BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

All Time Favourita - Naturactor Foudation

as'salam dan salam sejahtera
to all my canteks / my kacaks / my frenz / my fanz
weehaa ! lagi entry mengom dari ku.
korang apa lai layan kan sajo k.

wokeh tudei nk citer sal benda-benda yang aku suka.
suka pakai untuk menutup kecelaan.
ececeh. bajet cun la sgt kan. hawhawhaw !
nak tahu pa dia ? baca la sampei abes.

rahsia ku kini milikmu.
haha. pinjam tag line SimpliSiti. kuikuikui !

sejak dua tahun yang lalu. dua tahun lebih la lebih kurang.
aku mula mengenali ini !

taaraaa. the naturactor. alah semua pn tahu kan benda alah ni.
biasa mak andam @ make-up artist pakai naturactor utk di gunakan sbg foundation.
kini... aku lak. ecece. dh guna hampir setahun lebih. sb tu lah comey ! 
dan yang paling penting. setahun pn x habes lg oke !
ni baru hegeh-hegeh nk cari ganti. haha. *pakcik bintang nnt beli 1 utk me ogeh !*
masih ada sisa baki yg cukop utk di gunakan dlm sebulan lagi.
so jangan x percaya ya ! PERCAYALAH !
gagagagaga ! boleh muntah darah !


INFO MENGENAI 100% JAPAN MEIKO NATURACTOR:

Naturactor merupakan keluaran Meiko, daripada Jepun yang
merupakan bedak yang berasaskan tumbuhan organik.
Ia mengandungi ekstrak bunga sakura. Orang Jepun selalu
keringkan bunga sakura ni untuk diminum bersama teh. Selain itu,
ia juga ada perlindungan dari UV. Ini sangat penting sebab matahari
adalah punca penuaan kulit yang no.1. Bunga sakura merupakan
bunga yang boleh memberi kebaikan kepada kulit kita.
Antaranya adalah :
1. Membantu kulit menjadi lebih lembut
2. Membantu menghidratkan kulit
3. Mengurangkan masalah kulit ( Sesuai unttuk kulit berjerawat)


KELEBIHAN NATURACTOR?

- Anti kilauan/tidak berminyak -100% menutupi pegmentasi,
parut, cela, jerawat & noda hitam
- Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
- Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
- Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
- Tahan sehingga 12 jam
- Tidak menutup pori-pori
- Digunakan oleh makeup artis professional & mak andam
-Kulit terasa ringan, tidak melekit & kelihatan gebu,
confirm cantik macam artis you :))
-Sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan,
photoshoot dan lain-lain.Hasil solekan akan nampak
flawless dan natural.

itu serba sedikit info berkenaan naturactor.
aslinya dari Meiko, Japan.
camne nk tahu asli ke x ?
korang google la sendiri ya. ini salah satu yg den jumpo setelah bergugeling.


sejak sejak memakai naturactor ni, ramai yg puji. *kembang semangkuk*
puji sb dah x nampak cela celaan di wajah ku.
almaklumlah muka bak "bulan purnama" lihat la pada jarak dekat ! 

INI !!!
nampak x permukaan bulan dari jarak dekat ?
hah begitu lah wajah den. jgn x cayo.
oleh itu semua gambo den adalah hasil NATURACTOR bukan PHOTOSHOP !
macam marah lak bunyiknye kan. kuikuikui ! hakikat sbnr watpe nk bohong.
kahkahkah. oleh itu meh ramei ramei beli naturactor. yeehaaaa yaribba !

bestnya naturactor ni dia sgt lembut dan ringan. 
rasa mcm tempek foundation tp rasa mcm xde pape di wajah.
magis x ? magis kan ? hoho. 
dan yg paling aku suka 20g boleh thn sampei setahun lamanya.
sb nya ? sb nya paki ciput cenonet je boleh cover keseluruhannya.
JIMAT ! harus CERMAT ! nak kahwin kan ? berjimat cermat lah.

pilihan warna utk kesesuaian kulit adalah bergantung kepada warna kulit individu.
wah banyaknye color. mana satu yang sesuai ? hehe. pilih lah mana suka.
kulit aku nk kata sawo matang x jugak. nk kata tanned pn x jugak.
nak kata putih lepak jauh sekali. oleh itu kulit ku warna warni. haha.
xde makna ! kulit ku warna coklat indah di pandangan mata.
so aku pakai code 151. code selamat !

PEMILIHAN KOD YANG SESUAI UNTUK KULIT ANDA

130: KULIT PUTIH - contohnya macam Juliana Evans atau Sofea Jane.
30:untuk naturactor loose powder

140: KULIT CERAH KUNING LANGSAT- contohnya macam Siti Nurhaliza dan Nasha Aziz.Oh ya Hana Tajima pon boleh guna kaler ni.
40: untuk naturactor loose powder

141: NATURAL BEIGE (MALAY dan CHINESE) - contohnya macam Camelia dan Scha Al-Yahya, kalau nak nampak cerah sket pon boleh pakai colour ni.
41: untuk naturactor loose powder

151: KULIT SEDERHANA/SAWO MATANG (MALAY) - contohnya macam Maya Karin dan Fasha Sandha.
51: untuk naturactor loose powder

171: CONCEALER + BASE - untuk cover jerawat atau dark circle bwh mata

so korang nak cakap aku bajet bajet Maya Karin la pakai 151 ? choi !
haha. Maya Karin yg follow aku tau !. kahkahkah. boleh pengsan skng !
masa aku nk beli, consultant tu ckp kulit aku sesuai 151 aku pn rembat saja lah.
bila pakai eh mmg sesuai sesgt. x gelap dan TIDAK TERLALU CERAH !
knp aku capital yg belakang tu ?
sb dedulu masa beli foundation yg berjenama lebih,  kulit aku jadi cerah mcm opera cina.
walhal mendapat konsultasi dr beautician yg mmg beauty dan aku rasa profesional lah kot.
sadisnya gagal mengenakan yg terbaik utk kulit aku !
 incik tunang pn ckp. x berkenan katanya.
tp bila naturactor di tempek ke wajah, comel sentiasa di hatinya. auw wow ! 

apa lagi eh nak share pengalaman pakai naturactor ?
owh owh aku berjaya pujok adik aku bertukar kpd naturactor.
yeehaaa ! berjaya persuade dia beli. beli 1 dpt 1 la utk aku. haha.
jahat punya kakak kan ? asyik la buli adiknya. haha. sookaaaa !

haa... aku ada beli gak utk shading. code 152. tapi kisahnya masih belom pakar.
belom pakar utk men'shading'kan wajah. kunun nk jadi tirus, jadi walrus lak kang.
x pandai lg aku nk ke arah ke itu. Fatin Suhana pn x ajar lg kat utube dia.
haha. salah kan org lak. belajar mekap pn kat utube jep. canggih !

oke tu je lah kot. kan ? err.. ada lagi ke ?
klu de pape korang gugel la eh. aku pn tatau nk story apa lg pasal naturactor ni.
tp mmg best la. beli la kat mana2 toko jamu atau kedai yg jual alat mekap utk mak andam.
boleh dpt murah klu nyamar jadi mak andam. hawhawhaw !
den dpt rega RM35 jep. heehuu. average rega dalam RM30 -  RM60 gitu.
xpe lah berbelanja lebih sket. demi kecantikkan.
ANDA BEGITU BERHARGA ! ecewah. oke la bai !

-END-

5 comments:

  1. saya pun pakai naturactor juga.
    memang best pakai, kulit nampak flawless. code 151 juga.
    siapa nak, saya pun ada jual juga. rm35 sahaja. yang pastinya ori.

    ReplyDelete
  2. @Diari Kitaeh eh boleh la kita beli dgn kamu.. ngee ~! kasi memurah lah eh. :p

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Diari Kita sy nk gak..hopefully include postage..hehehe
    Pls email sihatseri.qyra@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Diari Kita sy nk gak..hopefully include postage..hehehe
    Pls email sihatseri.qyra@gmail.com

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar