Mari kita teruskan penyiasatan kita. korang suke x baca ceritera pendek ini ? kalau suka dgn hati yg best mahu di teruskan. kalu x suka aku ttp teruskan. haha. buat penoh entry blog woohooo. oke dah merapek. sblm teruskan bacaan TEKAN SINI untuk episode yg lepas.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PART 5
staff tu cakap dia boleh agak itu hokkien sebab ada sebut perkataan kamsiaaa tu, itu je perkataan paling jelas. bukanlah dia tak faham langsung, tp masalahnya nenek tu bercakap style die mcm org x de gigi tu bercakap, susah nak detect perkataan pe nenek tu sebut.. klau aku dengar nenek tu ckp, memang aku dgr bhs cina je tp sepatah haram x berapa dpt nak tangkap... aku ingat klau dpt dengar die ckp dengan jelas, nak google je terjemahannya
Lepas aku buat nenek tu menangis, aku makin "rapat" dengan nenek tu. Selalu kalau die call, aku memang dengar je die nak cakap pe. Sampai aku selalu ulang-ulang sebut nama aku sendiri kat nenek tu. Bila dia call, aku selalu ckap "Ni aishah.... Ini aishah cakap... aishah ni...." Nenek tu tak layan pon, dia teruskan dengan cakap hokkien nya tu.
Ada la 1 hari tu, nenek tu call, tapi account clerk tu yang angkat. Clerk ni waktu tu busy buat kitorang punya payment schedule, jadi bila dia dengar je suara nenek tu, die letak fon... Asal nenek je, letak fon. Nenek tu bengang ar, mula lah die call bertubi-tubi tu sampai clerk tu cabut wayar telefon untuk 10 minit. Lepas 10 minit, pasang balik. Masih nenek tu call, tapi dah tak marah, dengan nada sayu je. Yg clerk tu terkejut sangat, nenek tu sebut nama aku.. Lebih kurang mcm dia tanya "Aishah mana?" tp dlm bahasa hokkien la, tune nenek tu mcm bertanya aku mana (dah aku selalu sgt ckp nama aku, nenek tu dah tau).
"Nenek tu sebut nama akak ah,biar betol" Clerk tu cakap. Aku pun amik telefon tu, cakap hello, nenek tu sembang balik mcm biasa. Tp aku tak pernah pulak dengar nenek tu sebut nama aku pun.
Ingat lagi tak aku cakap aku nekad nak cari sesiapa yang fasih bahasa hokkien, aku memang gigih lah mencari, hahaha. Asal ada customer cina, aku tanya2 la dorang ni Cina Hakka ke, kalau cina hakka, memang la cakap hokkien ka. Tapi, tak jumpa langsung. Susah sangat2 nak cari. Staff aku yang pandai cakap mandarin tu, reti sikit2 je, tapi kalau nak cakap, die tak reti. Cuma boleh dengar dan faham sikit2 tu pun memang sikit gila ah, dlam 5% cmtu kot, sebab die tak faham sgt pun nenek tu cakap pe.
Tapi betul lah pepatah orang tua, kalau kita tak cari, haaa tu terpacak depan muka. Kalau cari, confirm takkan jumpa. Ni memang betul. Beberapa minggu lepas tu, restoren kitorang ni ada menu baru, jadi ada la bahan2 baru yang diperlukan. Disebabkan aku sangat berkira dari segi costing, aku tukar la kitorang punya supplier telur ayam sebab cina tu dapat bagi lebih murah tapi kualiti sama.
Waktu minggu pertama dia wat penghantaran stok telur ayam kat restoren kitorang, aku tak berapa nak bersembang sangat dengan supplier ni, sebab die tak reti sangat bahasa melayu dan tak reti cakap english. Yang basic2 die tau la, tapi kalau aku nak sembang dengan die, memang totally fail. Dipendekkan cerita, ada la satu hari ni, supplier ni (Madam Wong) tak dapat nak hantar stok dalam sebulan mcm tu sebab bercuti, anak die kahwin & majlis dorang wat kat shang hai sebab anak die kawen dengan orang shanghai.
Madam wong ni pun inform lah, die cakap anak saudara die yang baru habis belajar tu, akan tolong hantar dalam masa sebulan die bercuti tu. Ha, yang anak sedara dia ni ok lah sikit, at least boleh berbahasa melayu and english pun ok. Tak lah kekok sangat kalau aku nak berbual.
Minggu pertama anak sedara si Madam Wong ni ambik alih, aku banyak sembang dengan die. Die cerita la die baru habis belajar, ambik jurusan perhotelan bla bla bla. Waktu tu, die singgah makan kat restoren kitorang, nak cuba masakan melayu katanya, sebab jarang sangat makan masakan melayu. Aku pun joint la sekaki. Nota tambahan : Hensem gila anak sedara madam wong nih.
Waktu kitorang tengah makan & sembang2 tu, tiba2 handpohone die berbunyik & die cakap2 lah dalam fon, dengan sapa ntah. Lebih kurang beberapa minit,die dah nak letak fon dah and tiba2 die cakap "Ok .. Ok .. Ok.. Kamsiaaa, kamsiaaa"
Nak terkeluar bijik mata aku renung die, sampai die pun pelik apasal aku tengok die sampai mcm tu.
"Awak ni Cina Hakka?"
"Ya, Hakka"
"Jadi, Mdm Wong tu Hakka jugak ke?"
"Bukan lah, dia kawen dengan uncle saya, uncle saya yg Hakka"
"Jadi... tadi tu awak cakap Hokkien lah?"
"Mana awak tau?"
"Tuhhh...kamsiaa kamsiaaa tu Hokkien kan?"
"Hahaha... ya la, Hokkien. Why? U can speak hokkien?"
Aku tak jawab pun soalan die, tapi aku terlalu excited sampei sebut Yes!!! Yes!!! berulang kali. Hahahha excited gila woh, korang bayangkan lah berapa lama aku mencari Cina Hakka ni, akhirnya ketemu jugak.. Dah la hensem, eh..
Ni dah pukul 1.22 pagi,aku memang nak sangat sambung, tp aku kena tido awal lah, esok nak bangun awal sebab orang reserve 12 meja untuk sarapan pagi, nak standby apa semua esok. Nak kena tido awal lah, dont worry, esok aku sambung ek!
Bersambung ...
p dot s: aku mcm penat je nk share dgn korang nih. haha. saket saket pinggang aku ni. eh apa kaitan ? haha. sambung nnt la. mau tido suda. daa~!!!
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.