BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Part #15 : Panggilan Telefon Misteri (Nenek) ♥

no word. just CLICK HERE for previous story. *baco sajo lah*
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*nak tahu link asal boleh click pada setiap part*

Freddie.. bukan seperti yang aku bayangkan sebelum ni. Seorang lelaki kurus, tak terurus dan nampak serabai kerana masalahnya yang dia hadapi - sangkaan aku meleset bila Freddie yang sebenarnya, adalah seorang lelaki yang nampak kemas dan... tak nampak ada masalah pun? Nampak raut wajahnya tenang je? Ok, aku tau aku tak sepatutnya judge Freddie begitu, tapi bila melihat wajahnya untuk pertama kali, aku tak rasa dia ada masalah yang besar atau tekanan perasaan dan sebagainya.

Aku tak nak bercerita panjang tentang bagaimana aku dan Danny menceritakan satu per satu, tentang pelbagai peristiwa yang kami hadapi sejak beberapa bulan, termasuk aku yang dah setahun lebih terganggu dengan panggilan nenek tua, sehingga mendesak aku untuk mencari jalan penyelesaian. Semuanya kami ceritakan satu persatu pada Freddie, tanpa ada satu pun fakta yang tertinggal. Sebab aku merasakan, Freddie berhak untuk tau, dan aku tau, Freddie jauh lebih tahu, apa puncanya semua kejadian ni berlaku.

Freddie agak berat untuk berkata-kata, pada waktu tu, aku dapat lihat matanya mula berkaca, airmata nya bergenang tanpa dapat dibendung lagi. Aku dan Danny berpandangan, sehelai tisu aku hulurkan pada Freddie, aku tahu betapa segannya Freddie untuk menumpahkan air mata nya di hadapan seorang wanita seperti aku. Eh tak nak guna perkataan wanita lah, mcm dah tua sangat, replace dengan perkataan gadis ok Aku dan Danny berpandangan, sehelai tisu aku hulurkan pada Freddie, aku tahu betapa segannya Freddie untuk menumpahkan air mata nya di hadapan seorang gadis seperti aku.

Suasana sepi seketika, aku kehilangan kata-kata. Aku tak tau apa yang harus aku buat. Tapi, atas dasar simpati, aku bagitau Freddie, kalau dia nak menangis, menangis lah. Mungkin airmata tu akan dapat melegakan hatinya, tak salah untuk kita menangis, walau bergelar seorang lelaki sekalipun, itu tandanya kita bukan manusia yang ego. Sebaik saja aku cakap macam tu, Freddie menangis teresak-esak, satu situasi yang cukup pilu. Pipi aku terasa basah, tanpa disedari, aku menangis sama walaupun aku tak tahu, apa sebabnya.

Misteri mula terungkai apabila Freddie .. "Saya lah Freddie tu,sy akui sy banyak buat silap tapi sy tak bermaksud nak kecewakan sesiapa.."

Bersambung...
p dot s: mari menanes bersama. sob sob sob. huhukhukhuk~!!! wah emo lak kan aku. T___T

4 comments:

  1. Semangat mengikuti cerita nenek tua ni.hehe.
    nak exchange link eh?
    http://kerrythepinklover.blogspot.com/

    dah link+follow :).

    ReplyDelete
  2. hye kerry thanx follow my blog and linked me... will do the same :)

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar