BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Eh.. Nak beranak dah ke haku ni?

As'salam and hai semua.
Apa khabar? Sekali lagi dan lagi dan lagi..
Ku abaikan blog tercinta ini.
Hmmppphh..

So untuk tidak rasa terabai lebih lama..
Ku gigihkan jua untuk mencoret sebaris dua kata.
Gittew.. Mihmihmih.

Currently, I'm at my 38 weeks pregnancy.
2 weeks more to go.
Another 12 days and still counting..
Owh sungguh mendebarkan.

So far setakat ni rasanya belom lagi ku rasakan tanda-tanda nak beranak.
Tapi.. Bila ku tanya doc google.. Ada sebahagian seperti ku alami.

Di antaranya:
1) kerap membuang air kecil - baby AI suka main-main rambut kat pundi kencing
2) cirit birit / senang membuang air besar dengan kerap - sehari ada la dalam 4 5 kali. Mudah sangat membuangnya. Alhamdulillah..
3) perut mengeras tapi tak sakit - baby AI seronok berjimba dalam perut. Kerap mengeras.
4) perut dah turun - boleh bernafas lega dan makan dengan senang hati.
5) sakit di bahagian tundun / pubic bone - ini sakit yang amat. Boleh merembeskan mutiara kaca dari mata ayu ku. Sobs.
6) sakit belakang dari pinggang ke punggung - masih boleh tahan sb datang kadang2 tapi bila mai.. Merap kemahin dengan incik suami.
7) kaki membengkak / sembap - bengkak semenjak usia kandungan 34 weeks.. Hmm..
8) mild cramp (macam nak datang period) di ari-ari - macam sengugut on off suka ngusik tau
9) braxton hicks - yang ni selalu kompius. Sakit kemain ingat nak beranak dah tapi selang masa tak tentu. Kuciwa.. Belom masanya lagi. Haha.
10) kerap kentut - baby AI dok picit button urat kentut.. Ampunnn..

Itu yang tersenarai yang sudah ku alami sejak 2 minggu ni.
Tapi nampak gaya macam baby AI masih seronok lagi dok dalam.
Aktif kemahin sampai senget-senget perot.
Time tidoq pun syiok kejut mom dia dengan aksi-aksi tendangan padu.
Demi mu anak.. Mom senyum sajok.

Doc dah bagi date untuk serah diri.
Kisahnya daku kan ada GDM.
So doc cakap tak boleh lebih dari due date.
Oleh itu 11/05/2015 akan ku serahkan diri.
Tapi.. Daku nak request untuk tunggu sampai 15/5 boleh tak agak2?
Haha.. Sebab same date dengan adik aku yang bongsu.

Apa pun doakan daku dan baby AI selamat dan dilindungi Allah dari kecelakaan.
Debaran kian terasa. Semoga dipermudahkan Allah taala. Aamiin.

Wassalam...

#tandatandabersalin #38weekspregnancy

3 comments:

  1. Hohoho. Tetiba dah nak bersalinkan. Semoga semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Lama sgt terabai blog ni kan.. Terima kasih za atas doanya..

      Delete
  2. Assalamualaikum, sarah.. semoga dipermudahkan ye. bestnya.. tak sabar sheila nak lalui lagi pengalaman bersalin ni.. hehehee

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar