As'salam dan salam sejahtera..
Hai pa habaq semua?
Harap sihat lah naa..
Ampun laa.. Bila kami ni macam chipsmore.
Kejap ada kejap tak de.
Haha (⌒▽⌒)
Hari ni aku nak membebel pasal hipster.
Especially dalam bab pemakaian gaya hispter bagi lelaki.
Laki ku sekarang ni pun gayanya macam dah terjebak dengan gaya hispter ni.
Betul ke idok? Aku tak leh nak determine. Kisahnya.. Pendapat aku pasal hispter ni adalah sesuatu yang simple dan santai.
Ada beberapa pencanggahan pendapat ketika trend hispter ni di perkenalkan di Malaysia. Ada yang berpendapat gaya hipster ini merupakan fesyen 'low-class' yang digayakan oleh golongan kurang mampu di negara Barat.
Namun.. Ramai juga pengemar fesyen tanah air berpendapat bahawa gaya hispter ini lebih senang didefinisikan sebagai sesuatu yang santai dan unik.
Sekaligus trend hispter ini boleh digayakan tanpa mengira latar belakang dan status terutamanya untuk golongan muda.
Owh owh owh.. Golongan bapak orang pun boleh bergaya hipster hokeh.
Will show you soon.. Check it out till finish.
Nak tahu apakah kombinasi atau padanan yang sesuai untuk bergaya hispter, jom kita tengok. Samada mengenakan shirt atau kemeja, disini beberapa idea untuk rujukan korang.
Penggayaan dengan koleksi jeans, korang boleh mengenakan straight cut jeans atau slim fit jeans yang selesa dan tuck-in kemeja untuk penampilan yang lebih smart.
Pandanan men shirts bercorak chekered atau kosong bersama skinny untuk kelihatan lebih santai dan tampak kemas.
Untuk gaya lebih santai di hujung minggu, jangan teragak-agak untuk menggayakan kemeja polos korang dengan koleksi seluar pendek seperti khakis pants.
Dan untuk gaya ke pejabat, tampil hispter dengan padanan seluar slack dan kemeja bersama pemakaian cardigan atau knit sweater sebagai pelengkap gaya anda.
Haa.. Amacam. Dah dapat idea macam mana nak bergaya hipster?
Senang dan mudah je kan. Simple yet easy to match.
Last but not least, my le hubby ada macam gaya hipster tak? Haha.
V-neck quater stripe shirt with slim fit khakis pants.
Tambah bergaya dengan kasut red wings.
Hah.. Bapak orang pun boleh tampak hensem dengan gaya hipster.
Simple, santai, kasual dan kemas.
Oke jumpa lagi..
Babai.
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.