BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ 22th Ramadhan : Penghujung Ramadhan ♥

malam yang dingin..
sedingin hembusan bayu hujanan yang membasahai bumi.
SUNYI. SEPI. SENYAP.
hanya irama dendangan hujan menimpa zink di bumbung kediaman.
.................................................


di kesunyian malam ini seraut wajah tua..
memancarkan kegusaran hati.
keresahan hati yang sukar untuk diluahkan.
kerunsingan jiwa sukar untuk di gambarkan.
apalah daya utk seorang wanita di penghujung usia.
hanya mengharap belasan anak-anak.


namun... harapan itu hanya tinggal harapan.
kekecewaan melanda tatkala si anak bongsu menganiayanya.
di penghujung Ramadhan...
mendapat khabar berita harta pusaka.
harta pusaka yang tidak nampak batang hidungnya.

yang sulung dan yang tengah..
di katakan bodoh dan dungu tidak tahu apa-apa.
memberi kepercayaan sepenuhnya 
kepada si adik yang pintar dan bijak.
apalah yang mereka tahu. 
mereka orang kampung. tidak tahu apa-apa.
hanya mampu berserah kepada si adik 
yang jauh lebih hebat di arena kebandaran.

ibu tua yang kegusaran hati 
hanya mampu menitis air mata membasahi pipi.
hanya mampu berserah dan berdoa agar 
...tiada ketengangan yang melanda.
hanya mampu berserah dan berdoa agar 
...keadaan kembali sediakala.
hanya mampu berserah dan berdoa agar 
...kegusaran ini berlalu pergi.

mungkin ini adalah dugaan dan cobaan dari Allah Taala.
yang harus di tempuhi dengan penoh kesabaran dan ketabahan.
semoga keadaan baik baik belaka.
di penghujung Ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar