Mungkin anda pernah ditanya
“Kenapa masih belum berumahtangga lagi?”
Jawapan yang lazim diberi adalah
“Tidak ada jodoh lagi.”
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahawa seorang ulama sunni pernah berkata, "Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya."
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Allah s.w.t. Apabila Tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Allah Maha Mengetahui. Apabila Allah telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna Dia sedang melimpahkan RahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, jika anda ditanya oleh kaum keluarga dan sahabat-handai,“Kenapa masih belum berumahtangga lagi?”jawapan yang sesuai adalah“semua ini adalah Rahmat Allah s.w.t.”
jodoh kan, :) semua tu rahsia.
ReplyDeleteanyway, layout BARUUUUU!!!
<3
@syakila_purplebetul tu kila. rahsia Allah tidak siapa pn tahu. hehe. tahun baru layout pn baru. eceh :p
ReplyDeletewell said sara! yup Allah lebih mengetahiu semuanya...kita mampu merancang je kn? :)
ReplyDelete@~ NANA ~betol ! kita merancang dan Allah penentu segalanya. sara hanya mampu berdoa utk perancangan majlis sara. semoga beroleh keredhaan Allah :)
ReplyDeletekawen ka tak kawen ka, semua DIA dah atur...... mempersoalkan kenapa dan mengapa seseorang itu membujang sama la macam mempersoalkan ketentuan NYA.....
ReplyDelete*ada gaya ustazah masyitah tak???*
@cikpia haaaaaa seemmmppppuuuutttt... haha. boleh la cikpia. :)
ReplyDelete