as'salam dan salam sejahtera
kepada readers / bloggers / b2b / para isteri / para suami / silent readers dan sahabat-sahabat
semoga sentiasa berada di bawah lingkungan rahmatNya.
hari ni Sara nak berkongsi sedikit ilmu dari pembacaan Sara berkenaan suami isteri.
semoga bersama jadikan ianya suatu ilmu dalam kehidupan.
PETUA MENYAYANGI SUAMI DENGAN SEPENUH HATI
Rasulullah s.a.w menyayangi Siti Khadijah r.a dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:
- Siti Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka
- Siti Khadijah membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
- Siti Khadijah sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
- Siti Khadijah menyertai Baginda dalam jihat menegak agama Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia, Khadijah berimah denganku ketika orang ramai mengkufuriku. Dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku. Dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku." (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahamad 6/118)
- Siti Khadijah mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
PETUA UNTUK MENGELAKKAN PERGADUHAN RUMAHTANGA
- Jangan Merajuk - sebaik baiknya apaila bergaduh, jangan suka merajuk. merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan masalah anda menjadi lebih buruk apabila si suami tidak peduli dengan rajukan anda.
- Jangan Menghukum - menghukum tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak langsung menolong proses berdamai malah hanya akan mempercepatkan proses kerosakan hubungan. jadi kalau benar masih ada niat berdamai, jangan terlalu menghukum.
- Jangan Mencari Salah - mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. kajian mendapati wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. adalah lebih baik apabila anda mengambil masa dan meneliti kekurangan diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pasangan.
- Mulakan Pendamaian - sekiranya anda benar benar mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. andai kata pasangan anda itu menolak usaha anda kerana dia mmg tidak mahu berdamai itu tidak menjadi isu besar. sekurang kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai. jadi kita tidak merasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Wanita ibarat lilin. Namun sebagai seorang wanita kita harus sedar akan tanggungjawab yang diberikan, bukannya mudah untuk menjadi wanita yang benar-benar menjiwai peranannya.
- pertama urusan yang di tanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai SOLAT dan mengenai urusan SUAMInya (apakah dia menjalankan kewajibannya atau tidak)
- hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah di jodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
- WAJIB bagi wanita:
- mengekalkan malu pada suaminya.
- mengikut kata-kata dan suruhannya (selagi tidak bercanggah dengan Islam)
- dengar dan diam ketika suami berkata-kata
- berdiri menyambut kedatanganya
- berdiri menghantar pemergiannya
- hadir bersamanya ketika masuk tidur
- memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya
- membersihkan dan menghilangkan bau mulut utk suaminya
- berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya
- tiada khianat ketika tiada suaminya
- memuliakan keluarga suaminya
- memandang pemberian suaminya yang sebagai besar dan berharga
BUAT SEMUA LELAKI & SUAMI.
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudia jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja" (QS. An-Nisa' ayat 3)
NOTA ! jika ingin amalkan sunnah Nabi s.a.w, amalkan semua yang terdaya. jangan ambil sekadar yang memenuhi kehendak diri & hawa nafsu sahaja.
SELAMAT BERAMAL DAN RENUNG-RENUNGKAN !
-END-
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.