BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Akhirnya Mereka Di Hukum

as'salam dan salam sejahtera.
ingat lagi x kesah ceritera Petknode Online Pet Store ?

{click for more story}

empunya atau pemilik PETKNODE telah dijatuhkan hukuman

3 Bulan Penjara
Denda RM6000 atau RM200 di setiap pertuduhan

Berita lanjut:

sedikit madah berhelah dari KTAJ
‎3 bulan penjara.
Kamu akan duduk dalam bilik yang sangat luas bagi tubuh kamu.
Sangat-sangat luas.
Ada tempat berak.
Ada tempat kencing.
Tempat tidur.
Bantal.
Selimut.
Boleh mengeliat.
Bergolek ke kanan dan ke kiri.

Langsung tidak akan dapat merasai dan menyamai dengan perasaan kucing-kucing
yang kamu 'rumahkan hanya dalam carrier' mereka sahaja.
Berak. Kencing. Tidur. Makan. Minum.
Semua di tempat yang sama. Sempit. Sempit. Sempit.

Tapi, kami harap, kehidupan 3 bulan kamu di penjara dapat di habiskan
dengan memuhasabah diri atas apa yang telah kamu lakukan kepada
kucing-kucing yang telah di amanahkan kepada kamu.

Yang mati. Mati kering. Mati basah. Berulat. Penyek. Kembung.
Berpelukan. Berhadapan.

Yang hidup dan trauma berpanjangan.

Semoga kamu keluar nanti dengan penuh keinsafan dan memahami
mengapa kami jadi begitu marah dengan kamu.
Marah bila kamu senyum melangkar keluar dari mahkamah.
Marah bila kamu mencabar kami dengan ketawa yang mengekek-ngekek.

Kucing hanya haiwan.
Mereka tidak boleh bersuara. Bercakap. Menangis. Meratap.

Harap kamu faham akan kemarahan kami selama ini.
Dan akan terus rasa marah kalau kamu masih tidak insaf
dan keluar bagai tiada apa-apa yang berlaku.

Selamat menjalani kehidupan perit jerih di penjara selama 3 bulan.
Jangan menangis bila Takbir Aidiladha bergema nanti.
Sekian.

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar