BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Ceritera Hidup : Abah Saket #02 ♥


Salam to all readers, bloggers, b2b and friends... mintak hampun minta mahap sb blog ni agak terbengkalai. sejak 2 3 4 menjak ni sara a bit bz dgn life. as per title abah sara x berapa sehat. so entry kali ni it's all about him. check it out~!

lihat gambar di atas. abah tenang dan ceria di saat kami menghantar beliau ke dewan bedah. haddoi la abah. masih boleh berjenaka. kami tidak menitiskan setitik pn air mata saat kami menolak abah ke dewan bedah. abah tenang di perbaringannya. Alhamdulillah. abah sepertinya sedia untuk menempuh apa jua yang bakal mendatang. 

setelah 2 kali di beritahu operasi by pass di batalkan. kami pasrah. walauapapun yang berlaku sememangnya ada hikmah. ungkapan Alhamdulillah sentiasa meniti di bibir kami. operasi pembedahan by pass ke atas abah berjalan lancar selama 6 jam. mmg kami semua berkampong di wad CICU (Ruangan Menunggu Bilik Keluarga). Mamita, aku, acik dan adik... sampai tertido-tido kami di sofa akibat kemengantokkan bangun di awal pagi. 6 jam berlalu. Kami di khabarkan abah selamat di operasi dan akan di pindahkan ke wad CICU untuk pemantauan. Mamita bersama mama menjengah abah terlebih dahulu. dah di jangka oleh kami. saat mereka berdua melangkah keluar dari CICU pasti kemerahan muka mereka. ya benar. tidak tegar melihat abah di baluti wayar-wayar yang berselirat. 

kami di benarkan masuk jam 4.30ptg. setelah semuanya selesai. di CICU waktu lawatan seperti waktu melawat biasa. sangat sangat strict. aku masuk melawat abah bersama tunang ku Mizan. aduiyai. mmg x sanggup melihat keadaan abah. kaku di perbaringan. hanya di bantu oleh mesin-mesin dan wayar-wayar yang membelit tubuhnya.

.inilah kerja kami dok bersidai tepi corridor sementara menanti semuanya selesai.

Alhamdulillah hari ketiga abah dah tersedar sepenuhnya. boleh duduk dan bercakap. cuma abah dalam keadaan 'high'. ekceli tatau nk elaborate camne keadaan abah. mata abah tidak pada kedudukan asal. dan bila bercakap tidak kedengaran butirannya. mcm orang tgh 'high'. haa camtu laa. tp nurse kata itu sementara sb ubat tido masih ada lagi dalam tubuh abah. di sebabkan abah tersedar awal doc tak kasi abah tido dah lepas tu. kene duduk dan bercakap dgnnya. wlpn dia 'high' dan rasa seperti mahu tido. abah cakap badan abah lesu dan penat. ya lah. abah ada kidney disease, kene buat hemo lagi. mana la badan x lesu. dan kulit abah mengering dan sedikit gelap.

walaupun begitu, kami sgt sgt bersyukur kepada Ilahi di atas kelancaran operasi pembedahan by pass ke atas abah. syukur alhamdulillah. dan abah tersedar awal di luar jangkaan. ada pesakit yang senasib abah 3 hari baru sedar. dan alhamdulillah abah kuat semangat. kami gembira abah semakin sembuh. hari ni aku start keje. petang nnt baru boleh lawat. rendu nk tgk abah. uwaaaaa~!

dan paling best bila keluarga bersatu. saya sangat sayang mereka. jumpa lagi. daaa~!

p dot s: kepada yang mahu melawat abah di alu-alukan di wad CICU tingkat 4 Hospital Serdang. nama abah En. Abdul Rahman Md. Tahar. jumpa di sana. XOXO~!

 with LOVE,

6 comments:

  1. lela dearie... TQ for ur pray.. XOXO~!

    ReplyDelete
  2. hopw's everything will be ok..prayers 4u n ur family.. :)


    meow~
    http://reneemeowwedding.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. tq renee for your pray and support.. XOXO~!

    ReplyDelete
  4. Sara, semoga abah sara cpt sembuh k.insyaallah.pray hard and take a gud care of him:)

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar