BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Berperang dengan Mac & Cheese

As'salam semua. Moga sehat hendaknya.
Nak citer pasal perang di antara aku dan Mac dan Cheese.
Medan perang: dapur mahligai kami


Plating tak seberapa tapi the taste is so tempting.
Oke perasan. Masin sebenarnya. Bhuahahaa.

Hari ni aku tatau la pasai pa pangai aku teruk benor.
Malas masak. Laki nak pi kerja tengah hari tadi aku tak masak.
Sudahnya reheat je lauk semalam. Sekian.
Ampun kan daku sayang kerna SUPERMALAS hari ni.
Nasib suami paham. Haru betoi dibuatnya.

Kisahnya perot lapaq habaq hang jam 4 ptg.
Tengok tengok dapur apa ada.
Terkelih plak kat packet macaroni.
Cam sedap je kan kalau masak Mac and Cheese.
Gigih nak masak.. End up.. Aku berperang di dapur.
Berperang dengan susu.
Berperang dengan cheese.
Berperang dengan air paip.
Berperang dengan ayam.

Pasai pa aku berperang?
Aku sendiri tatau.
Gunting bucu kotak susu.. Susu tumpah.
Nak tabur shreaded cheese.. Aku taburkan atas lantai.
Nak basuh poyok.. Paip air sinki melimpah limpah.
Nak potong ayam.. Pisau sikit punya tumpul.
Sedikit tekanan disitu ya.

Alhamdulillah berjaya juga untuk aku menyiapkan Mac and Cheese.
Bila dah siap. Aku makan panas panas.
Super awesome. Tapi sedikit masin. Haih.. Tatau la pasai pa hari ni.
Super kan-cheong!!!

P dot s: isteri isteri solehah jangan malas malas ya. Jangan jd mcm aku ni. Kalau dtg malas semua pun tak menjadi. Kalau berperang kat dapur tu.. Sabar je ya. Itu semua hiburan bila kita ingat balik apa yg kita buat. Haha. Mcm kelakar kan? Walhal dh bertahun lama masuk dapur masak semua bagai tp mesti ada satu hari kita akan kan-cheong di dapur. Happy weekend love.

2 comments:

  1. bab memasak rajin juge tapi bab mengemas lepas masak tu adehh hu..hu..

    ReplyDelete
  2. Nk resipi sarah..menyelerakannya....teringin nk try wat juga..

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar