Semakan Kredit CCRIS di Biro Kredit
Sumber : Bank Negara Malaysia
Untuk pengetahuan semua, apabila anda memohon pinjaman dari sesebuah institusi kewangan terutamanya bank dan syarikat finance, mereka akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas anda. Ianya adalah satu penyemakan latar belakang mengenai sejarah kredit terhadap bakal peminjam sebelum keputusan pemberian pinjaman dibuat.
Semakan dibuat melalui Biro Kredit di Bank Negara Malaysia menggunakan sistem yang dipanggil CCRIS.
Antara maklumat yang dikumpulkan adalah butir maklumat peribadi anda spt nama, nombor i/c dan alamat, serta butir terperinci akaun kredit anda, seperti jenis kemudahan kredit/pinjaman yang anda ada, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status undang2 jika ada.
Sebagai contoh:
Jika anda mempunyai baki tertunggak pinjaman kereta 3 bulan. Ini akan memberi kesan kpd semakan kredit CCRIS anda, dimana jumlah bayaran tertunggak ini akan 'timbul' sebagai satu rekod pembayaran yang tidak elok.
Walaupun anda selesaikan bayaran 3 bulan yang tertunggak itu sekaligus, rekod pengendalian akaun anda akan tetap menunjukkan anda pernah tidak bayar pinjaman kereta untuk 3 bulan.
Dalam erti kata lain, semua maklumat ini ada direkodkan dan semuanya diberi kepada institusi kewangan berkenaan untuk membantu mereka membuat keputusan samada untuk meluluskan pinjaman atau tidak.
Sistem CCRIS atau Biro Kredit tidak memberi pendapat terhadap semakan kredit seseorang. Sebaliknya hanya memberi maklumat kredit sebagai rujukan bank berkenaan. Semua keputusan samada untuk meluluskan pinjaman, bergantung kepada polisi dan budi bicara bank tersebut.
Jadi, jagalah rekod pembayaran pinjaman anda dengan baik supaya ia memudahkan pengurusan kewangan anda di kemudian hari.
Diharap maklumat ini dapat membantu anda memahami mengapa pihak bank agak strict sejak akhir-akhir ini dalam meluluskan apa jua permohonan pinjaman.
Maklumat lanjut berkenaan biro kredit boleh didapati di
http://creditbureau.bnm.gov.my/
alhamdulillah xprnh miss byr keta..slu byr lebih,so tht bile smpi bln2 yg byk nk gn duit,yg lbih2 yg slu byr tu sgt2 mmbntu..ngee...=)
ReplyDeletehuhu sara pn sama... jauhi CCRIS.. ecece... kredit kad jep sangkut2.. tp dah setel.. hope masa akan dtg memberi pengajaran... :)
ReplyDeleteni ada satu citer dasaat pasal loan keta nih....my SIL ....baru baru ni kene ccris..kenapa?? tetibe bank cakap dia ada tunggakan 2 bulan masa tahun 2009 ...boleh tak??? kenapa bank tak informed awal2..kalau ada tunggakan? pelik? pelik....dan ianya berlaku
ReplyDeletesara pn pernah kene.. ada tunggakan tiba2.. hangin betol.. check balik bagi resit kat dorg.. sb sara mmg buat file khas pembayaran kad kete dan lain2.. kasi tunjuk sket.. haa kau terkejut.. kdg2 bank ni jahat.. geram jugak kadang tu..
ReplyDeleteonce apply loan, sama ada approve atau tak, akan masuk CCRIS.CCRIS tu under BNM yang mana semua bank boleh refer kalau ada new application dan check via IC kita. bank tak kan dapat tau kita loan dengan bank apa, cuma tau jadual pembayaran..thats why kalau lewat bayar, CCRIS detect as 1 (1bulan due) 2, (2 bulan due) atau 0 (takde due)..cuma BNM je boleh tau which bank kita loan.
ReplyDeletemustahil kalau CCRIS tipu bcoz its automatic capture.bank tak boleh edit CCRIS.itu capture via payment method...
tp mcm mana boleh kene wlpn dh bayar ikot due date. huhu. :(
ReplyDelete