BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Sebelum 5 Perkara

as'salam dan salam sejahtera
apa khabar semua kawan kawan ?
me doakan kalian sehat ya.
sb me tak sehat. huhu.

Sebelum 5 Perkara.
dah macam tajuk drama lak kan ?
baiklah.

apa yang me nk smpikan di sini adalah berkenaan 5 perkara kehidupan kita.
di atas adalah 5 perkara yang perlu kita titik beratkan.
dan perlu kita ingat dan sentiasa muhasabah diri.
mari kita lihat penjelasan perkara-perkara tersebut.

Penjelasan:

1. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA. tolong JANGAN LUPA UNTUK BERZAKAT!

2. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

3. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

4. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

kenapa me besarkan penyataan yang ke-3 ?
sb skng me tengah saket. *baru nk sedar diri lah*
saket yang berulang-ulang. dan kesakitan yang saket amat.
bagi me lah sb me belom ada pengalaman bersalin so me rasa ini adalah saket.
*apa kene mengena dgn bersalin eh ?*

seksa oke. nak makan pn seksa.
bercakap pn x boleh sangat.
ketawa apatah lagi.
kepala asyik berdengung jep.
efek seluruh badan.
bila malam badan memanas.
tido tidak lena lagi terganggu.
bila org bercakap me buat bodo.
sb pendengaran juge terjejas.
sadis x ? sadis kan ?

bersyukurlah kalian pabila sedang sehat walafiat.
manfaatkan lah waktu sehat kalian dengan perkara yang berfaedah.
hulurlah tangan untuk membantu mereka yang memerlukan.
di saat anda saket, anda tidak boleh buat apa2.
hanya terlantar sahaja. itu kalau dah teruk sangat terlantarnya.
tp me masih boleh bergerak dan berkhidmat kepada mereka yang memerlukan.
cuma komunikasi agak gagal juga lah.
minta org yang bercakap dgn me pekik kat me.
sb pendengaran terjejas. satu hal.
pastu bila bercakap telo kemain lagi.
orang x paham rasa nak lempang je me. ntah bahasa ibunda mana lah yang me guna.
macam ayam itik bercakap. kucing anjing bercakaran.
hah kaw pepatah baru !

diri me mmg tak ketahanan wlpn dah 3 4 kali kene.
benda yang sama. berulang-ulang. sobs!
punca dan penyebab me sendiri tatau.
doc cuma ckp infection biasa sahaja.
dan infection tu akan datang bila bila masa. aduiyai.
me redha. berserah pada Allah taala.
mgkn ini balasan me yang suka mengumpat mengata bergossip
suatu ketika dulu. udahnya mendengar krg jelas. bercakap pn payah.
mgkn itu lah balasannya terhadap perbuatan itu. hmmm..
semoa terhapus dosa kecilku. Aamiin.

dan disebabkan saket ini lah, me x update blog.
sekadar menjengah ziarah kawan-kawan.
x menyempat nk berkomen bersapa bagai.
minta ampun minta maaflah. doakan kesihatan me sembuh ya.
doa kawan-kawan ni sangat berharga.
sehingga bertemu lagi di lain entry. jika kesempatan.
wassalam...

8 comments:

  1. Ingatan yang baik sarah . Aamin !

    ReplyDelete
  2. Teringat lagu Raihan kan...! tapi memang kena beringat pon, sebelum kita menutup mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes mummy. supaya kita tidak tergelincir dari landasanNya.
      insyaAllah.

      Delete
  3. Dear...semoga cepat baik ye.Semoga sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan juga.Amin. :)

    ReplyDelete
  4. sabar ye.. ujian.. semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar