Perhatian! ini adalah pesanan penulis!!!
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, sebelum sy bawa anda ke pengalaman misteri ini, sy ingin sekali membuat pengumuman bahawa sy (dengan nama pena Cik Es) mengakui bahawa keseluruhan cerita ini adalah asli, berdasarkan pengalaman sebenar yg sy alami sendiri. Jalan cerita telah diolah dalam bentuk penceritaan ala-ala novel, menggunakan bahasa santai bagi membawa anda "mengembara" ke pengalaman ini. Atas nasihat beberapa individu, untuk kebaikan bersama, maka sy sebagai pemilik sebenar/idea asal cerita ini, sama sekali tidak membenarkan cerita ini diolah semula untuk tujuan keuntungan, tidak kira sama ada diolah semula dari segi jalan cerita atau mengambil plot asal cerita ini, untuk mana-mana tujuan komersial tanpa pengetahuan dan keizinan sy.
Sy hanya membenarkan cerita ini "di copy paste", dikongsi di email atau mana-mana ruangan forum lain,atau mana-mana medium, dengan syarat meletakkan kredit asal pada link thread ini. Hanya ada dua syarat - bukan dengan tujuan keuntungan dan kredit pada link asal. Terima kasih atas sokongan semua yang menjadikan thread ni di antara yang menjadi pilihan utama pelawat Cari Forum. Sy pada asalnya tidak pernah menjangka akan sambutan ni.Utk pengetahuan semua, sy bukan seorang penulis profesional. Sy hanya seorang gadis biasa yang bekerja di salah sebuah restoren yang menjadikan dunia penulisan sebagai minat utama sy. Moga cerita ini,akan jadi iktibar. Semua yang baik datangnya dari Allah Taala,yang buruk itu datang dari sy sendiri. Salam.. Ikhlas - Cik Es
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PART 1
Kisah ni bermula hampir 3 tahun yang lepas. Aku bekerja di salah sebuah restoren,sebagai supervisor. Restaurant ni agak baru, pertama kali membuka cawangannya di tempat aku, jadi aku dah bekerja di situ sejak restoren ni masih belum buka lagi. Aku dengan seorang lagi partner bertungkus-lumus lah dengan renovation, cari staff, training staff dan sebagainya. Dipendekkan cerita, beberapa hari sebelum restoren tu dibuka secara rasmi, bos aku cakap dia dah tolong call Telekom untuk pasang telefon sekali dengan wifi semua. So aku pun stay je lah kat restoren tu, partner yang lagi sorang tu keluar sebab nak cari pisau pemotong roti, dia suruh aku duduk je dekat restoren yang dah 80% siap tu untuk tunggu budak Telekom datang.
Sebelah petang mcm tu, datang la budak2 Telekom ni, pasang wayar, pasang telefon, pasang modem untuk internet dan sebagainya apa yang patut lah. Sebaik je dorang habis siapkan, dorang pun blah. Tak sampai setengah jam selepas dorang blah, telefon tu tiba2 je berbunyi, aku pun rasa pelik la sebab setahu aku, telefon baru pasang, orang pun tak tau lagi berapa nombor telefon kitorang, so aku wonder jugak lah sape pulak yang call. Aku malas nak fikir panjang, aku angkat je lah. "Hello.." "Ya... ya... hallloooo..hallooo..." itu je aku faham sebab perempuan tu cakap cina pulak. "Sorry madam,i dont speak chinese. U cari siapa?" aku tanya lah jugak walaupun aku memang dah confirm dia salah nombor. "Halloo... bla bla bla" masih lagi perempuan tu cakap cina, kalau dengar dari suara dia, aku dapat agak perempuan ni memang dah tua sangat, mcm nenek tua nyanyuk bercakap. Berkali-kali aku cakap aku tak reti cakap cina,tapi masih lagi nenek tua tu cakap-cakap. Disebabkan aku bengang dah malas nak layan, so aku terus letak telefon dan aku tunggu lagi, kot2 nenek tu call balik, tapi takde. Lega.
Bersambung..
p dot s: ceritera pendek ini telah di kongsikan oleh Cik Es di Cari Forum dan telah di ikuti oleh beribu pembaca forum. Cuma di forum kene ada Reader Access untuk membacanya. Ni hah ku kopi teh ais untuk bacaan kalian. enjoy reading sayang ku~!!!!
Bersambung..
p dot s: ceritera pendek ini telah di kongsikan oleh Cik Es di Cari Forum dan telah di ikuti oleh beribu pembaca forum. Cuma di forum kene ada Reader Access untuk membacanya. Ni hah ku kopi teh ais untuk bacaan kalian. enjoy reading sayang ku~!!!!
mlm ni smbg tulih.esk bca :).
ReplyDeletefor sure. haha :p
ReplyDelete