BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ ILMU #11 : Dosa Yang Tidak Terampun ♥

Banyak dosa besar yang tidak diampun oleh Allah selain daripada Syirik kepada Allah s.w.t. Akan tetapi yang berhak mengampuninya ialah manusia sendiri. Dosa-dosa ini ialah dosa-dosa yang berkaitan dan bersabit dengan manusia sesama manusia. Dosa-dosa ini tidak akan diampun oleh Allah s.w.t. walaupun dengan Taubat Nasuha, Haji yang Mabrur atau puasa yang sempurna. Antara dosa-dosa tersebut ialah:

1. Mengumpat atau Membuat Gosip
2. Memfitnah
3. Memakan harta Anak Yatim
4. Mencuri
5. Berzina dengan isteri jiran atau orang lain
6. Menyakiti hati orang lain
7. Derhaka kepada kedua ibubapa
8. Membunuh jiwa orang Islam tanpa hak
9. Mengadu Domba
10. Merompak harta orang
11. Khianati amanah
12. Menuduh perempuan baik berzina
13. Menyakiti hati jiran tetangga
14. Dengki dan khianat
15. Sihir atau melakukan santau kepada orang lain
16. Menipu harta orang lain
17. Isteri yang derhaka
18. Suami yang tidak menunaikan hak isteri dan anak-anak
19. Melanggar janji
20. Mengambil hak orang lain
21. Merogol
22. Tidak membayar hutang : <------ sekiranya aku ada berhutang dengan kalian mohon di beritahu dan aku akan mencuba untuk membayarnya. dan kepada mereka yang berhutang dgn aku yang aku dah beri perngatan banyak kali tp masih tidak membuat sebarang pembayaran aku berserah kepada Allah taala.
23. Menyebabkan kerugian nyawa, anggota atau harta orang lain

Cara Menebus Dosa 

Semua dosa-dosa di atas apabila bertaubat hendaklah disertai dengan :

1. Kemaafan orang yang terlibat atau

2. Membayar balik apa yang diambil tanpa keizinan atau

3. Menebus balik setiap kesalahan dengan hukuman Qisas atau balas balik.

4. Jika sudah tidak ditemui orang yang berkenaan atau takut membahayakan nyawa jika berdepan dengan mereka, boleh ditebus kesalahan kepada seseorang dengan bersedekah di atas nama mereka yang terlibat dengan kadar yang sepadan yang ditetapkan oleh pihak Qadhi atau Hakim.

5. Berkhidmat atau menanggung bebanan keluarga orang yang berkenaan selama kadar yang sepadan dengannya, sebagaimana yang disepakati oleh keluarga mereka atau diputuskan oleh Qadhi ataau hakim.

6. Menghadiahkan pahala zikir, haji, umrah dan seumpamanya kepada orang yang berkenaan.

7. Memohon kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan, mudah-mudahan Allah s.w.t. menerima taubat seseorang dengan takdirnya maka akan terlepaslah segala bebanan dosa.

"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertauabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Taubatnya" 
(An-Nisa : 17)

p dot s: di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf kepada anda semua umat manusia di muka bumi di atas setiap kesalahan yang tersenarai di atas yang berkaitan, samada secara sengaja atau tidak sengaja. mohon maafkan aku dengan seikhlas hati kalian.

1 comment:

  1. thanks for sharing dear...takotnye la kalo buat dosa dgn manusia ni...huhu

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar