BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

La Tahzan ~ Rezeki

La Tahzan ~ Rezeki

"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."

"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."

"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."

"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. 
kite sebaya kan.."

"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - -

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?

Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. 
maka sebab itu dia masih tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. 
maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, 
maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

- - - - - - -

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. dan jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. 
Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. 
Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah,

mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.

mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.

mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.

mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. 
Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu.. tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah.. Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

9 comments:

  1. Replies
    1. sb tu kene sabar.. dengan sabar kita itu ada ganjarannya.. in-sya-Allah.. :)

      Delete
  2. setuju 10000%
    perancangan Allah itu sangat baik

    ReplyDelete
  3. Ntri Ini memberi kekuatan pada saya

    Syukran

    ReplyDelete
  4. btul tu..setiap kelebihan dan kekurangan ada cerita disebaliknya..org yg nmpak dari luar takkan rasa sama mcm yg menanggung :)

    ReplyDelete
  5. rezeki masing maising kan..tak perlu nak persoalkan itu ini.bila orang tanya camtu senyum je :)

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar