BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

ILMU #08 : Petua Murah Rezeki

"Ya Allah...
Sekiranya rezeki kami berada di langit maka Kau turunkanlah ia,
Jika ia ada di bumi maka Kau keluarkanlah ia,
Dan jika ada ia di dalam lautan maka Kau munculkanlah ia,
Sekiranya rezeki kami berada di tempat yang jauh maka Kau dekatkanlah ia kepada kami,
Jika ia adalah sedikit maka Kau perbanyakkanlah ia,
dan jika ianya sukar untuk sampai kepada kami maka Kau permudahkanlah ia,
Serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikkan-Mu,
dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih lagi Mengasihani"

************************************************************************************************************

Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata:

"Setiap pagi sedekahkanlah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kamu (samada yang masih hidup ataupun yang telah tiada) nescaya pintu rezeki mu akan terbuka buat kamu."

Berdasarkan Hadith Nabi:

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari."

Huraian Hadith:
  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (samada yang masih hidup ataupun yang telah tiada)
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar dan bersungguh-sunguh)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tuanya, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (cthnya: makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya)
Mari bersama kita beramal. InsyaAllah berkat usaha, doa dan tawakkal akan dimurahkan rezeki oleh Allah taala. Amin ya rabbal alamin.

p dot s: sekadar suatu perkongsian untuk amalan kita bersama. insyaAllah. 

3 comments:

  1. thanks for sharing dear..berguna ni untuk murahkan rejeki..which i really need now.. hehe ;p

    ReplyDelete
  2. welcome dear... ilmu untuk di kongsi bersama..

    ReplyDelete
  3. wow.. sgt bagus entry ni.. thanx dear..

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar