BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Part #9 : Panggilan Telefon Misteri (Nenek) ♥


bertabah lah korang eh utk merabeskan ceritera pendek ni. dh mcm apa lak berepisode bagaikan dh bukan ceritera pendek dh pn ni. x pe aku sure korang masih tertunggu kesudahan ceritera ini. adios~!!!! SINI SINI SINI aku x lupa korang yg tertinggal la.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*nak tahu link asal boleh click pada setiap part*

Selepas 2 atau 3 bulan aku dan Danny tak hirau lagi nak cari nenek tua since Danny dah dpt kerja, kitorang kembali ke plan asal untuk sambung balik siasatan, semuanya gara-gara nenek tua tu dah tak lagi call restoren tempat aku kerja, tapi nenek tu call office Danny pulak. Kitorang memang dah agak ini mungkin satu misteri yang takkan terungkai, tapi kalau tak cuba, mana nak tau hasilnya kan? Pada mulanya, aku tak tau mana nak mulakan siasatan, aku kerja kat restoren, Danny pulak dalam bidang perhotelan, jauh bena dengan skill nak CSI ke apa, skill masak ade lah kot. Jadi, aku dengan Danny pun plan nak jumpa, untuk bincang tentang hal ni dengan mereka yang mungkin lebih arif. Aku ambik keputusan untuk bawa sekali account clerk kitorang, yang aku panggil Nisa. Dan Danny pulak bawa sepupu die, Ryan iaitu anak sulung kepada Mdm Wong tauke telur. Ryan ni peminat kisah mistik atau misteri & pernah involve dalam pencarian entiti paranormal waktu die kat Australia. Australia atau New Zealand, aku lupa pulak, tak sure.

Tiba malam yang dijanjikan, aku pun pergi jumpa Danny, Ryan dan Nisa kat salah sebuah kedai makan. Lepas order makan & sesi kenal-mengenal antara satu sama lain (sebab aku tak pernah jumpa si Ryan dan Ryan pun tak pernah jumpa aku dan Nisa, jadi kira mcm intro lah, hik hik). Topik tentang nenek ni, menjadi topik utama perbualan kitorang, dan mcm biasa lah, timbul pulak macam2 spekulasi.

Ryan mencadangkan untuk kitorang cuba mencari siapa pemilik asal nombor restoren tu. Ryan cakap, ada kemungkinan nombor tu adalah milik tempat kerja Freddie pada asalnya, lepas tu dorang potong line ke apa, dan nombor tu digunakan oleh restoren kitorang pulak, kiranya mcm nombor recycle la. Bila Ryan cakap mcm tu je, Nisa terus menyampuk ..

"Laaa.. kalau mcm tu, memang Nisa dah lama tau, nombor tu syarikat balak punya lah, dorang jual kayu"
"Apsal kau tak pernah cakap pun? Apsal aku tak tau eh?" aku pun tanya, sedikit bengang lah sebab sepatutnya Nisa inform aku pasal ni, tiba2 aku rasa segan pulak sebab Nisa, lebih tau daripada aku.

Nisa cakap, dia tak pernah bagitau sebab hal tu dah terlalu lama sangat. Waktu restoren kitorang baru mula beroperasi, menurut Nisa, memang beberapa kali ada orang call mintak quotation harga kayu lah, tanya ada buat perabot ke tak, kilang balak kat mana lah, macam-macam. Nisa cakap ni restoren, takde deal dengan kayu-kayu semua ni, orang yang call pun terkejut dan tanya, eh ni bukan Syarikat Kayu XYZ ke (sekadar nama syarikat samaran,bukan nama betul syarikat tu k). Nisa pun pernah beberapa kali terima fax daripada org yg tak dikenali, kat atas kertas tu bertulis "Attn to Account Dept,Syarikat Kayu XYZ" lebih kurang mcm tu lah, dan beberapa kali Nisa terpaksa call back untuk inform yang kitorang ni restoren, bukan syarikat kayu balak.

Patut lah aku tak pernah tau pasal tu sebab kebanyakan waktu aku memang berada di bahagian luar opis, dan yang selalu jawab telefon ialah Nisa, dia tak pernah maklumkan sebab dia tak pernah terfikir pun info tu dapat membantu kitorang cari siapa freddie atau siapa nenek tu. Lagipun lepas beberapa bulan, dah takde orang call untuk tanya pasal syarikat kayu tu, mungkin sebab syarikat kayu tu dah pun inform dengan customer dorang tentang penukaran nombor. Aku pun cadangkan kitorang google je lah nama syarikat tu, for sure ada alamat dan contact number dorang.

Dengan menggunakan handphone Ryan, kitorang pun sama2 google syarikat tu. Sah, masih wujud dan website dia active. Syarikat tu syarikat kayu balak yang supply kayu balak (eh,memanglah) dan ada jugak supply barang2 untuk bina bangunan macam simen, cermin,etc. Danny cepat-cepat save nombor telefon office syarikat kayu tu, sekali dengan nombor fax dan email sekali. Danny ni ambik langkah berani sikit lah konon, die dail je nombor tu walaupun kalau ikut secara logik, mane lah ada orang kat opis malam2.

"Mana tau nenek tu angkat ke, kan? Cuba jeeee.." Danny melawak, Nisa dengan Ryan dah ketawa dah, tapi aku, diam. Memang aku takut, kot2 mana lah tau nenek tu betul2 pulak jawab telefon tu, tak ke naya makin banyak pulak misteri yang tak terungkai. Tapi panggilan telefon yang Danny buat tu, tak berjawab. Fuh,aku lega.

Tiba-tiba handphone Danny berbunyi, kitorang semua tersentak, bila Syarikat Kayu tu yang call balik. Suasana yang tadi bukan main riuh dengan gelak tawa Nisa dan usikan Ryan, semua berubah jadi senyap. Danny tekan punat call,on loudspeaker supaya kitorang dapat dengar.

"Hello?" Kata Nisa,eh budak ni, die pulak yang cakap Hello, sepatutnya Danny sebab tu handphone dia.
"Hello?" Kata Ryan pulak, eh memang mintak sekeh kot dorang berdua ni.

Tapi, tiada jawapan .. Danny terus putuskan je talian. Muka masing-masing pucat,ketakutan. Terutamanya aku, aku rasa berdebar sangat, sedangkan kalau ikutkan lah, Nisa ni yang lebih penakut daripada aku, tapi aku tak dapat nak kawal diri.

"Aishah, awk ok ke?" Danny tanya. Aku tak jawab,aku terus ajak balik. Tapi,aku memang takut. Tak pernah rasa mcm ni dan kepala otak aku ni dah bayangkan nenek tu duduk belakang kereta aku

Kitorang ambik keptusan untuk balik dan apa2 perbincangan akan dibincang lagi lain hari, yang belum ditetapkan bila. Aku duduk dalam kereta, aku ketakutan sangat. Menyesal pulak aku tak ajak Nisa balik sama, aku rela tinggalkan kereta aku kat situ, dan balik bersama Nisa dengan satu kereta. Aku cuba call Nisa, tak dapat. Sms tak dapat, rupanya kredit aku habis pulak, tinggal beberapa sen je,dalam hati ni memang dah menyumpah seranah, mula lah nekad nak beli postpaid

Aku cuba untuk drive balik ke rumah, tapi ayat tu, terngiang-ngiang di telinga aku..

"Freddie tak pulang..tak pernah pulang.. dan tak akan pulang.."

Tangan aku menggeletar,aku cuba nak bertenang dan bgtau diri aku sendiri "Aishah,kau tak pernah mcm ni. Jangan mcm ni, takut dengan sesuatu yang tak pasti. Jgn jadi bodoh lah" Aku cuba tanamkan tu dlm minda aku, tapi perasaan takut tu makin menjadi.

Tiba-tiba.... cermin kereta aku diketuk, cermin kereta pada pintu yang sebelah kiri. Aku terperanjat, Ya Allah memang aku terperanjat sangat2 sampai aku menjerit takut, buka pintu kereta dan terus lari tak tentu hala dan menjerit. Bayangkanlah dah nak dekat tengah malam, aku berlari ke tengah jalan, lari dari sesuatu yang menakutkan, yang aku tak tau apa.

Aku macam dalam dunia aku sendiri, Danny terus tangkap aku dari belakang dan genggam lengan aku kuat supaya aku tak lari, waktu ni orang dah mula mengerumun kami berdua, terkejut dengan apa yang berlaku.

"Aishah.. hei, apasal ni? Ini Danny lah.. hei, tengok sy betul2, awak ni kenapa mcm ni??" Suara Danny, kedengaran marah, dia tak pernah tinggikan suaranya pada aku, dan malam tu, pertama kali aku dengar dia berbahasa kasar seperti tu. Aku terpinga-pinga, owh rupanya Danny yang ketuk cermin kereta tu tadi. Waktu ni kami berdua bertengkar.

"Yang awak ketuk cermin kereta sy,apa hal?Nak tunjuk hero sangat ke?" Aku pun tinggikan suara,selepas dia dulu yang mulakan.
"Sy ingat nak follow awak smpai awk balik rumah. Kan dah mlm, lagipun Ryan tadi follow Nisa" balas Danny.
"Tak boleh ke awk ketuk cermin kereta yg kat sebelah kanan,dekat tmpt yg sy duduk. Tunjuk muka awk tu, bukannya ketuk2 mcm tu dari sebelah kiri, awk ingat sy sempat ke nak fikir panjang siapa yg ketuk? Awk ingat sy ni berani sgt ke??"

Danny diam, tapi belum lagi lepaskan lengan aku yg die pegang kuat. Takut aku lari mcm nampak ponti kot.

"Td sy dah call awk, nak suruh awk jalan, sy follow blkg. Tp awk takde respon pun. Sy tgk awk masih dlm kereta tu, tapi tak gerak2 lagi, tu yg sy dtg tengok, itu aje. Jgn lah emosi sgt mcm ni. Awk ada fikir sesuatu eh dlm otak awk tu?"

Aku diam je, tanpa jawapan. Tiba2 rasa segan pulak dengan mata-mata yang memandang dan berbisik sama sendiri, mesti dorang ingat aku dengan Danny ni bergaduh soal cinta pulak, aduh. Serta merta je rasa takut tadi dah lenyap. Aku suruh Danny balik je rumah, tak perlu follow sebab aku ok. Cuma tadi je tak ok, perasaan takut tu terbawa-bawa. Tapi, Danny tak pedulikan arahan tu, die follow je aku dari belakang untuk hantar aku ke rumah.

Ada la satu simpang tu, kawasan ni agak sunyi, kawasan sekolah rendah. Simpang tiga, dan kat simpang tu ada satu pondok tempat menunggu, budak-budak sekolah selalu lepak kat pondok tu sambil2 dorang tunggu parents or bas sekolah ambik. Waktu melalui simpang tiga ini lah, mata kepala sendiri ternampak seorang nenek tua memakai kebaya nyonya, sambil bawa kipas tangan dan melambai ke arah aku. Sekali lagi aku terkejut, kereta yang aku pandu terbabas dan aku kemalangan.

Bersambung ..
p dot s: mcm mana ? penuh misteri x ? hakhakhak~!!! aku gigil gigil dedebar je ni nk kopi teh ais kan utk korang.  mata melilau je tgk kiri kanan. malam kot aku post ni. hoho. mak adik adik semua dh lena. mata aku je belom. dh la. kita Tahajjud dulu.

3 comments:

  1. nak part 10 lak..xsbr n..huhuhu

    ReplyDelete
  2. err...nk part 10..nak2..!! huhu

    ReplyDelete
  3. hikhikhik~!!! thanx to all my dear sb follow citer ni.. syg la korang.. XOXO~!!!

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar