Notice Board


Hernyzar Helmizan BlogShop



We are now launching our BlogShop.
Kindly visit us at our new blogshop to get any updates regarding the
CONTACT LENS or BRANDED ITEMs !

We need help from you to support us in this online business arena. For that, we would like to ask you a favor to follow our BlogShop and spread the word to your friends to know about our business. Your support is appreciated and expected.

Thank you.

Yours Truly,
Hernyzar Helmizan

Thursday, October 11, 2012

♥ Launching New Blog : Our Blog Shop ♥

Thursday, October 11, 2012
ATTN ! This is Sticky Entry.

as'salam dan salam sejahtera.
kawan kawan / para pembaca / silent readers / bloggers / si cantek dan si kacak.


Hernyzar Helmizan Inc.
{kindly click to go to respective blog}

We need help from you to support us in this online business arena.
We are new in this arena, so with a sense of humility,
we ask your favor to follow Hernyzar Helmizan Inc. Blog Shop
and spread the word to your friends to know about our business.
Your support is appreciated and expected.

Here is our Blog Badge.
Let's we exchange the blog badge.
{kindly drop you link here to let me know regarding the exchange blog badge}
Do copy my blog badge and put it on your sidebar.
Your support is greatly appreciated.



THANK YOU AND MAY ALLAH BLESS YOU !
More Love Story

Wednesday, February 29, 2012

♥ #15 Online Contest (Task #03) : URBAN VIBE ONLINE CONTEST - Cinta Seputih Salju (REVIEW) ♥

Wednesday, February 29, 2012
As’salam dan Salam Sejahtera.
Oke I know, dah lama x on9 kan ? dah lama juga blog ni di tinggalkan sepi. Huhu.
Fuuhhhhh poohhhhh fuuhhhh !! *buang habuk*
Haih tebal betul sawang kat blog ni.
Sorry to my dearest reader and lovelies and kacaking and semua semua la.
Sorry sb lama x hapdet dan x on9. Me busy owh sgt !
T________________T

Oke today memang on9 dengan sengaja ya. Sb nak hapdet task 3.
Task 3 untuk online contest anjuran Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe.
SEMATA ! dan SEMANGAT ! chaiyok !

Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Eceh. Macam pakej perlancongan bulan madu gitu. Hehe.
Bermula dari 24 Feb sehingga 26 Feb 2012. Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Arakiannya, aku hanya dapat hadir pada hari Jumaat sajo. Sob sob sob.
Komitmen keje mahukan aku untuk berkhidmat pada hari Sabtu dan Ahad FULL SHIFT ! sedey.

Tapi x pe. Demi semangat juang untuk memenangi pertandingan ini ku derapkan tapak kaki ku di SACC walaupun hujan lebat kala itu. Eceh. Dramatik sungguh bunyinya kan. Haha.
Ku hangkut sahabat ku untuk menemani ku ke Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe iaitu Sha a.k.a Whitey Mummy beserta si comel Khalis Putra. Bawak depa jenjalan sakan. Eh bukan, Sha jadi cameraman yg bertauliah. Hehe. Tlg aku amik gambo aku. Kehkehkeh !

Pertama yang ku cari. PHOTOBOOTH ! haha. Sbnya aku tahu tiap kali PPM buat pameran pasti ada Photobooth untuk bergambo sakan. Ku sooka oke !
Nmpk dh photobooth tp ku terjah kaunter pendaftaran dulu (kisahnya cameraman pergi rehat. Haha) cari Kak Nadia, Kak Yana dan Lisa. Ting ! depa x dak. Sob sob sob.

Nak masuk ke dewan pameran. vah vah vah ! NGI ! superb ! nga nga kejap.
gila ah. cantek siot. walaupun hanya sbg pntu gerbang. perghh !
*tutup molot*
jom masuk dewan pameran.

Masuk dewan pameran cam biasala kutip pamphlet. Cari Lisa sb org kat kaunter pendaftaran ckp Lisa kat booth Dina Halim. Nah tempek sket gambo.


(ku bersama Lisa. Nampak tu promo sket utk Dina Halim. Hadiah tahun lepas x tuntut lagi. Masih valid ka ? haha.)


Borak borak. Gelak gelak cam biasa. Haha. Pastu pusing pusing lagi. Cari cari apa patut. Jengah jengah. Cuci mata. Biasa la kan klu pi pameran pengantin apa je yang kita buatkan. Haha. Aku cuci mato sajo la.

pentas utama. only one word ! vavavooom ! suka the English style with pink dusty flower. 
touch by Arma Abd Rahman as a Main Decorator for PPM kali ini.
perghh nanes aku noks. mahu mahu mahu !
*biar mimpi sampai ke bintang. sob sob sob*

Tujuan asal ke PPM mencari semua penaja dan bergambar bersama mereka.
itu tujuan aku ya. sb tu x de bnyk gmbr sgt. ampun !
ada gambar bersama penaja sajo. hoho !

1st aku nampak Arma. Tapi beliau busy owh. Ramai customer datang. Murah rezeki Arma.
Oleh kerana x nak kaco Arma, aku pusing lg cari yang lain.

TING !

Kak K. ye itu kak K. tp aku takot nk tegur. Takot salah orang. Dengan muka comel 
“kak K kan ?”
Kak K senyum dan mengiyakan. Hehe.
Den pn apo laie minta la mahu bergambor. Mahu tempek dlm blog ni.


(bersama kak K. kak K ckp kene nmpk The Photolicious pnya logo. Yeay dpt !)
harap dapat la buat photoshoot dgn kak K. splash the trash. ececee !

Jalan jalan lagi. TING !

Aku jumpa Abg Wan. Yeay ! owner G.i Photoshoot. Aduiyai pestime f2f ngan abg Wan. Beliau seorang yang ceria. Haha. Selamba je aku minta nk bergambor dgnnya. Nah hamek tgk !

(kacakkan abg Wan dan aku… apa eh ? aku yg comot. haha)
Pssttt psssttt tgk kat tgn aku penoh pamphlet. Hawhawhaw !

"abg wan nnt amik gmbo sara oke ? haha"

Dh dpt tangkap abg Wan nk gi tangkap dgn yang lain lain lak. Sapa sapa sapa. 
Jom usha.

Nampak dah team Avicenna. Tp mulut ku kaku. Lidah ku kelu. Kenapa x terkeluar kata kata mahu bergambo. Haih masalah problem betul.
2 3 kali gak la aku ulang alik depan booth dorang. Booth dorang dekat2. 
Arma, G.i Photolicious and Avicenna. Eh mana Ari Wedding ? jeng jeng jeng.

Setelah tawaf kat booth dorang. Akhirnya sekali lagi dengan selamba itik.

“bang boleh bergambar x ? dari team Avicenna kan ?”
Dlm hati aku mahu kumpulkan kesemua 4 ahli Avicenna tp x dapek. Sorang pn jadilah.

Hasilnya.
(dapatlah abg… err… err.. sorry bang lupa nama. Adui gagal di sini. Sob sob sob)
Harap x jejas pemarkahan juri yep. Ngee.

Jenguk jenguk lagi Arma. Masih lg busy. X pe cari abg Ari dulu.
Pusing la lagi satu SACC tu. Eh kenapa x jumpa Ari Wedding ?
(padahal dah pusing pn depan Ari Wedding. Mcm mana boleh x nampak abg Ari yang segak ni)

Taraaaa !

(me and abg Ari. Wah segakkan abg Ari ? bergaya lg. dan abg Ari sangat ramah. Me suka !)
Tau x nape den x perasan booth Ari Wedding ? sbnya booth Ari Wedding walaweh besar sey. Sb besar oleh itu den x nampak. *tepuk dahi*

Tinggal satu lagi. Iaitu Arma Abd Rahman. Hehe.

Haih masih busy. X kan den nak interprem kot kan. Segan la hai. So decide pegi isi perot dulu.
Let’s kepsi. Owh x de aksi kene belasah dgn pekerja kepsi ya. Hoho.
(tiada gambar di kepsi. Sekian)
Burrppp kenyang !

Masuk balik SACC. Mencari penaja yg terakhir iaitu Arma Abd Rahman.
(sb nama abah sama so lambat sket nk dpt bergambo. Eceh !)

Usha usha dari jauh takot beliau masih busy. Owh nampak mcm dh oke.
Kita TERJAH !

Yeay dapat !

(aku bersama Arma. Sgt sweet. Dan beliau sangat ramah. Rasa mcm x nak blah dari situ bila dapat berbual dengan Arma. Haih.)
Tp den terpaksa balik jua. Hari sudah lewat. T______T

Yeay lompat bintang. Aku dpt tangkap semua penaja. Haha.
Gila kan ? ye saya gila. Gila contest. Kehkehkeh !
Xde lah saja je la dh dtg ke PPM harus la menjengah penaja.
Dh masuk contest x kan lah x nk jengah penaja kan. 
Perkenalkan diri pada penaja. Mana tahu rezeki kan. Wah verangan kau noks. Hoho !

in future kalau ada umur panjang untuk menjejakkan kaki di PPM.
saya mahu lihat:
- more peragaan baju pengantin yang letup-letup (boleh jadi ilham b2b. hehe)
- exhibitor yang mempromo pelamin harus mendeko booth mereka dengan lebih kreatif. macam buat pelamin yang terkini atau terbaru.
- more contest semasa berlangsungnya PPM selama 3 hari itu. buatlah tanya2 soalan kepada pengunjung dan hadiah yang menarik untuk mereka yang dpt menjawab soalan.
- kesemua di atas. haha. buntu lak rasa. T______T

semua orang mahu menang. semua orang suka hadiah. sapa x suke kot. hehe.
aku ? sesuai sgt lah. mmg suka masuk contest dan mestilah mahu menang dan dpt hadiah.
kenapa aku perlu dptkan hadiah itu ? kenapa ? kenapa ?
1) dengan hadiah yang di menangi dapat membantu serba sedikit persediaan majlis perkahwinan ku. JIMAT ! sapa x nak kene sponsor. yeehaaa !
2) sb dh masuk contest kene la ada sedikit habuan. eceh. saguhati pn ku terima hawhawhaw !
3) kalau ada rezeki pasti ada hadiahnya kan ? (^_____^)

Oke lah. Last but not least. Aku tatau nk bebel apa lagi.
Kisahnya incik tunang sudah jenjeling. Tandanya harus off skng dan berangkat pulang.
On9 kat mamak. Apa kesah kan ? haha. X kan nk tido kat mamak ni kot.
Oleh itu sampai sini saja lah ya. Sorry kepada my readest. Aku hapdet ini sajo.
Sb ini adalah salah satu syarat penyertaan. Nnt bila UNIFI Streamyx dah pasangkat umah hari2 den hapdet okeh. Sayang korang. Jangan lari tau.
*boleh lak tahan orang jangan kasi lari. Haha*

Last picture. Untuk hilangkan rendu korang. Mwahmwahmwah !

Doakan Sara dan tunang di murahkan rezeki dan memenangi salah satu hadiah dari online contest ini ya.
Doakan jua Sara dan tunang dapat mendirikan masjid pada tahun ini. insyaAllah.

-END-

p dot s: tiada gambar kat photobooth sb x scan. sekian terima kasih. hehe.
More Love Story

Friday, February 10, 2012

♥ #15 Online Contest (Task #02) : URBAN VIBE ONLINE CONTEST - Cinta Seputih Salju (TRIBUTE PENAJA) ♥

Friday, February 10, 2012

as'salam dan salam sejahtera.
para sahabat / rakan bloggers / kawan kawan / b2b / silent readers / readers.
apa khabar ? how's your day ?
hope everyhing doing fine and may Allah bless you.

hehe. korang jangan marah eh. sb entry contest je x sudah. wee !
oke kali ni nak melakukan task kedua dari Pameran Pengantin Malaysia.
untuk tugasan yang kedua ni perlu mneceriterakan berkenaan Tribute Penaja.
siapakah penaja penaja untuk 
Pameran Pengantin Malaysia pada 24 - 26 Feb 2012 di SAAC ?
jom kita selongkar satu satu persatu !


Main Decorator & penaja hadiah pertandingan : ARMA COUTURE


Arma Abdul Rahman is a graduate student from UiTM in the field of Art & Design, major in Fashion Design. Seconds after graduating, he started to work on his own wedding planning company. Even though he started from zero, his talent and interest in wedding planning proved when public and even local celebrities started to recognize his name and his creative creation in the wedding planning industry. Mawi and Ekin, Anne (hot FM dj), the winner of reality TV show called ‘gadis melayu”, Aida, Bienda and Elyana are the names of celebrities who already use Arma’s service and creativity to do the pelamin, decoration and also wedding outfit for their big day. Arma, which known as a workaholic person, planning to expand his business to higher level and hopefully one day, his effort will make him one of the big names in the industry. - sources

so korang dah kenal kan dengan Arma Abdul Rahman.
dan semestinya kalian juga tahu hasil sentuhan kreativiti beliau kan ?
jom kita tgk !

selama aku buat research (eceh research la sgt kan. hikhikhik !) berkenaan persiapan wedding. Arma Abdul Rahman adalah salah satu vendor yang bisa membuatkan aku melting mcm coklat cair ! kenapa ?
sb nama abah sama eh lari topik SEBAB INI !

hantaran hasil sentuhan Arma Couture.
sangat sangat sangat tingin mahu sentuhan begini.
sangat menerujakan pandangan mata ku.
pestime gugel gubahan hantaran kuar gambar gambar di atas ni.
terus rasa nak pengsan. cantek weh. rabun ke sapa ckp x cantek. wuuu !
suka bantal suka kotak telus pandang. haha. masih ingat lagi ?
baca SINI untuk lanjut ! suprise suprise ! hikhikhik.
jangan x cayo. tgk tarikh sket bila post tu. haa. mmg dalam idaman kan.. !!
owh sungguh indah sentuhan hasil tangan beliau. nanes T______T
sob sob sob !

tidak lupa juga ini yang menjadikan sumber inpirasi tema ku. insyaAllah.

pelamin pelamin indah ini juga merupakan hasil sentuhan Arma Couture.
hensem kan ? jelita kan ? kacak kan ? rupawan kan ?
sangat gah rasanya dgn tatarias warna pelamin yang garang dan menarik,
we called it as Royal Color. eh betul ke ? hehe. men hentam lak aku kan.
Arma Abdul Rahman sgt pandai dalam permainan warna yang menaikkan seri majlis. owh mai... (urut dada)

bukan itu sahaja. Arma Couture juga menyediakan khidmat tempahan pakaian.
ini sgt meletooppssss dik non. 
sgt santek dengan kreativiti dan anugerah yang di berikan kepada beliau.

see see see ! cantek kan ? rasa nk pitam x ? owh NO !
saya mahu saya mahu. mahu apa ? mahu baju itu. hehe.
aku ni perantin cheapskate. x larat nak anta baju ke  Arma Couture .
tp pinjam inspirasi boleh ? ilham by Arma Couture. wee !
kalau ada rezeki insyaAllah suatu hari ni akan ku sarungkan hasil nukilan Arma Couture. AMIN !

Arma juga ada menyertai Pameran Pengantin Malaysia di SACC yang bertemakan Pink Affair


dan mendapat tempat kedua hiasan booth tercantek. 
Arma Couture sangat superb ! salute.

sapa sapa yang rasa geram geram nak amik dengan Arma Couture.

Boleh hubungi beliau di:
Alamat: No9, PUJ3/10,Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Malaysia
Tel: 0389449964 / 0123409685 / 0173288893
Email: armaabdrahman@yahoo.com
FB: Arma Abd Rahman Wedding Couture
Blog: Arma Couture


Penaja hadiah utama pertandingan: Ari Wedding Couture



ARIWEDDINGCOUTURE telah terlibat dalam bidang kerja kahwin ini sudah lebih dari 10 tahun bermula dengan bisnes kecil kecilan tempahan pelamin rumah, make up pengantin dan tempahan baju nikah dan sanding .Antara artis tanah air yang telah mendapat sentuhan dari AWC ialah Arash Muhammad, Khai & Rosma, Abby Abadi & Norman Hakim, Siti Sarah Raisuddin, Elyana dan Farah Anuar (Farah AF) ,Bagi yag berada di luar sana masih tercari- cari wedding planner bg merancang perkahwinan anda bolehlah hubungi kami sekiranya berminat dengan sentuhan kami. Selain itu juga butik kami menerima tempahan sewaan baju, make up dinner dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. - sources



Kacakkan En. Ari kita Hehe. segak betul dengan baju Melayu purple.
Itu lah pengasas Ari Wedding Couture !
seorang yang segak dan tampan kacak bergaya. eh over lak aku kan. (^____^)

Ari Wedding Couture satu nama gah dalam arena perkahwinan.
Sapa x kenal  Ari Wedding Couture  angkat keyboard. haih !
Ari Wedding Couture telah berkhidmat kepada semua ex-b2b di luar sana sejak 10 thn lamanya. (lama betul tu. umur ku baru 17 thn 10 thn yg lalu. gulp !)
bayangkan dah berapa ex-b2b yang telah beliau realisasikan Majlis Perkahwinan Idaman.
huhu. nanes nanes. dengan pengalaman yang begitu lama dan luas pengetahuannya membuatkan hasil di setiap sentuhan Ari Wedding bisa membuatkan aku pengsan.
(kalau aku pengsan sapa nk sudahkan entry ni. haha)
seyes babe sangat cantek oke. nak tgk ? nk tgk ? meh tgk !

hantarannya... hantarannya.. gubahan hantarannya. wallah ! sgt sweet. eh ?
sgt indah di pandangan mata ku. (ko ni Cik Sara semua pn cantek !) hehe.
dah nya memang cantek dan membuatkan aku rasa cam aduiyai. (garuk pale).
ini baru hantaran. tgk yg lain lagi jom !

haa pelaminnya.. pelaminnya. nampak sama kan ? lain oke !
tapi aku mmg sgt jatuh chenta dengan rekaan pelamin ini. 
sb tu aku tempek gambar pelamin yang sama sajo. sila jgn marah ya ! hehe.
pelamin ini mmg sgt sgt sgt den mahu kan.
mmg save la dlm lappie ni sekian lamanya.
xde la lama mana sejak Elyana kawen. itu kan pelamin nikah Elyana.
haa mmg den suko la terus save ! kalau menang den melompat ! eh ?
(xleh lah wok, area Klang Valley sajo. jgn nak perasan)
owh bersedey T____T ! x pe kita tgk yang lain lagi !

baju ! yeay baju ! suka baju baju ni. badan macam aku ni ngam la kot.
eh perasan slim lak kan. haha.
owh  Ari Wedding Couture juga menghasilkan baju nukilan kreativitnya.
beliau sangat berbakat dalam mereka baju pengantin yang melettsssss !
aduh saleha...
suka ! tp kene check tabung ayam dulu. cukop ke x ?

Ari Wedding Couture juga buat customade shoes.

tadaaa... cantekkan ? warna eletric blue. tp kira boleh la tempah kasut dgn  Ari Wedding Couture . jom tempah ramai ramai jom.

sila hubungi mereka di sini:
Alamat: No 41A jalan 6/3 pandan indah. 56000 Pandan Indah.Ampang, Kuala Lumpur.
Tel: 0172230998
Email: puncak_kasih_collections@yahoo.com
FB: Ari Wedding Couture
Blog: Ari Wedding Couture

ketika menyertai PPM di SACC

Ari Wedding Couture is the best ! Terbaeeekkkkk !


Official Photographer & penaja hadiah pertandingan: GIPhotolicious

What can I say about G.i Photoshoot ? Am so speechess ! Why ?

Here is the REASON Why Why Why G.i Why ?

♠ everything is LOVED
♠ It's PERFECT - the Angel & Color ♠
♠ The Sharpness ♠
BALANCES - Space & Object ♠
♠ It's Beautifull - Full of Moments ♠
♠ The Mood The Feeling is there ! ♠
A picture says a thousand words
Fresh / Originality / Stunning / Inspiring

kenapa aku letak gmbr bride ni ? sb aku kan bakal bride-to-be.
so aku mahu look so STUNNING like them with capture by G.i Photoshoot !
I really wanted to have G.i Photoshoot on my wedding.
Owh I really want it want it want it !
(guleng guleng guleng... mahu... saya mahuuuuuuu!)
oke hover eh ko Cik Sara. siap guleng bagai. huhu.
wat malu jep. kot ya pn nak HIRE la dorang !
owh me ? hire them ? hmmm... any sponsor would like to sponsor me ?
pls pls pls. sobs sobs sobs.

yes ! mmg aku mahu sgt G.i Photoshoot be my OP on my Big Day. but...
(there's still BUT !)
bak kata pepatah "Ukurlah Baju Di Badan Sendiri". eh betul ke pepatah ni ?
xpe hentam sajo lah. sememangnya they are so AWESOME !!! me love it me loike !

see see ! all the picture told their own story and it can make us SMILE !
huhu. apakah aku sudah meroyan ? ya saya sdg meroyan ini !
"abg Idzwan Junaidi x nak sponsor Sara ke si perantin cheapskate ni. haha"
(hah ! gila suda si Sara ni. tampar tampar pipi gebu)

oke cukop ! sebelum satu entry ni penoh dgn kemeroyanan aku. haha.
For those who seeks for a good & talented photographer, I highly recommend him, doesnt you love the colors & his style?
owh am so in LOVE with him... his photograph style !

don't think just HIRE them. for that, do CONTACT them at:
Alamat: 9-1 , Jalan PUJ 3/10 , Taman Puncak Jalil , Bandar Putra Permai,Seri Kembangan, Malaysia
Tel: 016.322.2948

oke ni last.
saya mahu abg wan !
eh ? oke bai !


this can make your picture looks so DELICIOUS ! nyum nyum nyum !

1st tahu pasal The Photolicious ni masa tahun 2009. 
masa pergi terjah PPM di PWTC thn 2009 tu.
1st booth aku singgah. sb dorg sgt happening ! plus nmpk mcm enak enak je.
haha. enak enak ? (^_____*)
gambar gambar mereka menarik mata ku dan aku utk singgah !
cayalah ! sesuai sgt dgn nama  The Photolicious and Lolipop as P.
dh la aku ni lolipop addited. chupa chups ! hehe.

oke oke. suka ni suka. sb itu senior aku. bkn isteri tp si suami. haha.
masa tgk gambar ni wah bestnya. sweet sgt moment tu. sweet like candy.
it's so delicious ! nyum nyum yummy ! (^_______^)

ada gmbr yg mmg aku suka gila. iaitu splash splashing.
dan gambar itu juga la yg menambat mata aku untuk singgah ke booth dorg utk kali pertamanya.
kewl gile.
mahu juga buat begitu. auw ! it's so colourfull ! full of color. eh ?

see see ! wah sgt ceria dan romantik. suka sgt. suka utk happening like them !
looks so sempoi dan bersahaja.
suasana romantik tetap ada walaupun comot camtu. me mahu !
"owh owh kak Kamalia Kamal boleh buatkan utk Sara camni ? make me looks like candy lolli ! lollipop ladiva ! eceh =)"

owh sgt jatuh cinta utk beraksi begitu.
hah korang tgk jugak la aksi photographer The Photolicious.
mcm mcm aksi oke and they all so lovely and comot sket sket.
sb play with the paint. me suka !
"me sgt suka. boleh buatkan splash splashing and candy lolli whiteroom for me and partner ? boleh lah boleh la kak Kamalia Kamal. ngee !"
eh eh kau ni Sara over ya. G.i kau nak The Photolicious pn kau nak ?
sb Hadiah Tempat ke-3 gabungan mantap G.i Photoshoot dan The Photolicious. sb tu aku mahu !

haha. oke bai ! (sb malu dok mnta mahu mahu mahu kan ?!!)

eh last last. korang nk nmpk sedap mcm candy boleh hubungi mereka di:
Alamat: No 22-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 0192715010 / 0196682336

sikit lagi punya last. jangan marah ya !
saya mahu mahu mahu dedua !
oke bai !


Official Videographer : Avicenna Studio

They say “Everyone is beautiful in their own way, All you gotta do is find the right angle” Let us worry about the angle, while you enjoy the most special day of your life. Avicenna Studio – founded in 2005, currently based in Bandar Baru Bangi, Malaysia. Now into its 5th year in the photography industry, Avicenna Studio is led by owner-cum-Principal Photographer Fairuz Ismail, with more than 100 weddings around the country.
The goal is simple – immortalizing the greatest day on your life - sources

they do Photography and Cinematography. TIP TOP !

let's check their work. terbaeekkkk wokkk !
me oso love their job. but... sobs sobs sobs T______T
me as a cheapskate bride cannot effort to hire them. wuuwuuu !

the awesomeness !


the short story teller !


Yasmin Hani + Sha'arin Razali - Short Film from Avicenna Studio.

don't you think they are so talented in Cinematography ?
so.. what you waiting for. HIRE them now !
am so speechess when i CANT ! durrhhh..

do contact them here:
Alamat: 1-33,Jalan 8/35, Seksyen 8, Seri Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650
Tel: 03-89262284
Email: enquiry@avicennastudio.com
FB: Avicenna Studio - Wedding Photography & Videography
Blog: Avicenna Studio | Wedding Photography & Cinematography
Vimeo: Avicenna Studio

ouh ! show you their art creative. here !


hoho. they are so creative izzit ? in Cinematography and Photography. 2 in 1.
don't think so much just hire them for your OP and OV ! hurry up.
(eh kau ni Sara dah macam promoter. haha !

hoho ! akhirnya berjaya juga den menyiapkan entry ini. huhu.
3 hari 3 malam den merangka oke.
3 hari 3 malam den menaip ya !
3 hari 3 malam den meroyan pikir idea.
so this the TASK #02. awesome ! me love it.

hope the judges can give the best result.
me ? as a winner ? i really wish. hikhikhik !
sapa x nak menangkan ? sapa x nak hadiah menarik lagi menawan itu !
pray for me pls ! (^_______^)

-END-
More Love Story

Friday, February 3, 2012

♥ RESEPI : Ayam Paprik Ala Sara ♥

Friday, February 3, 2012
as'salam dan salam sejahtera.
nak share resepi hari ni.
Masak Ayam Paprik Ala Sara
masak Ayam Paprik for the 1st time.
alhamdulillah seisi keluarga suka. siap bekalkan utk abah di hospital.
jom tgk resepinya dan hasilnya.

me the Master Chef ! hehe.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Isi ayam (dipotong sederhana besar & direbus)
1.5 inci halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili merah yang di kisar
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Kicap
Sos tiram
Garam & Sedap Rasa Knorr

Cara-cara :

  1. Mula sekali, isi ayam yang telah di potong sederhana besar hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lama-lama sb nnt nak masak dgn kuah paprik lak kan. api sederhana besar sahaja ya.
  2. Kemudian tumis halia, bawang merah dan serai sehingga garing & berbau harum (naik bau). Masukkan sos tiram satu sudu pun dah cukop.
  3. Masukkan pula cili merah yang telah di kisar tadi. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam dan Sedap Rasa Knorr secukup rasa.
  4. Masukkan pula isi ayam yang telah direbus dan juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campurkan tepung jagung). Kacau dan biarkan selama 2 minit. ( NOTA ! Isi ayam boleh digantikan dgn daging atau udang@sotong bagi peminat seafood atau buat PAPRIK CAMPUR)
  5. Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga, kacang panjang dan lobak merah. Kacau sehingga rasanya sebati. 
  6. Tgu sehingga siap masak pastu boleh makan dengan nasi putih yang panas. nyum nyum nyum !
selamat mencuba kawan kawan !
More Love Story

♥ Ceritera Kehidupan : my Kiddy Cat - PariBang ♥

as'salam dan salam sejahtera.
kawan kawan bloggers / readers & silent readers / beautiful & charming.
how's today treat you ? me ? oke oke !
been busy when papito was admitted. huhu.

oke nk share story my lil kiddy. si Herry a.k.a PariBang.
mana dapat PariBang ? nama timangannya. haha.
jom tgk aksi beliau.

Hide & Seek by PariBang
pandai lak dia menyuruk dalam bag ni.
pandai lak dia tolak bag ni dr duduk menegak smpi rebah melintang
(zip mmg sedia terbuka)

Alas Kaki made by PariBang
lebih krg dlm pukul 2 pg. x nak tido. ajak bermain.
aduiyai si kembang PariBang.
naseb comel melambung. bikin orang geram je dengan gelagatnya !

Cari Barang Tersembunyi. Camouflages.
port baru. tempat sekodeng kucing jiran.
xde tempat lain dah nk sekodeng. situ juga yg dia mahu.
satu hal plak nak kene basuh semua pinggan pinggan tu kan.
grrr... penyet penyet gak ni kang si kembang ni. 

itu lah kiddy saya. nama dia PariBang. haha.
nama sebenar Herry. nama glemer Harry Potter.
nama timangan PariBang. haha.

-SEKIAN-
More Love Story

Thursday, February 2, 2012

♥ Pemenang Kasut RKM by Sitti Nurs ♥

Thursday, February 2, 2012
as'salam dan salam sejahtera.
b2b / bloggers / readers and silent readers / beautiful and charming.
alhamdulillah rezeki nak mendirikan masjid.
Sara menang KASUT !

syukur alhamdulillah !
kasut dari Rumah Kebaya Malaysia.

mahu baca entry contest ini ?
hehe. just a simple entry aite !

terima kasih kepada kak Sitti Nurs dan Rumah Kebaya Malaysia kerana telah memberi peluang ini.
syukur alhamdulillah dengan rezeki dari Allah.
AMIN !
More Love Story

Wednesday, February 1, 2012

♥ #15 Online Contest (TASK #01) : URBAN VIBE ONLINE CONTEST - Cinta Seputih Salju (PREVIEW) ♥

Wednesday, February 1, 2012

as'salam dan salam sejahtera.
again it's me in contest. haha. dah nama pn ratu contestkan. ratu ke ?
haa suka korang lah nk label apa. janji idop wa happy. gitu (^____^)

apa cer contest kali ni ? oke boleh tgk kat

dan

hikhikhik ! jangan marah ya. cayang korang. oke jom cekidaut bebeh !

sila klik untuk ke laman informasi. hehe !
baiklah. menggigil juga nak memulakan karangan tidak kurang dari 300 patah perkataan ni. berkaitan dengan Urban Vibe Event dan PPM. adui ! juga pendapatan berkenaan PPM anjuran Urban Vibe Event. aigo ! apa nak tulis ni. tolong tolong. kasi idea sket. hmmm.. mana ni idea menghilang. argghhhh !!!

bila aku selongkar Blog Pameran Pengantin Malaysia, banyak jugak aku tidak follow online contest yang dorang anjurkan. huhu. sbnya tidak kesempatan. paling tepat syarat-syarat yang di nyatakan tidak bersesuaian dgn ku. owh apakah ? ya sepatutnya majlis ku tahun 2011 tp terpaksa di tangguhkan gara-gara keadaan kesihatan ayahanda yang kurang memberangsangkan. arakiannya smpi saat ini masih tiada jawapan penggantian tarikh. ku hanya mampu berdoa agar di temukan jodoh dengan Helmizan Mohd Amin dan dipermudahkan segala urusan persiapan perkahwinan kami. ahhhh.. ni nk citer pasal  Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event  atau nk citer pasal kisah duka ku. oke boleh abaikan. next !

Den tatau nak namakan apa ni. POSTER kah ? Pengiklanan kah ?
Yang den tahu ini adalah Pameran Pengantin Malaysia yang bertema.
MENARIK !!! woottt wooottt !!!

apapun aku tetap dan tekad mahu join contest utk kali ini. insyaAllah jika punya rezeki pasti telah di tetapkan oleh Allah taala. jika tiada rezeki utk menang kali ini kita usaha lagi. join next contest plak. hehe. xde ruginya pn join contest tp biar kene pada syarat-syaratnya. hehe. oke.. sebelum sebelum ini aku ada join bbrp contest anjuran  Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event dan berceritera berkenaan mereka di entry entry lapok ku. mahu tahu kah ? boleh klik
haa banyak x ? boleh lah kan. jenuh gak korang nk baca kan. haha. rajin rajin baca lah eh. x rajin x yah baca. hikhikhik. nk bgtau korang. mesti korang cam x cayo la kan, ada entry aku dh blurkan gambar "kepala ku bogel". so mmg x nmpk la aku di kawasan sekitar PPM sbnya aku terpaksa blurkan gambar tersebut. huhu. sbnya dulu lain skng lain. ewah ! paham paham la ya. x paham x pe. hehe. 

aku kenal PPM sejak tahun 2009. lama kan ? hampir 3 thn dah aku mengenali mereka dan mengikuti pameran yang mereka anjurkan. walaupun tidak semua tapi ku tahu lah di mana mana ada PPM. cuma kadang tiada kesempatan untuk menjengah berjumpa dengan Kak Yana, Kak Nadia dan Lisa dan kembar Lisa (psssstttt hari tu aku salah orang. ingt Lisa tp kembarannya. owh malu tutup muka. huhu). aku juga pernah menyertai contest mereka dan memenangi tempat kedua. siap naik pentas owh. sgt rasa di hargai sebagai seorang blogger yang menyertai online contest. tp sayangnya hadiah yang di beri tidak dapat di gunapakai kerana penangguhan itu. ahhh tidak mengapa belum rezeki ku. (sekali lagi. oke lepas ni x de dh ckp pasal tu. pomise. *cross finger* T_______T)


sepanjang aku mengenali  Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event , PPM telah banyak membantu b2b terutamanya dalam membuat persediaan perkahwinan mereka dengan mengadakan Pameran Pengantin Malaysia di serata pelosok KL dan Selangor (x kan nak buat satu Malaysia kan ? eh kalau ada rezeki mgkn boleh pe. for future kita doakan utk Urban Vibe Event. hehe. mana tahu leh smpi Kuantan sini. weee ! mementang dok Kuantan kan ? hikhikhik !). semasa di pameran inilah para b2b yang cheapskate (macam aku !) akan membuat terjahan dan tujahan soalan tawar menawar sehingga kepada harga yang terendah. masa ni lah semua vendor buat promo kaw kaw kopi kapal api pnya terbaekkkkk ! mmg best. aku pn ada gak grab bbrp promo. tp sayangnya tidak dapat di gunakan sb penangguhan itu. (aku dah kata. hish ! mcm mana nk elak ckp pasal ni eh ? haha
Sebuah syarikat penuh milik Bumiputera yang di tubuhkan dari tahun 2005. Berpengalaman luas menganjurkan pameran bertema seperti 'Merdeka Celebration', 'Ramadhan Eid Mubarak', 'Property & Home Exhibition' dan yang paling sinonim dengan Urban Vibe Event ialah 'Pameran Pengantin Malaysia'.
Their Past EventsGallery. See ! Banyakkan dorang buat event management. Terbaik wookkkk !

Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event is the best ever pameran perantin yang pernah aku pegi jengah dlm banyak-banyak pameran perantin yang ada di sekitar KL / Selangor. bukan bodek eh ! kenyataan kot ! Urban Vibe Event is the best Event Management / Organizer yang mmg boleh menarik ramai umat manusia di seluruh pelosok KL / Selangor utk datang menjengah pameran dorg. kalau pegi x sah kalau x pack. mesti berlanggar montot punya. haha. teettttt tersensor lak. 

See see. laga montot x ? haha. pack kan ? sgt pack.
dan arakian penambahan pack dgn kehadiran "muka" aku je bertenggek di PPM.
utk bbrp event la sblm pindah Kuantan. den suko cuci mato di PPM ! yahuuuuu !
Nadia Hassan, 29 CEO Urban Vibe
kenal x korang dengan wanita korporat di atas ni ? beliaulah pengasas Urban Vibe Event. Beliau telah menubuhkankan UBE bersama suami tercinta. wah sgt mengkagumkan. sweet romantic owh. eh ? terfeeling lak. hehe. kalau uols uols nk baca berkenaan keratan akhbar dari Metro boleh baca dari on9. kot la dulu x terbeli dan terbaca koran Metro. meh sini tempek linknya:


kepada vendor-vendor di luar sana yang membaca blog picisan sara ni. kalau kalau mahu turut menyertai PPM sbg exhibitor boleh hubungi mereka di sini:
kata-kata terakhir aku utk contest bagi task pertama ni semoga Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event sentiasa maju dan sukses dalam arena ini. tanpa mereka b2b kat luar sana payah nak cari source vendor-vendor utk hari bahagia mereka. dengan PPM b2b banyak dapat berjimat cermat. vendor-vendor mmg terbaekk menyertai PPM sbg exhibitor dengan memberi promo-promo yang menarik. kita saling memerlukan antara satu sama lain. PPM membantu vendor vendor di kenali di kalangan b2b untuk majlis kebahagian mereka. terbaikkan ? oke lah jumpa lagi nnt insyaAllah pada task yang kedua. salam sayang buat semua. xoxo !

p dot s: good luck kepada b2b yang join online contest ini juga. to all my lovelies and charming b2b / g2b yang nak join jangan segan join. tulih la apa korang nk tulih and anta je penyertaan ke Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event mudah kan ? yang penting ikut syarat penyertaan dan TnC mereka. oke chalo ! daa !
More Love Story
DISCLAIMER
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; ATAU

memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, ATAU

dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; ATAU

membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), adalah melakukan suatu kesalahan dan tindakan boleh di ambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
 

Copyright © Hernyzar Helmizan. Designed by Whitey Mommy