BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Cerita Kehidupan : Pre-Pregnancy Test ♥

entry tgh malam..

haha. aku x mantok so aku rasa nk buat entry ni. sb baru-baru ni aku ada berjumpa dgn doktor aku. bertanyakan berkenaan kesihatan aku. al-maklumlah aku ni berpenyakit. walaupun tidak la sekronik mana tp langkah pencegahan itu harus ada. tambahan pula aku akan mendirikan rumah tangga x lama lagi.

oke... balik kepada tajok. sbg seorang wanita [wahhh matangnya aku rasa. haha] pasti punya impian mahu menjadi seorang ibu. oleh itu, waktu aku bertemu dgn doktor peribadi aku, aku pn bertanyakan soal persediaan pregnancy. juga aku tanya apakah perlu mengambil folic acid seawal sebelum menikah. [ini di sebabkan curiosity aku untuk tahu apakah perlu aku mengambilnya skrg. kuikuikui]

kata doktor aku, folic acid perlu di ambil mengikut prescription dari doktor. bukan ikut kepandaian sendiri. ini adalah kerana fungsi folic acid adalah utk mencegah terjadinya neural tube defects iaitu cacat tulang belakang (spina bifida). folic acid bukanlah persediaan untuk mengandung. akan tetapi vitamin untuk pencegahan neural tube defects. [dia siap berceramah kat aku apa jenis-jenis vitamin yg perlu di ambil mengikut keperluan ketika hamil. walhal aku tny je. huhu. ceramah petang bersama doktor. haha]

apa yang lebih penting [katanya... haha] adalah perkara sebelum berlakunya pregnancy. apakah perkara tersebut ?
  1. Medical History / Medical Check Up
    - sebelum menikah anda pasti membuat ujian HIV bukan ? apa salahnya anda buat sekali pemeriksaan kesihatan anda bagi mengetahui persediaan badan untuk mengandung.  pemeriksaan kesihatan ini adalah pemeriksaan pra-ujian kehamilan.
    - doktor akan bertanyakan sejarah kesihatan keluarga anda bagi mengetahui apa yang perlu di cegah dan di rawat sebelum ia akan memudaratkan kesihatan anda juga bayi anda ketika kehamilan.

  2. Urine Analysis
    - urine analisis adalah di uji samada anda mempunyai jangkitan saluran kencing (UTI - Urine Tract Infection). di dapati UTI boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang dan sbgnya.

  3. Blood Test
    - semua orang pun tahu ujian darah adalah untuk mengetahui sama ada kita mempunyai penyakit lain atau tidak seperti Thalasemia, Tay Sachs disease, anemia dan sbgnya. ini bagi mengelakkan anak kita mewarisi penyakit genetik ini atau mencegah komplikasi semasa kehamilan yang boleh menyebabkan kecacatan dan kematian.
    - selain itu, dengan ujian darah juga boleh mengetahui tahap imunisasi badan kita. doktor aku ada bagitau berkenaan rubella vaccine. katanya itu penting bagi mengelakkan congenital rubella syndrome (CRS). penyakit sawan ke apa ntah. lupa suda aku ni. bnyk sgt telan semut. haih.

  4.  Screening Test
    - screening test ini adalah bagi mengetahui berkenaan penyakit seperti sifilis, hepatitis B atau HIV. ini penting bagi mengelakkan anak anda di jangkiti. yang ni kita buat masa nak submit borang HIV tu. soh sekali dorang buat screening test utk yang lain tu. satu lab je pn. lab serology. ecece.

  5. Fertility Test
    - ini la yang paling penting sebenarnya. menguji tahap kesuburan diri anda dan pasangan. anda kene tahu apakah anda ini subur atau tidak ? doktor ada penyelesaiannya. anda juga perlu tahu waktu pengovulan anda. sekiranya anda sudah bersedia untuk menimang cahaya mata awal atau org kata bunting pelamin, mungkin anda boleh buat persediaan awal. apa apa pun kita hanya berusaha dan yang menentukannya adalah dari Allah Taala. 
vitamin atau supplement akan di berikan mengikut keperluan individu. minta nasihat doktor sebelum anda mengambil sebarang presription ubatan bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini. mana tahu anda tidak memerlukan itu tapi anda memerlukan benda lain demi kesihatan tubuh badan dan persediaan kehamilan.

yang paling utama.. AMALKAN MAKANAN YANG SIHAT. sebulan sebelum menikah pergi la buat medikal check-up utk persediaan menjelang kehamilan. manalah tahu bunting pelamin. sekurang2nya anda dah buat apa yang perlu utk diri anda juga bayi anda. selamat beramal. 

ini baru pre-pregnancy test. ada bnyk lg test. haha. bagi mummy-to-be mesti tahukan ? aku ni je haa kalut. nikah lmbt lagi tp sibuk dh nk pregnant. hehe. xpe yg penting aku tahu untuk bersiap sedia sebelum hamil. ecece. yg penting krgkan berat badan ya cik sara. doktor dah pesan bnyk kali. rekod kesihatan pn krg bagus ni. jaga jaga. hehe. cik sara degil x nak makan obat. kehkehkeh~!

oke la tu je bebelan malam. nnt story lg. selamat malam.. XOXO~!

p dot s: incik tunang semangat nk buat ujian pre-pregnancy test ini. katanya buat lah persediaan. berdoa dan tawakal. katanya... insyaAllah kalau ada rezeki awal dpt lah dari Allah Taala. kami ni pasangan lanjut usia. kang umur semakin "muda" anak tecik lagi. hehe. comel jep tgk incik tunang peka ttg perkara ini. cayang u kemas kemas kemas. 

2 comments:

  1. info yg bagus ni sara!!! tq tau sok baru nak g klinik huhuhu

    ReplyDelete
  2. sekadar berkongsi sahaja.. hehehe~! anyway gudluck fara.. mana tahu ada rezeki x lama lagi. amin..

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar