BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

ILMU #22 : Kelebihan Surah Al-Kautsar

as'salam dan salam sejahtera.
untuk tazkirah hari Jumaat yang mulia ini,
saya berkenan untuk berkongsi berkenaan Surah Al-Kautsar.
semoga ianya dapat membantu dan kita bersama mendapat ilmu.
insyaAllah.

Surah Al-Kausar (bahasa Arab: الكوثر) adalah surah ke-108 dalam al-Qur'an. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 3 ayat. Kata Al-Kausar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi. Pokok isi surah ini adalah perintah melaksanakan shalat dan berkorban karena Allah memberikan banyak kenikmatan untuk untuk mereka yang beriman sedangkan para pembenci kaum beriman akan terputus.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

TERJEMAHAN SURAH AL-KAUSAR AYAT 1 HINGGA 3 


[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
(1) Verily, We have granted you (O Muhammad صلى الله عليه وسلم) Al-Kauthar (a river in Paradise).

[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(2) Therefore turn in prayer to your Lord and sacrifice (to Him only).

[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)
(3) For he who hates you (O Muhammad صلى الله عليه وسلم), he will be cut off (from posterity and every good thing in this world and in the Hereafter).

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

* Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.


* Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


* Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.


* Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.


* Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.


* Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. 


* Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita


* Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. 


* Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya. 


* Jika membacanya sebanyak 7X pada waktu hendak tidur, Insya Allah maka Allah akan membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang di kehendakinya. 


* Siapa yang membacanya 7X ketika dalam ketakutan di mana saja berada, Allah akan lindungi kebajikannya.

semoga entry kali ini dapat membantu kawan kawan di luar sana.
bersama kita beramal dan menjalankan ibadah.
insyaAllah.

2 comments:

  1. TERIMA KASIH info ni. akan di practice kan setiap hri. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. @Nur Azila sama2 dear. bersama kita beramal dan berkongsi ilmu :D

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar