BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Ceritera Hidup : Abah Saket ♥

abah saket. mamita call soh balik Kuantan. berdesup aku pulang ke Kuantan. 

Sampai di Kuantan. Berehat. Terbangun....

mamita kejutkan minta bawa abah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). dengan muka sememeh x mandi. jujur... x gosok gigi mahupun cuci muka. abah sesak napas. berbaju tido aku ke HTAA. sekian...

berdesup dengan "Impreza" abah. hantar sampai ke Unit Kecemasan HTAA. aku ngantor je mak ngan abah aku sampai depan pintu Unit Kecemasan HTAA. kemudian aku kembali semula ke umah. sambung tido. perlu menghantar adinda-adinda kesayangan ku ke tempat keje. [memasing masih belum punya kenderaan sendiri. aku lah supir pada hari itu]

jam 8 pagi. aku siapkan diri. mandi manda bersama Lu'lu. masak memasak di dapo. bekpes bersama adinda-adinda ku. kenyang.... berdesup ke Hotel Vistana. menghantar adik perempuan tunggal ku yang tonggeng. beliau seksiteri boss di sana. itu aku tipu. dia kuli batak je kat YTL Hotel tu. haha. acik amo marah oke. mwah~! hug kemas kemas.

kemudian ngantor pula adinda bongsu ku ke GameSpot Kioks. beliau seorang bisnesman. tipu lagi. balaci cina je di situ. yang penting PSP saya mahu. wee~!

sampai di HTAA...


wayar telah membelit melingkar di seluruh tubuh abah. abah kini di CCU.

"oh! Tuhan tabahkan hati ayahanda ku. kuatkan semangat ayahanda ku. berikanlah kesembuhan ke atas beliau."

hati ku menanes melihat keadaan ayahanda ku yang kurang sehat. lemah longlai tidak bermaya. mahu bercakap pn susah. tapi... ia bukan la stroke. hanya sesak napas dan perlukan Oyang banyak. Doktor khabarkan paru-paru abah dah di penuhi air dan menyempitkan saluran pembuluh darah dalam jantung yang menyebabkan kesesakan lalulintas nafasnya. Doktor juga mengkhabarkan bahawa abah perlu menjalani by pass. oh! Tuhan... sesak napas ku. takotnya aku rasakan. abah tenang di perbaringan ketika perkhabaran itu di sampaikan.

mamita suda mengalirkan airmata. aku menahan. tahan dan tahan selagi mampu. sehingga sampai waktu melawat tamat. [CCU x leh lawat lama-lama. juga x boleh menunggu. kalau nk teman dok kat luar. sodeh]

hari kedua abah di CCU. semakin pulih keadaannya tapi masih lemah. kaum keluarga hadir menziarah. perkhabaran terbaru.. doktor menyarankan abah melakukan operasi di Hospital Serdang. HTAA tidak dapat melakukan operasi itu kerana tiada kelengkapan yang canggih manggih untuk membuat Operasi By Pass Jantung. Oleh itu Hospital Serdang di sarankan kerana kecanggihan peralatan operasi mereka.


Pagi Rabu, 2 feb 2011, 9pagi. Abah menaiki kenderaan van HTAA [Nina cakap ambulance. Aku cakap VAN HOSPITAL] untuk di hantar ke Hospital Serdang. berdesup desup lajunya kenderaan itu. aku, mamita, along dan uda follow dari belakang. keterlewatan juga kami. perlu menghantar adinda-adinda ku yang manja keje dan bekpes sebelum bertolak. kesesatan juga aku. tapi alhamdulillah sampai jua kami dengan selamat. Alhamdulillah Ya Allah...

jam 1ptg di Wad 6F katil 15 bertemu lah 2 insan yang kerinduan. ecewah...


mamita menyoal siasat abah berkenaan perkhabaran terkini hiburan sensasi berkenaan keadaan abah. Alhamdulillah tiada yang menakotkan kami. cumanya abah perlu tinggal di hospital sehingga operasi berlangsung. kapan ? bila ? when ? itu aku tidak tahu. masih tiada perkhabaran. tgu sahaja dan lihat bagaimana. semoga Allah permudahkan urusan operasi abah dan abah selamat dari sebarang komplikasi. semoga cepat sembuh abah....

-TAMAT-

With LOVE,

4 comments:

  1. dear, be strong okey. hope ur father get well soon..pray.. Amin..

    ReplyDelete
  2. semoga pakcik cepat sembuh n jg kesihatan ya..

    ReplyDelete
  3. diba sayang: tq doakan abah.. klu ada di sekitar lembah klang.. mai la melawat abah di hosp serdang..

    nora: amin ya rabbal alamin... insyaAllah next week buat operasi..

    lilsunshine: TQ dear.. hug u kemas-kemas.. XOXO~!

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar