BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Part #21 : Panggilan Telefon Misteri (Nenek) ♥


jom kita teruskan dgn drama sweetheart sweetheart. haha. comel jep couple ni. jom la teruskan. haa kalau yg ketinggalan tu meh la KE SINI.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*nak tahu link asal boleh click pada setiap part*

Aku terkedu mendengar ungkapan itu, sweetheart? Bukannya aku tak merasakan sesuatu yang lain dalam perasaan aku pada Danny, tapi entah lah, kadang2 aku rasa Danny treat aku seperti kawan saja, kadangkala, lebih dari itu. Atau.. mungkin aku yang perasan lebih kot, kadang2 ada ketika dan waktunya bila seorang lelaki beri perhatian yang lebih, disalah anggap sebagai menyimpan perasaan dan sebagainya, dan aku tak nak lah termasuk dlm golongan yang salah anggap tu. Aku buang jauh perasaan tu, mungkin hanya gurauan dari Danny je, bukannya dia tak pernah panggil aku sayang di saat aku marah, tapi semuanya mungkin hanya sekadar gurauan. Aku selesa berkawan dengan dia, seorang yang tak pentingkan diri dan sentiasa memberi keutamaan pada org yang lebih memerlukan. Jiwa nya sensitif, ya. Kadang2 mudah tersentuh. Mungkin pengalaman yang dilalui, membuatkan hatinya begitu.

Seperti yg dijanjikan, Danny menjemput aku di rumah. Kali ni, baju tak sama warna seperti dalam cerita aku yang sebelumnya, Danny agak lewat daripada waktu yang dijanjikan, singgah isi minyak kereta katanya. Danny yang aku kenal, seorang yang suka mengusik dan sukar untuk melihat mulutnya tu berhenti bercakap, macam bertih goreng bak kata org, tapi malam tu, Danny agak berbeza. Dia diam. PMS ke apa budak nih, aku pulak yang rasa tak selesa, sebab aku tak tau macamana nak mulakan perbualan dengan Danny, yang hanya membisu.

Danny berhenti memandu dan parking kat tepi jalan. Aku sedikit takut, dah membayangkan yang bukan-bukan. 

"Just nak inform awak, tapi...jangan panic ya, please?" Danny memecah sunyi.
Aku agak tertanya-tanya kenapa Danny mcm ni, ini betul Danny ke atau.. ah sudah, perkara lain pulak terbayang dalam kepala otak aku nih.

"Sha.. tadi.." Danny agak sukar untuk teruskan.
"Awk cakap je kalau awk rasa awk perlu bgtau,tapi.. kalau awk nak simpan as privacy, sy faham. Awk tak perlu beritahu apa2 ok" aku cuba untuk redakan diri dia, yang nampak sedikit tak tentu arah. "Tadi sy nampak nenek berkebaya tu,duduk kat belakang" kata-kata Danny mcm halilintar je, telinga aku rasa berdesing. Danny tak menoleh ke arah aku, dan tak jugak menoleh ke belakang, cuma pandangan nya terus ke depannnn je, bulu roma aku meremang.

Perlahan-lahan, aku cuba melirik ke belakang. Tak tau kenapa aku mcm berani sgt lah konon, tapi bukan kah bila kita takut, kita memang selalu check apa yang ada di belakang kita kan? Ini lah yang berlaku pada aku. Mula-mula, aku langsung tak nak toleh. "Masih ada lagi ke err...dia kat belakang ni?" aku tak tau la nape aku ni jenis suka betul tanya soalan tak kena tempat. 

Danny mengangguk dan melihat aku dengan menggunakan ekor mata nya je, tp langsung belom bergerak sangat. Aku menahan nangis. Dengan perasaan takut-takut berani, aku pusing kepala ke belakang.. perlahan ya ampun, takutnya aku hanya Tuhan yang tahu. 

Tapi... apa yang aku lihat... Teddy bear sederhana besar tengah duduk kat seat belakang, yang tengah pegang kad besar bertulis..
 

"Aishah.. I never say I Love U,but I do.. -Danny- "

Aku kehilangan kata-kata. Marah, geram, gembira, malu bercampur-baur. Lepas baca ayat pada kad tu, aku pandang ke depan  semula. Secara jujur, aku tak tau nak cakap apa, tindakan Danny terlalu mengejutkan, dan macamana pulak aku boleh tak perasan dari awal, teddy tu ada kat belakang, aku pun tak tau.

Danny diam. Aku pun sama. Agak lama.

"Kenapa tak nak gelak? Takut nenek gelak sama ke?" Danny dah mula balik perangai dia.
"Oho, April Fool dah lepas okay, tak lawak" aku cuba nak cover perasaan gugup.
"Sy suka buat lawak, tp rasanyaaa.. belum pernah menipu lagi.. hehehe" Danny hanya senyum.

Danny mula memandu balik, selepas hampir 20 minit berhenti kat tepi jalan. Waktu Danny tengah memandu, aku cuba melihat ke belakang seat, niat asal, nak tengok teddy tu, sekali lagi. Nak menoleh ke belakang, segan pulak. So, curi2 lah tengok dari cermin. Terkejut besar aku bila kelibat nenek berkebaya duduk di belakang, senyum pada aku. Aku terperanjat, menjerit sekuat hati, tanpa aku sedar, aku hilang kawalan dan sekali lagi, aku kemalangan hanya kerana Danny tak dapat kawal kereta, bukan sebab dia panic, tapi sebab aku yang pegang stereng kereta dan pusing ke arah kanan, aku tak tau kenapa aku buat mcm tu, panic punya pasal.

Kereta yang Danny pandu, merempuh sebuah motorsikal dan sebuah kereta CRV milik orang brunei. Waktu ni, Danny dah berdarah hidung dia, tapi masih ok. Aku pulak tak tau apa yang berlaku sebab aku pengsan tak lama selepas tu..

Aku buka mata perlahan-lahan. Tengok keadaan sekeliling, aku kat wad rupanya. Cuba gerakkan tangan dan kaki aku, mana tau kot2 patah ke apa. Lega, sebab ok je boleh gerak lagi. Check kepala pulak, tak berbalut. Aku cuba ingat balik apa yang berlaku, bayangan nenek tu terlintas di fikiran, aku menjerit dan kami kemalangan. Huh,masih ingat! Fuhhh maksudnya tak le aku ilang ingatan kan. 

Aku cuba bangun, tapi rasa nak pitam. Tak jadi, aku baring balik. Aku sorang je dalam wad, mana pulak family aku nih, takde jenguk langsung ke. Dorang dah tau ke tak ni? Aku belek baju aku, baju hospital. Jangan2 aku dah kat sini, beberapa hari. Tapi tak mungkin lah kot, bukannya cedera parah sgt pun aku ni sampai amik masa beberapa hari nak bangun. Berderau darah aku, Danny mana? Hidup ke dia? Selamat ke? Atau...? Aku tak sanggup fikir banyak. Aku panjangkan leher nak jenguk2 katil sebelah, ada banyak lagi katil dalam wad tu aku rasa tp semuanya dipisahkan dengan kain biru. Nak selak, tak larat lak nak bangun. Tapi keadaan yang sunyi sepi tu yakinkan aku, yang aku hanya seorang dalam wad tu.

Tekak rasa haus sangat, mcm dah lama tak minum air. Aku pejam mata, tunggu2 je lah, nanti mesti ada nurse datang jenguk. Tiba2 tangan aku dipaut seseorang, aku nak buka mata, tapi... tak mampu. Sedaya upaya aku nak buka mata, tapi tak jugak dapat. Tangan yang memaut tadi, makin erat, membantu aku untuk bangun dan aku rasa bibir aku seperti disuap sesuatu, basah. Air.. aku teguk sampai habis sebab aku haus sangat.. lepas minum, baru aku dapat buka mata. Di luar jangkaan, sekali lagi, nenek berkebaya tersenyum pada aku, sambil memegang gelas yang airnya dah habis aku minum. Aku tak dapat buat apa2, kecuali melihat nenek tu yang hanya senyum dan perlahan-lahan hilang.. Aku terjaga, rupa-rupanya dah hampir 16 jam aku tak sedarkan diri. Waktu aku terjaga tu, keluarga aku memang dah ada di sisi, semua terkejut aku bangun macam bangun dari tido biasa je. Aku terpinga-pinga gak, nenek tadi tu datang dalam mimpi je ke atau betul2.. aku tak pasti.. 

Keluarga aku semua ada kat situ.. dan beberapa org rakan pun ada.. tapi, aku tak nampak langsung wajah Danny.

Aku menoleh pada abang aku.. "Danny ok ke?Dia kat mana sekarang?"..

Abg aku memandang aku lama, aku menanti jawapan dengan penuh sabar..

Bersambung...
p dot s: la plak eksiden. saboe eh. x lama lg dh nk tamat. aku pn tatau bila nk tamatnya citer ni. haha. korang bersabau eh. cayang la korang. XOXO~!!!

1 comment:

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar