BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

1 Ramadhan Vol. #01

As'salam dan salam Ramadhan
Buat semua pembaca blog picisan ku ini.
Terima kasih sebab sudi singgah.

Terimbau kembali di benak fikiran ku.
Tanggal 1 Ramadhan 1432.
Bersamaan 1 Ogos 2011.
Jatuh pada tarikh kelahiran ku.
Dan saat aku mula berhijrah.

Dulu..
Aku lalai.
Aku alpa.
Aku tak cakna.
Aku tak peduli.
Tenggelam dalam kejahilan.

Kini..
Aku mencari.
Aku mengejar.
Aku menimba.
Aku belajar.
Sesuatu yang sangat rugi bagi ku.
Tidak dari mula ku selami.

Hanya pada nama.
Hanya atas kertas.
Hakikatnya aku kosong.
Kosong tanpa isi.
Kosong tanpa apa apa.
Kosong sunyi dan sepi.

Selamanya..
Ku sadari khilaf diriku.
Ku pelajari ilmu agamaku.
Ku terus menuju kepadaNya.
Ku berada di jalanNya.

Alhamdulillah..
Ku syukuri nikmat nafas yang diberi.
Ku syukuri nikmat peluang yang berharga.
Ku syukuri nikmat kasih sayang dariNya.
Untuk ku kembali kepada jalanNya.

Terima kasih ya Allah.
Kerana peluang untuk kali ini.
Untuk aku bertemu Ramadhan Al-Mubarak.
Untuk aku perbaiki kelemahan diriku.
Untuk aku menjalani ibadahku.
Untuk aku lebih mendekatkan diriku padaMu.
Untuk aku terus mencintaiMu.

Salam Ramadhan Al-Mubarak.
1 Ramadhan 1435H.
Hamba yang merindu Penciptanya

2 comments:

  1. salam ramadhan ye :)

    http://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-ramadhan-2014-di-perantauan.html

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar