AYAM MASAK KICAP ala SARA
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kunyit Hidup
Kunyit Serbuk
Daun Limau Purut
Cili Kecik
Sos Tiram
Kicap
Sedap Rasa Knorr
Tepung Jagung
Air
Minyak
Garam
Cara-cara:
AYAM GORENG
1. Tumbuk halia sebesar ibu jari, sekelingking kunyit hidup dan 2-3 biji bawang merah hingga lumat. Masukkan Sedap Rasa Knorr, garam dan serbuk kunyit secukop rasa.
2. Gaulkan bahan-bahan yang di tumbuk dgn ayam yang dah dipotong. Marinate utk beberapa minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga kekuningan. Kemudian ketepikan.
KUAH KICAP
1. Tumbuk 2-4 biji bawang merah, 1 biji bawang putih dan cili kecik (ikot kepedasan anda) sehingga lumat.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskn bahan tumbukan tadi. Sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tiram, Sedap Rasa Knorr dan kicap. Gaul sebati.
5. Masukkan daun limau purut yang telah di hiris. (boleh juga kalau sekadar carik carik)
6. Masukkan air. (kalau nk kuah bnyk boh la bnyk sket air tp jgn la smpi melimpah. pandai pandai budget ya)
7. Amik tepung jagung dalam 1-2 camca teh camtu. Larutkan dengan air panas dan masukkan dalam masakan utk jadikan kuah sedikit pekat.
8. Tunggu sehingga kuah menggelegak baru masukkan ayam yang telah di goreng tadi.
9. Gaul sehingga sebati. Tambah garam secukop rasa. Kalau pedas tmbh sedikit gula.
10. Siap untuk di hidangkan.
dah siap. hehe. simple je kan. campak campak je.
p dot s: sara biasa main campak campak je bahan bahan tu. x de spesifik. sb mak selalu request kuah bnyk. oleh itu sara akan lebihkan pada bahan utk kuah. utk ayam goreng tu kita boleh goreng kemudian dan masukkan dalam kuah yang masih tinggal (jika ada baki laa). panaskan je dah boleh makan. haha.
kalau ada apa soalan boleh la tanya ya. jangan segan segan. selamat mencuba.
dgr ayam, terus dtg sini!!! hehee..
ReplyDeletehehe..i like resipi simple..haha..sbb mls nak pk yg remeh2...lagi sedap campak je..tak pyh skema rama...;) last week tido umh future mom in law..dah riso nak masak pe la...l=mujur mintak tomyam je..pfftt..
ReplyDeletelapar plk tgk ayam masak kicap sarah ;D
ReplyDeletesyakilla: nasib dtg kat blog.. klu dh terpacak dpn pintu umah guane ? hahaha
ReplyDeletecik may: hehe. x pe pengalaman tu. boleh perbaiki skill masakan apabila bersama mertua. eceh.
gee: try la. gudluck. :)