BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Al-Fatihah untuk arwah abah

hari ini hari kelahiran abah.
tanggal 4 Disember 1957 abah di lahirkan.

SELAMAT HARI LAHIR ABAH

kalau ikut perkiraan hari lahir abah, hari ini genap umur abah 57 tahun.
tapi abah terlebih dahulu meninggalkan kami pada
18 Oktober 2014 pada usianya 56 tahun 10 bulan 14 hari.

sebenarnya abah dah lama sakit.
hampir 4 tahun lamanya abah sakit.
menjalani operasi by pass jantung.
3 kali seminggu perlu menjalani hemodialisis.
perlu mengawal gula dalam darah.
juga perlu mengawal tekanan darah abah.

penyakit empat serangkai.
itulah yang abah tanggungi selama hampir 4 tahun itu.


ketika bawa abah bercuti.
jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.


kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya.
sesuatu yang sangat romantik yang sangat membahagiakan kami.


abah tersenyum pada saat aku di ijabkabul.
wali ku. abah ku. hero ku.


raya terakhir aku bersama abah.
rindu bau abah. rindu nak cium abah. rindu nak pelok abah.

ketika abah menghembuskan nafas terakhir, aku tiada di sisi.
masih dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Shah Alam.
2 @ 3 hari (aku tak ingat) aku ada telefon mak bertanyakan khabar abah.
mak cakap abah sihat. makan berselera. pipi pn dah naik. badan pn dah berisi.
alhamdulillah.. abah semakin sehat.

Tapi Allah lebih sayangkan abah.
Al-Fatihah untuk arwah abah.
Semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
Aamiin. 



2 comments:

  1. Al fatihah..
    mengalir air mata baca..
    semoga Abah sarah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
    aamiin ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah.Sara...kte baru taw.Huhuh.Semoga abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat.Amin.

    *Sedih.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar