BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Suami Ku Imam Ku

Salam jumaat semua pembaca yang omey omey
Hari ni nak share pasal suami.
Betapa suami itu sangat menyayangi isterinya.
Betapa suami itu sanggup berkorban dan menanggung segalanya.
Betapa suami itu adalah syurga isteri.

Pahala besar untuk para isteri berkhidmat untuk suami.
Dan itulah yang sangat seronok sara lakukan sekarang. Auuuww!!

Oke jom tengok apa perkongsian Jumaat kali ini.

------------------------------------------------------------------------------------------

RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI

Mengapa redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. Padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. Namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. Sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...

suami ku. imam ku.

7 comments:

  1. Sara...touching pulak cik mah bc entry ni...huhu...mmg btullah...dia imamku...

    ReplyDelete
  2. Kan sara..tp kdg2 husband ni sj je wat touching lbh..hihi..

    ReplyDelete
  3. ada satu gambar nora sama dgn position sarah dan husband haha teringat plak

    ReplyDelete
  4. suamiku imamku..hanya para isteri dapat merasainya..cewahh

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum awak. nice sharing. thanks dear (",)

    ReplyDelete
  6. Thanks sara....jom kita ingtkn bsama yer

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar