BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ TELADAN : Mencari Redha Ilahi ♥

KISAH 1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan Kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang Perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan di kurniakan Allah dengan 7orang anak. beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang, saya bertemu dengan Salleh. dia terus mengajak saya ke rumahnya. dia menyewa ruma teres setingkat tidak jauh dari masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah taala.
  • Salleh bekerja makan gaji dan pendapatn bersihnya sebulan kurang dari RM3000
  • Isterinya adalah anak sulung walaupun berkelulusan Ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehenda Salleh. sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja., Salleh memberikan RM300 sebulan kepada kedua ibubapa mertuanya setiap bulan.
  • Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunga di kampung RM200 sebulan. bapa Salleh telah meninggal dunia.
  • dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebuan
  • dia membayar rumah sewa Rm400 sebulan
  • di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
  • pelik tapi benar, bil elektrik di rumah kurang dari RM20 sebulan. sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dh buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
  • empat orang anaknya di hantar ke sekolah agam integrasi
  • bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat menjadi amalannya yang patut di contohi:
  • solat Dhuha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
  • solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti membeli mesin basuh
  • sering membaca surah al-Waqiah
  • tidak terlibat langsung dengan sistem Riba'. dia menggunakan kredit kad Bank Islam. pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam
  • berbuat baik pada kepada kedua ibubapa dan ibubapa mertua.
  • suka menolong orang dan memberi derma
  • semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kene sebarang penyakit.
  • dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya
  • segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.
KISAH 2
ketika saya bujang dahulu, saya sering menziarahi kawan saya. Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai, Johor. pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan abgnya, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Bahru.

kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. petang itu Norizam merungut lagi iaitu abgnya datang untu temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). gaji Rashid sekarang ialan RM10,000 sebulan. katanya tidak mencukupi. dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya memunyai dua orang anak sahaja. beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susha ialah seperti berikut:
  • banyak sangat terlibat dengan sistem riba'. pinjama kereta, kad kredit, pinjaman rumah, akaun simpanan semunya Sistem Konvensional (Riba')
  • menggunakan banyak kad kredit konvesional kemudian bayar pokok sahaja. bermakna memakan riba' yang berterusan.
  • sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (masalah kene curi dan kemalangan jalan raya)
  • sering bertengkar dengan iseri
  • isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri
  • anak perempuan sulungnya yan di tingkatan 3 kena tangkap basah
  • suka menengking jika ada orang minta derma
  • soal sembahyang 5 waktu di pandang sebelah mata sahaja


Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan dalam hidup.

KISAH 3
saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat yang membuatkan hati saya amat tersentuh. cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

ceritanya begini..

suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. si suami seorang guru penolong kanan. beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum Zohor. kedua-dua suam isteri ini masih di sekolah. walaubagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingakatan 1 dan yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. waktu Zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil  wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. dia ikut sujud apabila imam sujud. dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah.. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk. ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji Allah. bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah Allah tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana mana orang dewasa dan tanpa di suruh-suruh. cerita tidak berakhir di situ.

ustazah bermalam di rmah sahabatnya itu. apabila Subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan Subuh berkumandang kalau saya tak lupa. takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'.bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun da yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu Subuh paling awal. si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. 

mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. dan sekali lagi cerita tidak berakhir di situ. ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tidak surut lagi. alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "anak-anak.. hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa.." dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah Subuh yang di sampaikan.

Subhanallah. bila di tanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian di beri kepada anak-anaknya ? dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. mereka berhara agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya al-Fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka perdi dulu. lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki. pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman. cuba kita tanya diri kita sendiri.
  • berapa ramai keluarga islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ?
  • berapa ramai anak-anak Islam yang berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk ?
  • berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ?
  • berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taap melaksanakan perintah Allah tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih tua ?

Subhanallah. Alhamdulillah moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua. 

NOTA ! petikan ini hanya di copy dan paste. bukan penulisan saya sendiri. hanya sekadar berkongsi untuk sebaran dan renungan bersama.

5 comments:

  1. alhamdulillah, tq 4 sharing..moga jadi iktibar utk kita semua :-)

    ReplyDelete
  2. cerita 1 dan 2 penah baca. yg ketiga belum pernah baca. nice sharing~

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. utk perkongsian bersama. :)

    ReplyDelete
  4. lid suka senyum lebar. cerianya dia. *big hugs*

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar