BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Bila sakit tekak menyerang

as'salam dan salam sejahtera semua.
apa khabar si chantek dan si kacak?
sehatkah? sakitkah?
apa pun jaga kesihatan diri ya kesayangan ku.

hari ni semangat nak share pasal sakit tekak.
over kan. bhuahahahaha.
sebabnya baru lepas kene serang dengan virus sakit tekak.
sakit weh. perit pedih menangis. haa.. nampak tak?
betapa sakit dan seksanya diriku menanggungnya. sobs.
*nasib masa tu suami tercinta berada di sisi. boleh manja manja. meow*

oke sebelum lebih parah. jom lah kita ke topik asal ya.

TIPS DAN PETUA SAKIT TEKAK OLEH CIK PUAN HERNYZAR.

kemain lagi dengan tajuknya. hoho.
nah tengok tekak anda.
dan senarai tips / petua untuk perkongsian.

1. Makan ais krim vanilla
this is so favorite. sangat suka telan ais krim vanilla. 
tak kira masa. sakit tekak ke tak sakit tekak ke. 
memang suka menelan ais krim vanilla. menelan ya! haha.
 makan ais krim vanilla adalah saranan family doctor. so apalagi slurrrpppp...

2. Minum air asam jawa
yang ni mesti semua orang percayakan. 
sakit tekak je minum air asam jawa. 
yes! memang pun. even mak Sara pun suruh Sara minum air asam jawa. 
air asam jawa yang ter"best" dan terbaik adalah air asam jawa dari air tangan mak sendiri. best yo. masa sakit ni lah boleh ngengada minta mak buatkan air asam jawa.

3. Honey lemon
honey lemon ni boleh kurang kan rengsa pada tekak. 
senang je buatnya. 
satu sudu honey kemudian perah setengah lemon. 
pastu slurpppp telan.

4. Teh O panas
sedapnya minum teh O panas waktu sejuk sejuk ni kan. hehe.
minum teh O panas dapat memanaskan tekak.
bila tekak panas bakteria dan kuman pun terpanas sama.
oleh itu tiada lah mereka menetap di situ.
hah! gitu kau aku berhipotesis. haha.
suka hati je kan. tapi kira teh itu sendiri ada khasiatnya.
dan bila di minum panas, bagaikan tekak di sterile. haa.. gitu.

5. Ubat kumur
Sara guna ubat kumur yang doktor bagi. apa tah namanya.
dah habis pun so botol buang. hikhikhik.
ubat kumur ni sebenarnya lebih kepada pembersihan mulut.
kalau ada kuman dalam mulut makin lambatlah nak sembuh sakit tekak.
sebab tu kene rajin berkumur dengan ubat kumur.

6. Strepsils
Strepsil ni Sara makan untuk kelegaan. 
sebab tak tahan perit sangat rasa tekak.
asyik dok ehek ehek kat suami, suami pun belikan strepsils.
memang untuk kelegaan je pun.
masa makan elok lah sekejap tak berapa nak sakit sangat lah tekak.
dah abis satu lozenge strepsils tu kembali lah tekak memerit. huhu.

memang semua di atas Sara buat.
kisahnya.. Sara jenis yang memang tak tahan sakit.
selagi ada cara rawatan selagi itu ku amalkan
dekat seminggu jugak lah tekak memerit.
sakit hokeh. susah nak makan. hilang nikmat makan seketika.
sadis. tengok orang makan kita telan jelah air liur. huhu.

hope tips dan petua ni dapat lah membantu kalian ya.
yang penting minum air masak banyak banyak banyak banyak tau!!!
itu sangat lah penting bagi mengelakkan badan terhidrasi.
bila terhidrasi mudah je kuman dan bakteria nak hinggap.
oke kawan kawan. selamat mencuba.

XOXO.

5 comments:

  1. petua yg bagus ni. nanie selalu gak buat. tp nk senang pergi kedai beli strepsil je. haha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. salam perkenalan. sheila first time singgah sini. sheila selalu minum air suam atau makan madu je masa sakit. hehe tak sangka boleh makan aiskrim vanilla. fav tu. hehhee (",)

    ReplyDelete
  3. Thanks sara for the tips..sangat berguna ni :)

    ReplyDelete
  4. Nice sharing sis. Tak pernah lagi kena tapi bila saya kena nanti saya akan pakai tips sis okeh terutama yang ice cream tu. Heheh.

    ReplyDelete
  5. Klu ayut mmg minim air je..automatik blh abiskn air 1liter.hihihi

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar