BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Blogger Contest by Rumah Kebaya Malaysia


as'salam dan salam sejahtera
buat blogger semua.
kali ni me nak tempek satu entry berkenaan Rumah Kebaya Malaysia.
di mana entry ini akan menjadi sticky entry selama 3 bulan.
oleh itu untuk entry terkini sila scroll ke bawah. 
mucha gracias amor. XOXO~!!!

entry ini merupakan satu entry khas untuk...
sejak sekian lama. sejak tahun 2010.
me memang sangat sangat sangat x1000
SUKA DENGAN DESIGN BAJU DARI RUMAH KEBAYA MALAYSIA (RKM).
RKM telah menjadi sumber inspirasi untuk majlis perkahwinan me.
since 2011 majlis perkahwinan me tertangguh, dan itu tidak membuatkan me untuk putus asa untuk mencuba sertai contest tajaan dari RKM untuk kali ini.
mohon doa dari kawan-kawan moga dipermudahkan segala urusan perkahwinan me. in-sya-Allah. aamiin.

jom kita lihat apa yang menarik di Rumah Kebaya Malaysia.

Rumah Kebaya Malaysia diasaskan oleh Pn. Sitti Nur yang datang dari negara jiran iaitu Indonesia. oleh itu, kita dapat lihat rekaan kebaya mewah dari Indonesia di Rumah Kebaya Malaysia (RKM). malahan RKM merupakan specialist kebaya yang pertama dan terkini di Malaysia. lihat saja gambaran di atas, kebaya mewah bertemakan putih emas dengan sentuhan dan perincian yang cukup teliti dan rapi. RKM kreativ dalam mengayakan warna-warna mengikut trend masa kini. baju kebaya mewah putih emas ini sememangnya menampakkan konsep klasik tradisional yang tidak lekang dek panas, tidak lapuk di hujan. konsep dan gaya klasik tradisional yang sering menjadi trend bakal pengantin untuk memperlihatkan sesuatu yang sentiasa segar dan tidak ketinggalan zaman. tidak ketinggalan juga me. me mahukan sesuatu yang bercirikan klasik tradisional diselitkan dengan sedikit elemen vintage/modern kontemporari. di RKM mereka ada suntikan moden kontemporari. 

RKM bukan saja menyediakan kebaya tradisional, malah RKM juga mereka cipta design baju-baju pengantin bagi mereka yang mahukan sesuatu yang tampak modern dan kontemporari. gabungan kebaya dan gaun ala-ala English menampakkan sesuatu yang unik dan baru malah tampak lebih segar. elemen bedazle dan brokat menaikkan seri si pemakai. me memang sangat mengidamkan dan mengimpikan untuk memakai kebaya gaun sebegini. dari hari pertama me lihat baju kebaya gaun ini mmg sgt tertaut akan keunikkannya. bagai seorang puteri melangkah di hari bahagia. am melting..

di RKM juga menyediakan perkhidmatan make-up. sentuhan dari Pn. Sitti Nur yang nampak lebih natural dan segar. tak terkedip mata yang memandang. sejak dari dulu me dah berkira-kira nak amik pakej solekan dengan RKM. semestinya me mahu Pn. Sitti Nur make-up kan me di hari besar me. tapi apakan daya. tiada jodoh antara me dan RKM. sbbnya RKM memang laris macam goreng pisang panas. lambat booking mmg tak dapat lah nak merasa sentuhan dari Pn. Sitti. sobs. Kelihatan manis dan ayu dalam solekan Pn Sitti Nur membuatkan bakal pengantin begitu yakin melangkah di majlis resepsinya. owh I love it. love love.. sgt suka. "kak sitti... pls make yourself available on my day. huhu." sudahnya me meroyan pula ya. oke cukop. bukan hanya pandai menatarias bakal pengantin malah Pn. Sitti Nur juga pakar dalam penggayaan tudung.

Pemilihan gaya tudung yang sesuai amat penting untuk menambah keanggunan pada majlis pernikahan mahupun persandingan. 2 koleksi gaya tudung Pn. Sitti Nur yang benar-benar memberi inspirasi kepada me. Gaya 1 untuk majlis pernikahan untuk kelihatan ayu dan manis ditambah seri dengan padanan warna putih suci. Gaya 2 untuk majlis persandingan dengan gambungan warna lembut dan selitan bunga mawar menambah seri keayuan si pengantin. ini sangat sangat me suka. malah me ada bertanyakan pada Pn. Sitti Nur berkenaan gaya tudung yang kedua itu. menarik bukan ? itu lah kelebihan RKM. setiap rekaan yang dihasilkan mempunyai satu nilai persembahan yang tersendiri. kita lihat pula sentuhan RKM pada rekaan pelamin.

pelamin yang bertemakan Jawa telah dijayakan oleh RKM untuk pasangan 2 beradik. mengikuti perkembangan RKM adalah merupakan satu kemestian pada me. kenapa? sebab dulu RKM hanya menghasilkan rekaan bajuan dan andaman sahaja kini mereka sudah ada pelamin dengan rekaan yang tersendiri. jangan kata Pn. Sitti Nur dari Indonesia, beliau hanya akan buat pelamin yang bertemakan Jawa dan Bali tapi beliau juga menghasilkan pelamin-pelamin mengikut kesesuaian dan kehendak pengantin. contohnya seperi pelamin romantic, pelamin garden romantic, dan pelbagai lagi rekaan pelamin yang unik. Gabungan rona emas, coklat dan merah semestinya menampilkan kemewahan, bak persandingan diraja Jawa. Penggunaan corak kerawang menyerlahkan lagi elemen tradisional. sekali lagi... konsep tradisional menjadi pilihan me. pelamin diatas merupakan pelamin tradisional Jawa. me bukanlah orang Jawa tapi konsep tradisional itu ada. itu yang membuatkan me rasa WOW!!! me suka dengan idea-idea kreativ dari RKM.

Rumah Kebaya Malaysia sememangnya menjadi pilihan dan idaman setiap wanita diluar sana. begitu juga dengan me, yang sentiasa mengikuti perkembangan RKM. bukan pada produknya sahaja yang bagus, malahan layanan dan servis yang diberikan sangat memuaskan hati. dilayan bagaikan raja sehari. eh betullah kan raja sehari. seharusnya. gituuu. hehe.

baiklah me sangat berharap doa dari rakan-rakan agar me boleh menang.
menang contest ni. uols pn boleh join juga.
sama-sama kita mencuba. bersaing secara sihat.
ewah dah macam penaja sukan larian lak me ni kan ?

okelah sayang ku semua. ketemu lagi nanti.
jangan lupa baca entry terkini di bawah entry ini.
salam sayang pelok ceom muah muah. XOXO~!!!

18 comments:

  1. sara!! all the best my dear.ayong doakan sara mng...RKM mmg terbaik!!bebrbaloi2 klu mng...suka sgt dress 2nd kaler pink sara pilih...dgn bunga timbul2 dia...sgt awesome...pray harder...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayong pn jom lah join. hehe.
      menang baju tau.. cantik cantik dari RKM.
      jom jom.. join.

      Delete
  2. Wahh....beshnye.Sha pon ske RKM ni Sara.Baju RKM superb gorgeous.All the besh dear.Sha doakan kejayaan Sara.Amin3. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sha.. sha pn boleh join pe.
      boleh menang baju. jom lah join sama2..

      Delete
    2. InsyaAllah kalau sempat nak jugak join. :)

      Delete
  3. x sempat la yang nak join...wedding bln 6...hehe....xpe, bg can kwn2...hehe...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat je dear. hehe.
      sara pn sama bulan dgn kamu.
      hikhikhik~!!! :p

      Delete
  4. good luck Sarah..Shu xtaula rjin ke x nk join..tp semua bab2 wedding kt RKM mmg cntik2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih shu. join lah.
      x rugi apa pun.
      untung menang tajaan dari RKM tau.
      hehe.

      Delete
  5. Replies
    1. tq sya.. sya pn boleh join.
      jom lah join sama2. hehe.

      Delete
  6. all the best to you! ^_^

    mari bersaing secara sihat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq my dear lala.
      ya mari kita bersaing secara sehat.
      XOXO~!!!

      Delete
  7. RKM ni dah habis ke contest die? Kalau buat blog awal2 aritu mesti dah join. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tatau la dear.. Tgk kat fb dorg pn mcm senyap je. Huhu.

      Delete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar