BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Sehangat Asmara Bakal Diadaptasi ke Drama

as'salam dan salam sejahtera.
kawan kawan semua. best x raya hari ni ?
bnyk dpt daging qurban ?
me nemam. haha. cian kan. kene selesema.
baik punyer. sobs!

xpe. penghapus dosa kecil.
lepas je up entry kat bawah ni.
terus pengsan. kepala saket gila.
huhu. so ni up lg entry.

ingat x me pernah tulis entry tentang novel
{klik untuk lanjutan ceritera}

me mahukan Aaron Aziz untuk melakonkan watak Zainal Arief.
betol kan? tp now kita dh tahu siapa pelakonnya.
nak tahu kene teruskan bacaanlah.

Sehangat Asmara ialah novel karya Aisya Sofea bakal diadaptasi dalam bentuk drama, 

pelakon heroinnya Rita Rudaini sebagai Kamilia Najwa Tan Sri Ahmad Sharifuddin

bersama pelakon Adi Putra sebagai Zainal Arief

dan Fahrin Ahmad sebagai Azman

Pastinya ramai peminat novel sudah membaca kisah Sehangat Asmara ni, kisah cinta tanpa restu keluarga antara Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Drama Sehangat Asmara ni akan datang ke Tv3, diarahkah oleh Feroz Kader, dan tarikh masih belum pasti lagi.

Apa apa pun kita nantikan saja kemunculan drama ni bersama pelakon pelakon hebat di kaca tv anda.

Sinopsis Sehangat Asmara

Sinopsis dan jalan cerita dalam novel, mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.

Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.

Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.

Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.

Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula.

so apa komen uols ?
suka x dengan barisan pelakon itu ?
for me oke lah sb ada abg Ady Putra. haha.
samada Aaron Aziz atau Ady Putra, both mmg me suka lakonan dorang.

me pernah tengok gandingan Aaron Aziz dan Rita Rudaini dalam Rahsia Hati.
mmg secocok dan sesuai dan ngam.
Ady Putra me selalu tengok beliau di gandingkan dengan Nora Danish.
tp.. untuk kali ini me rasakan Ady Putra dan Rita Rudaini sesuai melakonkan watak dalam novel Sehangat Asmara tulisan Aisya Sofea.
eceh macam apa je me mengkritikkan. haha.
this is just my two cents. how about you ?
drop some comment k loves~!

#1hotlovers
#aaronators

6 comments:

  1. Replies
    1. sara pn.
      x sabar nk tgk keromantikan rita dan ady putra.
      hehe. ady putra mmg dh romantik abes.

      Delete
  2. bestnye mesti tengok ni, dija bace novel ni :) suke rita, tak pe sarah bagi peluang kat hero lain, adi putra pun best, asik aaron je kan hee tengok aku trima nikahnya sgt best..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal.
      asik abg aaron ajis je.
      kasi can sama yg lain.
      ADP pn oke. x de hal pnya.

      esok baru hegeh2 nk tgk Aku Terima Nikahnya.
      sobs. lambat sket. :)

      Delete
  3. Dah habis baca novel nya...menarik sekali. Saya rasa watak2 ini bersesuaian sekali dgn adiputra & ritarudaini serta fahrin....

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar