BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Ceritera Kehidupan : Pemergian Kesayangan Ku ♥

as'salam dan salam sejahtera
to all bloggers / readers / silent readers
friend and fans.

Happy Monday Blues !
me today have a sad news to share with.
do you know my little cutie kiddy cat named Herry ?

here is a story about him before.




itu adalah ceritera kehidupa bersama Herry sebelum ini.
ini.. mungkin entry terakhir untuk Herry. T___T
*berjujuran airmata saat sedang menaip entry ini*

me and my family love Herry so much ! even dia hanya seekor kucing.
Herry telah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.
Ya Allah.. Lindungilah Herry di akhirat sana. Semoga Herry tenang di persemadiannya.

Herry tido di telapak tangan ku waktu usianya sebulan.

Herry telah pergi pada awal pagi tadi lebih kurang jam 9 pagi, 11 June 2012.
telah di temui mati dalam keadaan tidur di rumah jiran sebelah.
Innalillahiwainnailaihirojiun ~!

Herry tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pergi selamanya.
yang nyata cuma Herry telah kecederaan di kakinya.
kami sekeluarga tidak tahu kenapa dan tidak pula bawa ke klinik dengan segera.
Herry berjalan kincut-kincut. bila di pegang kaki kirinya, Herry mengiau saket.
kami sangkakan Herry akan sembuh sediakala tetapi tidak.
Herry telah pergi meninggalkan kami.

Tido dalam iman. Tido nampak gigi.

petang Ahad, 10 Jun 2012, Herry telah keluar berjalan-jalan di luar rumah.
itu adalah rutin hariannya. kami tidak mengongkongnya utk keluar berjalan.
kebiasaannya waktu petang nak masuk Maghrib Herry akan pulang.
semalam tidak. kami mencari tidak di ketemui. malah setia menanti kepulangannya.
malam semakin larut bayang Herry tidak kelihatan.
kami usaha untuk mencari Herry tp hasilnya gagal.
kami percaya Herry akan pulang pada pagi hari keesokkannya pada waktu makan Herry.

ya memang Herry pulang, tapi pulang ke rahmatullah.
berita sedih yang di terima pagi ini. apabila jiran memberitahu.
Herry tido di garaj keretanya dan kaku keras membisu tidak bergerak.
aku menangis meraung bagaikan tidak percaya.
tiada rasa segan dan silu aku melutut di sisi Herry. menangis !
aku tidak percaya akan kehilangan Herry secepat ini. mungkin sudah ajalnya.

Herry bersama Kur Kur anak patung kesukaannya.

hati aku rasa bagai di hiris sembilu. terasa kehilangan seekor kucing peneman.
seekor kucing yang boleh membuatkan aku ketawa dengan keletahnya.
seekor kucing yang manja dan suka membebel.
seekor kucing yang suka mengejutkan aku di waktu Subuh.
seekor kucing yang gemar tidur meniarap atau terkangkang.
seekor kucing yang kuat makan.
seekor kucing yang memahami akan tuannya jika dlm kesedihan.




Herry suka bermain. Suka buat aku ketawa. Suka tarik perhatian kami sekeluarga.
Herry sgt suka makan Smart Heart selain dari Royal Canin.
Bila Herry makan, dia mahu berteman. Dia akan paksa kami untuk menemaninya.
Kalau tak dia x nak makan. Dia akan ngiau kat kami mnta di temankan.
Even dengan mak pn dia akan bebel-bebel mnta temankan dia makan.
Bila tgh makan kita lari, dia akan cari kita dan pandang kita.
dengan pandangan sayu mnta temankan dia makan. Herry sangat manja.

owh Tuhan.. aku mula merindukan Herry.
kuatkanlah semangat aku untuk meneruskan kehidupan tanpa Herry.
si penceria kami sekeluarga.

camouflage by Herry. Suka sekodeng kucing kat luar. tempatnya rak pinggan.
satu situasi membuatkan kami kene basuh semula pinggan itu. 
kenangan yang x akan aku lupakan !

duduk dalam plastik. selesa. tidak mahu keluar.
asalnya usikan dari adik aku, dh jadi hobi pulak.
Herry sgt sgt sgt adorable ! me miss u syg !

hide and seek. ntah mcm mana boleh masuk dalam beg tu.
kecomelan wajahnya membuatkan aku tersenyum melihat akan keletahnya.
nak marah jadi x marah bila dia pandang. pandai memujuk si Herry ini.

baru beberapa jam Herry pergi tp hati ini masih tidak mempercayai.
terasa kesunyiannya kerana tidak mengusik kenakalannya.
aku sangat merindui Herry. sangat !

tiada kucing lain yang dapat menggantikan tempat Herry.
moga benih yang tersemadi di dalam rahim YoYi dan YuYu dapat mengubat rendu aku.
owh owh Herry dah pernah ehem dengan kucing betina aku iaitu YoYi dan YuYu.
harap harap dapat baka dari Herry yang sihat. insyaAllah.
semoga Allah melindungi YoYi dan YuYu. amin.

manja ! sgt manja ! duduk di atas riba ku di saat aku sedang menaip blog.
turut sama mahu menaip.

pabila malas. begina la gelagatnya. manalah x mencuit hati aku.

manja di ribaan ku. aku sayang kamu Herry !

walaupun Herry ini adalah pemberian orang tp pada kali pertama bersama kami,
Herry sangat selesa. tidak nampak akan ketakutan bertukar tuan.
malah dia menambat hati kami sekeluarga dengan gelagatnya dan kenakalannya.

cukop manja. pandai membawa diri pabila bersama kucing-kucing ku yang lain.
malah kelihatan mudah berkawan dan di senangi kucing lain.
tidak menyusahkan dan mudah untuk mengendalikannya.

posisi tidur kegemarannya. tidonya mahu di atas katil empuk. T___T rindu Herry.

see ! comelkan. inilah muka minta simpati. muka comel yg buat orang geram.

ada suatu ketika Herry terkena penyakit Hawar Kucing.
Herry cirit birit dan muntah muntah keterlaluan.
Alhamdulillah sempat di selamatkan. Herry sembuh dari saketnya.
biarpun beribu kami habiskannya namun kami puas hati.
kerana Herry yang menceriakan hari kami.

aku rasa agak terkilan kerana tidak membawanya ke klinik di saat Herry kecederaan.
kecederaan di kaki yang di sangka akan pulih. owh Tuhan..
pemergiannya tidak di sangkakan. mungkin sudah ajalnya.
aku redha. aku pasrah. 

sebelum di semadikan. gambar terakhir untuk kenangan.

kini Herry pergi selamanya.
pergi dan tidak akan kembali.
semoga rohnya tenang di atas sana.
kami relakan pemergianmu sayang.
ingat kami di sini dan doakan kami di sini dari atas sana.
kenangan bersama tidak akan pernah kami lupakan.

-END-

2 comments:

  1. hery awak mcm kucing sylaa...name dia yaya..serupa warna dia....sedihmye....:(

    ReplyDelete
  2. @Little kelip-kelip sgt sedey. rendu dan sgt terasa kehilangannya. :(

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar