BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ RESEPI : Ayam Paprik Ala Sara ♥

as'salam dan salam sejahtera.
nak share resepi hari ni.
Masak Ayam Paprik Ala Sara
masak Ayam Paprik for the 1st time.
alhamdulillah seisi keluarga suka. siap bekalkan utk abah di hospital.
jom tgk resepinya dan hasilnya.

me the Master Chef ! hehe.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Isi ayam (dipotong sederhana besar & direbus)
1.5 inci halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili merah yang di kisar
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Kicap
Sos tiram
Garam & Sedap Rasa Knorr

Cara-cara :

  1. Mula sekali, isi ayam yang telah di potong sederhana besar hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lama-lama sb nnt nak masak dgn kuah paprik lak kan. api sederhana besar sahaja ya.
  2. Kemudian tumis halia, bawang merah dan serai sehingga garing & berbau harum (naik bau). Masukkan sos tiram satu sudu pun dah cukop.
  3. Masukkan pula cili merah yang telah di kisar tadi. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam dan Sedap Rasa Knorr secukup rasa.
  4. Masukkan pula isi ayam yang telah direbus dan juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campurkan tepung jagung). Kacau dan biarkan selama 2 minit. ( NOTA ! Isi ayam boleh digantikan dgn daging atau udang@sotong bagi peminat seafood atau buat PAPRIK CAMPUR)
  5. Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga, kacang panjang dan lobak merah. Kacau sehingga rasanya sebati. 
  6. Tgu sehingga siap masak pastu boleh makan dengan nasi putih yang panas. nyum nyum nyum !
selamat mencuba kawan kawan !

6 comments:

  1. sedapnya. i suka buat paprik sebab senang dan sedap kan

    ReplyDelete
  2. wahh saye try masak jugak haritu tp xde pulak buat stok ayam dulu...huuhu maybe sbb tu kot pekat semacam je rase..tq awak..mane tau boleh cube next time :)

    ReplyDelete
  3. @n0rraslida alias lid cuba la masak. nnt anta kat sara eh. nk rasa masakan lid lak. hehe.

    ReplyDelete
  4. @cha mudah dan simple je. cecampak siap haha. :p

    ReplyDelete
  5. @choclairissa @ intan marliana stok ayam tu ngengada je. gantikan air utk jadikan kuah. hehe. nk pekat tmbh tepung jagung sket kasi kuahnya pekat sket. baru syiok makan.nyum nyum.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar