baju dr semenanjung. sepasang sajo la atau dua pasang tgk pada keadaan. mahu saja aku sewa dari RKM. sememangnya baju baju di RKM mmg meruntun hati untuk di pakei. cantek cantek designnya. harap incik tunang bagi la persetujuan dan kak Sitti boleh lah kasi sewa untuk di bawa ke Tawau. itu harus ada perbincangan lanjut. ini baru sajo perancangan. belom final lagi ya. 4 pasang baju itu aku fikirkan mahu yang senggini. jom la layan gambar plak:
verangan lah kan nak pakai baju mcm ni masa berarak. eceh wah.
baju ni konon nk pakai masa sanding la waktu siang tu. sb berarakkan pagi. lepas zohor tu sanding plak. tukar baju . hikhikhik~!!!
baju ni pakai waktu malam gitu. baju kebaya indonesia ni. suka lak aku dgn kaler merah. haih laa.. merah kau mak ngah. hahahaha. pakeinya waktu malam masa berarak dari umah ke dewan. katanya la. hihi.
gown ni pakai masa potong kek. wah kau bnykkn persalinan baju. oke verangan. durghhhh!!!
haa gitu la kot. den pn x tatau. rasanya begitu la. aku ni verangan jep lebih. haha. tp verangan x kene bayar. x gitu ? so persiapan untuk di sebelah Tawau tidak menjadi suatu masalah bg ku. terserah mereka. aku hny pegi bawak badan saja kalau tidak perlu mengangkut baju baju dari semenanjung ini. aku percaya dan yakin baju baju di sana juga up to date. insyaAllah. bab pelami terserah juga pada mereka. mahu juga la hasil karya orang orang di sana. let them be a decorator. ecehwah. bakal adik ipar ku itu juga ideanya bagus bagus. pasti cantik hari kebesaran ku di sono nanti. InsyaAllah. doakan ianya berjalan lancar ya.
oke la dah lewat petang ni. nnt jumpa lagi malam. sambungan ceritera misteri itu. kalian ikuti kan ? selamat berhujung minggu ya. daa~!!!
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya telah Kau tetapkan jodohku, rezekiku, dan ajalku. Ku bermohon dari-Mu ya Allah, temukanlah jodohku dengan Helmizan b. Mohd Amin dan Kau permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Jadikanlah perkahwinan kami sebagai ibadah kepada-Mu dan cinta di antara kami adalah kerana Mu ya Allah. Amin."
hye cik sara..
ReplyDeleteeventhou tarikh tunda preparation kne jalan jugak..at least nnt da dekat touch up sket2..ssh jugak ye pasangan jauh..for me better sewa kt semenanjung kot..caused yg cerewet is perempuan..laki layan kan aje..=p
hehe.. hye asyida. persiapan gitu gitu la. xde la rancak mana spt sebelum ni. cam terbantut la juga. tp still survey and looking for best price. jnji jimat. haha.
ReplyDeletepasal baju tu.. tu la. ikotkan mmg le cik sara ni cerewet orgnya tp x nk la cam diri sendiri terbeban jugakan. haha. tgk pada keadaan dan persetujuan kedua2 pihak. ecehwah.
persediaan kamu bagaimana ?