Bismillahirahmanirrahim.
As'salam dan Salam sejahtera.
Wah gitu aku skema maut nak sambut tahun baru.
Hahahaha.
Ampun maap sb lama menyepi.
Kisahnya.. Balik je dari majlis bertandang di Tawau, Kuantan di landa banjir.
Eh sebelum balik dr Tawau lg Kuantan banjir.
So tenggelam lah umah ku syurga ku.
Pepaham je lah kalau dh banjir.
Busy mengemas umah la.
Plus.. PC lappie semua hanyut dek banjir.
Sobs sobs sobs.
Oke tak nak citer pasal banjir.
Nak citer pasal tahun 2013 dan tahun baru 2014.
Tahun 2013 tahun yang paling best untuk aku.
Perkara yang dinanti-nantikan selama hampir 3 tahun selepas menjadi tunangan orang. 3 tahun babe. 3 tahun penantian.
Mendirikan masjid nan indah. Alhamdulillah. Ku bahagia.
Menjadi isteri kepada Helmizan bin Mohd Amin adalah sesuatu yang indah.
Adalah sesuatu yang tak dpt digambarkan dgn kata-kata.
Keindahan selepas mendirikan masjid. Selepas "Aku terima nikahnya.."
Sesuatu yang benar-benar memberi impak dalam kehidupan ku.
Hanya Allah yang tahu betapa aku gembira,
bahagia bila berada disisi seorang suami.
Tahun 2013 aku dpt bawa ZAR Family bercuti ke Tawau selama seminggu.
Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang nak bertandang terus kita bercuti ye.. Hehe.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuma keadaan diri yang tak berapa sihat.
Seminggu demam, batuk, selesema. Complete set!
Disetiap kegembiraan dan kebahagiaan pasti ada dukanya.
Kuantan di landa banjir teruk tahun 2013.
Berbanding tahun 2001, tahun 2013 menenggelamkan bandar Kuantan hampir keseluruhannya. seperti tidak percaya. tetapi...
Allah Maha Besar. Allah Maha Berkuasa.
Dia berhak mengambil kembali hakNya untuk menyedarkan kelalaian hambaNya.
Walaupun begitu, aku bersyukur punyai keluarga yang tabah dan kuat!
Juga suami yang turut sama menghulurkan bantuan. (Sb kami PJJ. Sobs)
Sanggup turun dari Shah Alam membantu kami di Kuantan.
Owh sgt terharu.. Tq yayang!
Dengan penuh harapan pada tahun 2014,
Moga lebih memberi manfaat dan kebahagian kepada aku dan suami.
Moga diberi peluang untuk hamil.
Moga dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah.
Moga dapat tinggal bersama. Tidak lagi PJJ.
Moga diperluaskan rezeki kami suami isteri.
Moga kebahagian kami suami isteri hingga ke Jannah.
Aamiin.
Tak banyak yang aku nak.. Cukoplah waktu bersama suami dan keluarga.
Kerna aku ingin terus memberi perkhidmatan yang terbaik buat suami ku dan berjasa untuk keluarga ku.
Syukur alhamdulillah.. Aku masih bernafas..
Masih bisa meneruskan hidup dan beramal.
Getar rasa hati bila memikirkan kiamat semakin hampir.
Apa lagi yang ku pinta?
Cukoplah sekadar kehidupan yang sederhana.
Tahun depan semua pun NAIK. hikhikhik.
Oke lah panjang sgt celotehnya.
Jumpa lagi ya. Tak abes review lg kan?
Hahaha. XOXO.
Selamat Tahun Baru sara.. semoga kehidupan baru kita yang baru bermula ni dipermudahkan. InsyaAllah..jika dberi irezeki, dikurniakan zuriat sebagai penyeri kehidupan.. insyaAllah.. :)
ReplyDeleteTq dear... Aamiin... Smga dimurahkan rezeki kita hendaknya... Aamiin..
Deletesalam tahun baru :)
ReplyDeleteSelamat tahun baru
ReplyDeleteHappy new year Sara.Hopefully apa yang sara nak tu akan tercapai :)
ReplyDeletehttp://blurplediary.blogspot.com/
ReplyDeleteselamat tahun baru sara. semoga tahun baru ni lebih meriah & may all your dream come true :)
done following u, mine follow me back, take care :)
happy new year sara.. selamat berbahagia jugak.. semoga semuanya sentiasa indah.. :)
ReplyDelete