BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

TIPS: Beraya di rumah mertua

Wahai Suami Yang Baru Berkahwin
(Untuk yang merancang bawa isterinya beraya di kampongnya)



1. Dicadangkan, jika ini pertama kali berhari raya sebagai seorang suami, eloklah beraya di kampong rumah isterinya. Kerana dengan beraya di rumah isteri, ini akan melegakan isteri itu dan dapat memberi dia peluang menyesuaikan diri sebagai isteri di rumahnya sendiri berhadapan dengan orang-orang tidak asing bagi dirinya. 

2. Tetapi jika anda mahukan juga hari raya pertama di kampong anda, bermakna bagi isteri anda, ini adalah pertama kali dalam sejarah dirinya berhari raya di rumah orang lain. 

Oleh itu pasang niat sama-sama iaitu beraya di kampong ini utk menghiburkan ibu, ayah dan adik beradik di kampong.

Kemudian ikutilah tip ini agar dapat mengurangkan stres isteri anda semasa dia berada di rumah kampong anda.

2.1 Ceritakan kepada isteri anda "budaya atau amalan" ibu ayah abang kakak anda adik anda semasa menyambut hari raya. Agar dia boleh mengambarkan keadaan yang akan berlaku nanti.

Contohnya: Ibu anda akan bangun awal2 ke dapur belum subuh untuk menyediakan juadah seisi keluarga untuk makan pagi sebelum ke Masjid. Jadi eloklah cadangkan isteri anda juga bangun awal membantu ibu mertuanya ini. Kalau tidak diberitahu, dia akan rasa malu apabila dah bangun tengok juadah pagi tersedia di atas meja.

2.2 Jika anda tahu yang ayah dan ibu anda adalah manusia yang gembira mendapat hadiah semasa anak2nya pulang ke rumah. Maka eloklah bincang dengan isteri untuk membeli hadiah untuk ibu dan ayah anda. Dan suruhlah isteri anda yg menyerahkan hadiah itu kepada mereka sebaik sahaja tiba di rumah. Perbuatan ini akan membuka hati dan minda positif terhadap menantu barunya ini.

2.3 Jika ibu anda jenis yang suka memasak untuk keluarga, maka inilah masanya isteri anda mesti di dapur bersama ibu mertuanya untuk mempelajari cara masakan dia. Janganlah pula anda asyik ajak isteri memerap di dalam bilik 24jam (maklumlah sedang berbulan madu) dan keluar bilik hanya untuk makan. Ini memberikan persepsi yg tidak baik. Isteri anda pun tidak selesa.

2.4 Pastikan semasa keluarga mara datang bertandang atau beraya, anda juga ada bersama isteri untuk melayani pertanyaan dan memenaminya. Dia rasa lebih selamat dengan kehadiran anda. Apa lagi kalau loghat atau bahasa yang keluarga anda gunakan amat asing baginya. Di sini peranan anda adalah sebagai penterjemah untuknya. Jika anda tiada, ini menambah stres walaupun senyumannya terus terukir dibibir.

2.5 Jika anda bercadang berjumpa kawan2 lelaki sekampong, elok jangan bawa isteri anda bersama. Ini akan menyebabkan dia tidak selesa kerana tajuk perbualan anda dengan teman-teman lelaki sekampong tidak sesuai dan mungkin menyinggung perasaan dan emosinya. Minta kebenaran isteri jika anda ingin berjumpa kawan2 lelaki dan tetapkan tempoh waktunya. Ini melegakannya kerana dia tahu di mana anda berada dan bila anda akan pulang.

2.6 Jika ada orang bertandang, cepat2 keluar bilik bertemu mereka bersama2. Jangan sorang melayan sorang lagi dalam bilik. Walaupun tetamu datang diluar waktu melawat.

2.7 Jika timbul isu yang boleh menjadi krisis, eloklah bincang berdua di dalam bilik untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan mematah cakap dia atau membangkang pandangannya di depan orang lain walaupun di depan ibu anda.

2.8 Tempuh jangka hari yang sesuai tinggal di rumah mertua ialah 3 malam sahaja. Bagi isteri, jika lebih daripada itu akan menyebabkan dia stres. Bagi lelaki tiada masalah sama ada rumah kampung isterinya dan apalgi rumah kampungnya.

Cukuplah setakat ini.. 
Selamat menyambut AidilFitri. 
hati hati di jalanraya semasa memandu. 
ingatlah orang tersayang. 
xoxo.

17 comments:

  1. Laki aku ckp tiap tahun raya umah dia dulu. Haha. Ikut je, sbb raya kdua dh blk jtut. So kedua, ketiga, keempt... Umah aku. Last year aku nangis sgt kot ms buat preparation raya. Thn ni rabu aku keje, mls aku nk emosi ms buat persiapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. 1st raya di rumah mertua every year? nanes aku.. sb bakal suami ku nun kampongnya di Tawau... uwaaa...

      Delete
  2. thanks sara...mmg nebes ni nak raya kampung suami...klate wehhhh....ayong ni dah la tak pandai kecek klate...sengih jelaaaaa...huahuahua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayong kene belajar loghat kedua tu.. hehe.. nnt lama2 mesti paham.. jgn lupa singgah pasar khadijah.. jgn lupa juga borong emas.. sana murah org kata.. hahaha..

      Delete
  3. mmg brguna tips Sara..dh kna praktis thun dpn..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. selamat prektis.. sara pun dedebar rasanya...

      Delete
  4. 1st time kawen dulu,bera di rumah mertua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sara pun nnt.. bakal suami dah ckp siap2.. raya pertama utk pertama kali beraya bersama adalah di kampongnya.. hukhukhuk..

      Delete
  5. untung la dapat raya kt umah mertua . sha lagi sedih . raya pertama n kedua kat perantauan . thun ni raya yang kedua lepas kawen . raya kat umah sndri yang serba xde ni . seb bek kakak dari mesia sdi dtg tmankan . kbetulan tgh sarat preggy n tggu nak bersalin je . huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha kat oversea.. x pe la.. pengalaman tu.. nnt kesempatan balik raya di mesia.. dpt la merasa juga nnt..

      Delete
  6. selamat hari raya u maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya cha.. nnt jemput mai majlis sara k..

      Delete
  7. Sara...sha first raya dapat raya kt umah sendirik.Besh3.Tapi hambek.Raya kt kedah sampai 5 hari.Hadoila.Nasebla badan.Tapi sha okay je duk makan buah sebab kt kampung HB byk pokok buah.Ngee.Salam aidilfitri dear. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri sha dearie.. wah mesti sonokkan bercuti 5 hari di kedah.. hehehe.. bnyk pengalaman yg di timba...

      Delete
  8. sara dh g ke umah bakal mak mertua ni?hihihi :p

    ReplyDelete
  9. Sya da t'kejot bc title. aikk..da kawen ke sara nih??? wat suspen jek.. =p

    ReplyDelete
  10. kta dah target raya pertama mesti umah kmpng kita..
    harap2 tahun depan dapat beraya kat jhor dulu..hehe

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar