BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ TIPS : Untuk Mendapatkan Anak Yang Pintar ♥

Salam my readers. kat sini aku nak share sket berkenaan TIPS untuk mendapatkan anak yang pintar. InsyaAllah. Artikel ni telah di kongsi bersama oleh Encik Azizan Jamaludin. untuk semua bakal2 ibu dan bapa. Selamat membaca kepada Pengantin Baru yang bakal menjadi ibu dan bapa. (o^_^o)V~!

En. Azizan Jamaludin, Pn. Sikin and Ayma

Semasa Ibu Mengandong.

Beberapa perkara yang perlu dilakukan semasa ibu mengandong:

1. Buatkan Solat Hajat selalu supaya mendapat anak yang cerdik, comel, sihat dan sebagainya.

2. Berjimaklah ikut Sunnah Rasulullah. (Sila baca buku berkaitan perkara ini)

3. Ketika mengandong 4b 10h, lakukan Aktiviti Rangsangan terhadap kandongan anda. Kenapakah kena menunggu sehingga 4b 10h... Ketika inilah, roh bayi akan ditiup ke dalam rahim ibunya.

4. Ketika melakukan Aktiviti Rangsangan, bacakan perkara dibawah:
- Surah AlFatihah
- ABC sehingga Z
- One Two sehingga Ten
- Satu Dua sehingga Sepuluh
- Alaf Ba Ta sehingga Ya

5. Lakukan atkiviti ini sekurang-kurangnya 5 x sehari iaitu selepas melakukan solat fardu.

6. Cara melakukannya. Usap dan gosokkan perut dan ucapkan... "Anak, Mari belajar ye nak". Buat aktiviti rangsangan ini sehinggalah ibu tadi bersalin.

7. Banyakkan membaca Al Quran.

8. Banyakkan mendengar bacaan Al Quran (MP3)

9. Banyakkan bersedekah:
- Masjid
- Orang kesusahan
- Beri makan pada kucing
- Sedekah AlFatihah pada orang yang telah mati

10. Setelah berusaha, Bertawakkallah dan berdoa:
- Semoga mendapat anak yang soleh
- Semoga mendapat anak yang cerdik dan pintar
- Semoga mendapat anak yang sihat dan sempurna
- Semoga keluarga menjadi tersohor dan terunggul di rantau ini
- Semoga hari ini lebih baik dari semalam
- Semoga mendapat perkhabaran gembira

11. Waktu dan tempat yang sesuai untuk berdoa:
- Tengah Malam
- Hari Jumaat
- Beberapa minit sebelum waktu Maghrib
- Waktu hujan
- Waktu sakit
- Dalam sujud terakhir solat
- Selepas Majlis Ilmu
- Orang yang keluar di Jalan Allah
- Malam LailatulQadr
- Jabbal Rahmah
- Raudah

12. Jagalah solat 5 waktu.

13. Bersangka baik. jangan mencerca dan memandang hina pada seseorangan yang serba kekurangan.

14. Makanan. Makanlah rezeki yang halal. Jangan bawa balik rezeki haram walaupun 10 sen. Banyakkan makan ikan, sayuran, kekacang dan buah kurma.

Wallahualam

Disediakan oleh: Azizan Jamaludin
Tarikh Update: 20100507 

NOTE!!
~wlpn aku belom kawen dan maseh lagi jauh ke arah itu tapi ILMU ini sgt berguna buat semua bakal2 ibu dan bapa. selamat mencuba resepi kejayaan anak pintar. InsyaAllah~!


With LOVE,

2 comments:

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar