As'salam para pembaca kesayangan cik Sara. aku nak bercerita pasal HALAL sb baca kat blog Perempuan Jomblo sgt menarik perhatian aku berkenaan HALAL dan HARAM ni. apakah ini benar ? tp kebanyakkan ayat-ayatnya adalah benar seperti:
- kita sendiri membina 'perisai' melalui kata-kata "Alah, tak tau takpe," yang menyelamatkan kita dari dosa haram kononnya
- kebanyakan di kalangan kita selalu menggunakan satu perkataan keramat yang berbunyi TAWAKKAL
dua ayat yg benar2 membuat aku teringat pada kata-kata sorang ustaz di tempat aku bekerja suatu ketika dulu iaitu:
"jika kamu memandang sesuatu itu dengan perasaan ragu-ragu, maka niatlah di hati kamu mohon petunjuk dari Allah taala apakah ia dibenarkan atau tidak. Contohnya jika kamu rasa ragu-ragu terhadap Meatball Ikea yg kamu ingin makan (belum makan) itu punya sesuatu yang haram, maka kamu mohon petunjuk dari Allah taala waktu itu. InsyaAllah Allah akan membantu kamu dalam membuat perkara yang benar"
waktu aku berjumpa dgn ustaz itu tidak la khusus aku bertanyakan pasal makanan kat Ikea tu tp pasal ceritera lain. tp di sekalikan nasihatnya kerana 'You are What You Eat' atau 'Kamu adalah apa yang kamu makan'. seperti contoh yang ada dalam blog Perempuan Jomblo itu iaitu:
"Dalam kalangan pakar nutrisi terdapat ungkapan ringkas yang dipersetujui umum iaitu 'You are What You Eat' atau 'Kamu adalah apa yang kamu makan'. Selain menjadi sumber keperluan tenaga badan, makanan juga membentuk perilaku, mood serta keperibadian kita. Pada hakikatnya, makan memindahkan unsur-unsur tenaga daripada sumber makanan kepada tubuh kita. Ini adalah pemindahan tenaga daripada satu makhluk kepada makhluk yang lain.
Kehidupan secara nyata memperlihatkan mengenai hal ini. Lihatlah kambing. Karakternya yang lembut tidak terlepas daripada pengaruh pola pemakanannya sebagai haiwan herbivor. Pada ekstrim yang satu lagi kita dapat melihat babi yang sanggup memakan tahi sendiri. Babi juga pemalas dan suka melakukan seks bebas.
Karakter orang beriman dalam soal makanan adalah seperti lebah apabila memakan sesuatu. Apabila makan, makan yang baik-baik dan apabila jatuh, jatuh ke atas sesuatu yang baik-baik. Lebab hanya memakan makanan yang terbaik iaitu inti pati atau nektar bunga. Lebah juga mengeluarkan produk terbaik iaitu madu. Lain-lain karakter terpuji lebah yang mungkin berkait dengan pola makanannya yang selektif adalah bekerja keras, tertib dan profesional."
Dipetik dari buku "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit - Dr. Adi Hashman.
ceritera lama malas la aku nak ungkitkan sbg contoh tp benar kata Perempuan Jomblo itu. dan membuatkan aku terpikir apakah aku skng ini adalah apa yang aku makan ? semoga Allah memberi kita perlindungan dan memberi kita pertunjuk untuk mencari yang HALAL dan BENAR. hanya sekadar perkongsian. wallahualam. as'salam. renung renungkan dan selamat beramal.
:) halal dan haram penting. nanti jd darah daging kita juga. harus tahu, tenok pada ramuan/bahan. jika musykil pun boleh call jakim. nice entry.
ReplyDelete