BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ #02 Topik Hangat : Real Spark VS Temp Spark ♥


Lagi topik hangat utk hari Jumaat nan indah ini. tidak terluah dek kata-kata utk memanculkannya dari dua ulas bibir ku ini. hanya mampu tersenyum dan terdetik di hati untuk berkongsi di sini. Real Spark VS Temp Spark. korang faham maksudnya itu ?

aku ? aku tatau apa nak di kata. aku sendiri speechless. evendoh aku dgn bintang saling cinta mencintai sayang menyayangi rindu merindui akan tetapi aku tidak tahu dan bagaimana merasa yang di katakan Real Spark atau Temp Spark. apakah Real Spark bagaikan rama-rama berterbangan di dalam perot, memulas dan berdebar-debar. berpeloh sejok dan terasa kemalu-maluan. blushing la kununnya tu. apa pula rasa Temp Spark ?

seharian hari ini aku dengan Cik Nina. [sape lagi kalau bukan editor ::bila aku conteng-conteng::] bercerita dan bersoal jawabkan TENTANG CINTA. macam-macam pendapat dan pandangan aku luahkan bersamanya. [ini kes semalam punya ronggeng mak limah la ini. sampai ke hari ni kepala masuk air pikir pasal CINTA. haha. owh apakah~!!!] oke back to topic.

some people do agreed with this statement

"bila dengan someone new... kita rasa "it's feel so right" or ada kimia... tapi perlu di ingat, something yang baru mmg best spark masih ada"

what say you ? any opinion to share ? ramai orang putus tunang kerana orang baru. tapi akhirnya... kesudahannya... penyesalan menyelubungi diri. izzit ? sb apa ? sb itu adalah Temp Spark. apa maksud sebenar Temp Spark ni ? on my opinion, Temp Spark ni bagaikan perasaan cinta yang sementara. keindahannya hanya sementara dan ia tidak kekal dan mungkin boleh beralih arah atau rasa bosan atau u feel nuthing. kekosongan menyelubungi jiwa. akhirnya.. apa yang dapat ? penyesalan bukan ?

habes tu....

Real Spark ini sesuatu yang kita rasa sentiasa ada ? atau it claim like it's will live forever ? or it will always remain or what ? oleh itu macam mana kita nk differentiate kan Real Spark and Temp Spark ? how do we know ? but sometime... the Temp Spark can be Real Spark aite ? as per like akaq Nina kita kata "be the right person at the right time and at the right place". so what is the conclusion of this topic ?

or else we can say it as a LUCK ? in LOVE it's a LUCK or FAITH or searching for LOVE ? orang kara CINTA itu BUTA. kenapa dia buta ? x pekak tuli atau bodoh ? dalam percintaan adakah LOGIK itu perlu ? apa korang rasa ? apa korang fikir ? pasti di antara pembaca setia blog aku ini [oke i know perasan lebey] pernah bercinta, bertunang, berkahwin, putus cinta, putus tunang, bercerai dan sebagainya. mohon maaf jika ada yang tersinggung. ini sekadar perbincangan spekulasi mengom dari Cik Sara yang mencari dan tercari-cari akan kesahihan ini. tiada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. hanya sekadar berkongsi. hanya mahukan pendapat dan komen korang berkenaan topik ini.

oke laa.. x de apa nk di katakan lagi. sekali lagi Cik Sara memohon seribu kemaafan sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan kata-kata di entry Cik Sara ini. Cik Sara hanya mahu sekadar berkongsi pendapat dengan kalian. mana tahu mgkn ia boleh membantu untuk kita memperkukuhkan lagi hubungan dengan pasangan kita dan belajar dari kekhilafan yang tidak di sengajakan.

enjoy reading peeps~! XOXO~!

With LOVE,

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar