sejak dari kecil aku memang gemar menulis dan berkarya. sejak kecil aku punya diari untuk aku menulis setiap pengalaman hidup ku. meningkat remaja aku terus menulis dan menulis tanpa mengenal erti bosan. di dalam penulisan aku tidak pernah rasa bosan. malah aku gembira setiap kali aku menulis dan berkarya. bila ku selongkar kembali diari lama ku, aku hanya mampu tersenyum mengenangkan perjalanan kehidupan. dah boleh buat drama dah pn. tinggal gubah jadi skrip je. haha.
meningkat remaja dan sudah kenal dunia IT.. aku beralih arah kepada dunia siber. aku mula berblogging. menulis dan terus menulis tanpa aku perasan penulisan aku mempunyai pembacanya tersendiri. aku percaya setiap entry yang aku tulis pasti ada pembaca senyap yang membaca. yang mahu tahu perkembangan situasi kehidupan aku. yang ingin mengetahui bagaimana keadaan aku. apakah suka duka gembira sedih muram ? semuanya aku kongsi di sini. di dunia blogging ini.
lama kelamaan aku mula sedar. ada sesetengah penceritaan aku telah di salah ertikan. dan orang mula membawa mulut. senang di ungkap bagaikan internet bergerak. lebih pantas dari Buletin Utama TV3. sudah mula ada orang tidak suka akan penulisan ku. apakah aku kesah ? aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu tidak kesah. sedangkan aku mmg tidak kesah. apa yang aku tulis adalah luahan hati aku. luahan yang tiada siapa pun yang terlibat. aahh.. aku persetankan semuanya.
aku seorang yang periang, suka ketawa dan fleksibel. fleksibel sehingga mudah untuk orang pijak kepala aku. itu jugak aku tidak kesah. kerana bagi aku selagi tiada kecacatan pada tubuh ku aku masih boleh terima. bersyukur. mungkin ini adalah ujian dan dugaan dari Allah taala untuk hambaNya. aku terima. aku yakin. aku redha. aku tetap teruskan kehidupan ku. susah senang aku. suka duka aku. sedih gembira aku. aku sendiri melaluinya. tidak langsung aku menyusahkan mereka di sekeliling aku. malah aku membantu mereka untuk menceriakan hidup mereka. membantu mereka tatkala susah. tidak aku pinta sekeping balasan kerana aku sayang mereka.
tapi adakalanya.. tersentap sedikit hati ini jika di lupakan begitu sahaja. apakah buruk sangatkah diri ku ini ? apakah hodoh benar wajah ku ini untuk di ingati ? apakah bangsat sungguh diri ku ini untuk punyai perhatian yang kadangkala inginkan diri ini di hargai. senyum... aku terus tersenyum demi melihat mereka memperlakukan aku begini. kerana aku tahu.. di sana ada Dia yang menentukan segalanya. kerana aku yakin.. pasti Dia akan beri yang terbaik buat diri ku. Alhamdulillah.. kata kata yang tidak pernah lekang dari bibir ku. di setiap kurniaan yang aku dapat. di setiap ujian dan dugaan yang aku terima. aku tidak lah sehebat Nabi yang menerima pelbagai tohmahan dan fitnah di saat menyebarkan agama Allah. tapi aku cuba kuatkan diri aku walaupun aku tahu.. aku juga pernah MENGELUH. keluh resah memikirkan kehidupan aku.
saban hari aku hidup, mematangkan lagi diri ku yang naif dan daif ini. dan aku bersyukur kerana aku masih di beri nafas olehNya. setiap perkara yang berlaku pasti ada sesuatu yang akan terjadi di sebaliknya.. dan setiap apa yang terjadi pasti ada sesuatu yang memberi peringatan tentangNya. tentang apa ? tentang Dia yang Menyayangi dan Mengasihani diri ini setiap saat setiap detik. ya.. Dia yang berada di sana. Dia yang sentiasa akan menenangkan kita.
aku pasrah dan aku redha dengan setiap yang berlaku dalam kehidupan aku. semoga aku terus sukses dalam karier dan punyai keluarga yang menyayangi aku, suami yang sentiasa berada di sisi. amin. jumpa lagi. daa~!
p dot s: hanya bebelan petang. kamu... boleh abaikan. haha.
p dot s: hanya bebelan petang. kamu... boleh abaikan. haha.
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.