BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Hari-hari adalah Hari Ibu!

As'salam semua.
Apa khabar?
Ku doakan moga kalian sentiasa berada dibawah rahmat Allah taala.
In-sya-Allah. Aamiin.

Hari ini.. Ramai yang buat ucapan Hari Ibu.
Selamat Hari Ibu, Emak!
Eh.. Kita pun nak jugak bagi ucapan.

Hari ini.. 10 Mei 2015, Ahad.
Hari aku dijangkakan bersalin.
Genap 40weeks aku mengandung.
'Baby yang' masih syiok terbuai dalam perot aku.


Nebes... Memang aku sangat nebes.
Tertanya-tanya bila my 'baby yang' nak keluar.
Arakian kisahnya.. Tak esok.. Lusa..
Aku kene lapor diri ke dewan bersalin.
Disebabkan aku ada GDM.. Doc kata aku kene induce.

Namun begitu.. (Cewahhhh ayat kemahin)
Syukur alhamdulillah.. Baby aku dah full term.
Kebiasaannya ibu-ibu mengandong yang ada GDM akan di 'induce' pada minggu ke 38.
Aku.. Syukur alhamdulillah.. 
Tahap GDM aku terkawal dan doc izinkan untuk di 'induce' pada minggu ke 40.

Namun begitu.. (Sekali lagi ayat kemahin)
Aku berharap dan berdoa untuk melahirkan 'baby yang' secara alami.
Secara semulajadi. Secara normal.
Tanpa ada paksaan.
Ku berserah ke atas ketentuan Ilahi.
Moga-moga 'baby yang' keluar sebelum aku kene induce.
Yang penting kene ada turun tanda.
2 tanda utama yang aku tunggu iaitu..
1) bloody show
2) pecah air ketuban
Tak jugak kunjung tiba. Perot kerap mengeras je lah.
Tapi tak sakit. Masih rasa OK!

Kawan-kawan.. Doakan aku dan baby dipermudahkan proses kelahiran dan selamat semuanya.
Debaran kian terasa. Kehidupan baru bakal bermula.


Di kesempatan ini..
Ingin ku sampaikan ucapan Selamat Hari Ibu..
Buat emak tersayang..
Terima kasih emak melahirkan kakak.
Terima kasih emak membesarkan kakak.
Terima kasih emak sentiasa ada di setiap saat kakak memerlukan emak.
Terima kasih emak diatas segala jasa dan pengorbanan yang tak terhingga dan tak terbalas oleh kakak.
Terima kasih emak kerana menyayangi mencintai dan mengasihi kakak.
Kakak sayang emak dunia akhirat.
Semoga Allah memberkati kehidupan emak. Memurahkan rezeki emak. Memanjangkan umur emak agar emak sentiasa ada disisi anak-anak emak. Aamiin ya rabbal alamin.


Tak dilupakan juga buat emak mertua ku.
Terima kasih melahirkan soulmate Sarah.
Terima kasih membesarkan soulmate Sarah dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih sudi menerima Sarah sebagai menantu emak apa adanya diriku.
Terima kasih terima kasih terima kasih.
Terima kasih di atas segala pengorbanan emak kepada kami.
Semoga emak sentiasa berada dibawah rahmat Allah taala. Aamiin.

SELAMAT HARI IBU!
Untuk hari ini..
Esok..
Dan pada setiap hari yang mendatang.
Hargailah. Kasihilah.
Ibu kalian setiap saat setiap detik.
Tanpa rasa jemu.

3 comments:

  1. Sarah... bila agaknya baby nk keluar ckp selamat hari ibu ni... hihi.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan sis

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar