BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ #03 Online Contest: Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati' ♥

*sticky entry pls scroll down for next entry. TQ*

Salam bloggers and readers, aku ni dah macam gila ONLINE CONTEST kan ? heehaa~! mana taknya.. mana ada online contest semua aku sapu. hikhikhik~! entry ptg Selasa sebelum pulang. Cuaca hujan renyai-renyai. Jom layan contest apa plak kali ni aku join.

haa.. ini banner/badge rasmi untuk Dina Halim Online Contest - 'Dari Mata Jatuh ke Hati' 
[kawan-kawan boleh click kat situ utk join this contest] (^_^).

ini la masalah aku. tatau macam mana berceritera nak menulis esie. aiseh men... otak beku~! haha. Dina Halim .. sangat sinonim nama itu sebagai butik perkahwinan. semasa Pameran Pengantin Malaysia yang berlangsung di PWTC pada tahun 2009. Itu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pameran pengantin. satu persatu booth aku singgah jengah jenguk dan soal siasat. [haha dah macam cik pulis dh aku]. sehingga tiba di satu bahagian yang mempamerkan pelamin, mata aku terus terpegun dengan 1 pelamin berwarna hitam merah putih. owh my theme dalam hati aku berdetak. [oke start pasangan angan-angan dah time tu]. bila tgk gadis-gadis comel berdiri kat depan pelamin aku pn mendekati...

me: cantek pelamin.
gadis DH: [senyum simpul. sambil menghulurkan flyers warna pink. menarik... pink...]
me: TQ dik..
gadis DH: kak.. kat sana booth Dina Halim. [sambil tunjukkan booth DH]. kak dina ada kat sana.
me: gulp~! owh maseh dik. [sesengih aku comel comel. isk nk jmpa kak dina nk ckp apa. dlm pikiran dan mcm apa je.]

kau tau. aku tau kau tatau.. kaki aku sendiri bawak aku pg booth DH. dgn sesengih sesenyum aku tegur kakak kat booth tu. aku tatau itu kak dina atau bukan. [sorry eh kak dina sb x kenal akak time tu pestime tu. huhu. tapi saya rasa bukan kak dina. sb kakak tu pakai kacamata]

me: [senyum] akak... cantek pelamin hitam merah putih tu. suka saya.
kakak: owh pelamin Red is Cinta. bila wedding adik ?
me: gulp~! lambat lg kak. belom ada planning. tp pelamin tu menambat hati saya. mmg kene dengan warna tema yg saya impikan. klu saya amik Dina Halim, boleh travel ke Kuantan ? saya keje je kat sini bla bla bla..
kakak: bla bla bla.. kuantan ada extra charges... bla bla bla transport and penginapan.. bla bla bla..

dapat je flyers dari kakak tu terus rasa cam dalam hati berbunga-bunga. murah. suka. sonok. yeay~! tp kuciwa sb time tu mana de vofren lg oke. tu saja verangan cuci mata. itu la pestime aku meet Dina Halim. see dari mata jatuh ke hati. skng ni pelamin DH yang menjadi idaman aku adalah pelamin ROMAN. wah cam romantik la. tgk ni tgk ni....

cantekkan ? with the fresh flowers. owh.. i melting.

aku suka pelamin roman ni sbb nmpk cam artifak. wah dah cam kaji sejarah lak kan. bukan.. bukan.. pelamin roman ni nampak seperti satu bangunan sejarah dahulu kala. zaman Rome gitu. iaitu bangunan Pantheon yang di kenali sebagai kuil utk warga Rome. tgk bawah sama x ?

source : Wikipedia

lebih kurangkan ? haa... kawan-kawan tahukan Rome adalah negara romantik selain di Paris. [wah verangannya mahu honeymoon di sana. huhu]. sb tu pelamin Roman ini menjadi pilihan hati walaupun pada mulanya terpegun dan terpaku dengan pelamin Red is Cinta. hehe. [kak dina pandai design pelamin yang unik. go kak dina go].

alamak... kene wat esei utk ceritera cinta aku dan bintang. erk.. yang boleh meremangkan para juri ? hoho. tatau nak citer apa. haha. oke la citer la sketkan pasal aku dan bintang (incik tunang).


pandangan pertama detik percintaan kami bermula dengan perkenalan secara tidak sengaja dengannya. waktu itu kawan ku telah mengajak aku utk menemani dia berjumpa dgn kekasih hatinya. owh kemalasan menguasai jiwa. kepenatan di segenap tubuh membuatkan aku menolak ajakkannya. tetapi setelah di pujuk olehnya, aku memaksa diri demi seorang sahabat. pertemuan pertama aku bersama bintang adalah ketika kawan ku menjemput kekasihnya di kediaman mereka. [blok kediaman bujang TUDM] kekasih kawan itu membawa seorang kenalannya untuk menemani aku katanya. [ya lah kan takkan aku nk cekelat angin lak. dorang syiok ngedate aku telan angin. hoho] di situ detik bermula perkenalan antara kami.

.cubaan praktikal for mommy daddy to be.
.wah verangan kan haha~!.


waktu ketika itu perasaan aku bercampur baur samada mahu ikot atau mahu kawan ku itu menghantar aku pulang ? [yalah aku kan anti army waktu itu. ntah la perasaan itu] terpaksa jua aku mengikut kawan ku itu. kami ke Uptown Under Roof (UUR) di Kota Damansara. saat keluar dari kereta, DIA memandang ku dan kami berbalas pandangn. dia tersenyum. menampakkan taringnya. haha. dalam hati aku cakap "eeeeiiii ada siong. nasib kacak" geli hati sendiri aku. kami terus ke gerai-gerai makan di sekitar UUR. aku di tinggalkan berdua dengannya oleh kawan ku. adeh mak.. kecot perot aku. cam ada butterfly menari-nari. haha. buat buat cool. mengomkan aku. [eh eh eh knp aku nk control ayu lak ni. mongok sara ni. haha] tp yang nyata aku tidak keruan. 

bermula perbualan kami.

me: dah lama keje TUDM ?
dia: nk dekat 8 thn dah.
me: oooo... 
dia: keje kat mana ?
me: kat OUM. [sambil menghulurkan bisnes card]
dia: sedap nama... Sarah.... Her... camne nk sebut yg belakang ni ?
me: Hernyzar... [duduk x diam dah ni. sesengeh sesengeh]
dia: lama dah ?
me: baru jep. hmmm.. kak amik order... [cover cover]
kak gerai: minum apa ?
dia: nescafe ais
me: sama laa...

************** tettttttttttttttt********** sunyi seketika.

dia memakai topi. oleh itu aku x dapat melihat anak matanya. geram pn ada. sb x dpt tgk muka dia dgn jelas. dia dok jenjeling kat aku. last-last....

me: [ketok topi depannya].. eeeeeiiiii.. jgn la pandang org camtu.. mongok. buka la topi ni. [tolak topinya]
dia: hehehheeee... [sambil betulkan kedudukan topinya]

*aksi ganas dan selamba aku disitu. itu tandanya... aku sgt tidak keruan.. owh tidakkkkk~!

yea.. akhirnya aku dpt tgk matanya. dan..... dub dub dub... eh nape jantung ku ni. adoi perot ku... kriuk kriuk kriuk... padahal dah membantai makan nasi ambeng kat umah dua bungkus. nk kata lapar x. nape ni cam memulas mulas ni. air minuman sampai. aku sedut sampai abes. macam la dahaga sangat. isk aku ni tak keruan plak tetiba. haha. then telefon ku berdering. kawan ku ajak pulang. owh lega sungguh di situ. haha.

dalam perjalanan pulang, kawan ku melencong ke tanjung harapan. amik kau sampai ke port klang sono. perghhh... layan kan je lah.. hoho~! smpi kat sana mula mati kutu. nk buat apa ? aku selamba je jln2 kat tepi-tepi kwsn tanjung harapan tu. jumpa tempat duduk then aku duduk sambil ngap choki-choki. eh eh dia follow. lagi sekali dub dab dub dab. err.. nape ikot nih. ceit. dia pn melabuhkan montotnya di sebelah aku. sambil bernapas asap. perokok tegar beliau ini. ah ada aku kesah ? lalallalaaa.. isk bowink la plak. senyap je. hurmm.. borak-borak la dari citer ngarut smpi la ke perkenalan ahli keluarga. eh eh lari topik. ckp pasal family lak. hurmmm.. pastu senyap balik. last-last aku soh dia nyanyi. "nyanyi ah satu lagu. bowink ni" then dia diam. malu kot. aku selamba. dah x gelabah mak limah dah. then dia pn bersuara. "nak nyanyi lagu apa ?" aku jawab "apa-apa lagu janji nyanyi"

jeng jeng jeng... dia nyanyi kau. wah permintaan tertunai. sukanya. haha. jarang ada lelaki yg akan tunaikan permintaan aku. especially nyanyi. apakah ini salah satu ujian kelulusan utk tackle aku ? haha. mana de. mmg aku suka nyanyi. dan aku saja suka-suka minta dorg nyanyikan. tp most of them x nak nyanyi. malu katanya. eh yang ini x pulak. haha. betol dah dia nyanyi. kau tahu dia nyanyi lagu apa ? dia nyanyi lagu Sayang Kinabalu. pergghhhh.. tau ah dari Sabah. tp x kan lagu tu je yg melekat di hati ? x de lagu glemer sket ke ? haha. tp suaranya sumpah sedap. smpikn aku soh dia ajar nyanyi lagu tu. haha. mengom tol aku ni. 

then kawan ajak balik. ini serius punya balik. balik umah la. hantar dorg ke kediaman dorg.

me: k bye.. tekke.
dia: bye.. jaga diri.
me: [sesengeh sesengeh]
dia: [senyuman siong]

sampai je umah aku terus tergolek atas katil. mantok gilew and penat [wahwahwah tadi x penat bercengkerama di bawah bulan purnama. haha] hp munyik. eh dia sms la. "selamat malam. tido lena" dan aku di buai mimpi. perkenalan seharian yang singkat dan membuatkan aku rasa mahu melompat bintang. kegembiraan yang tidak tergambarkan.

dari saat aku berkenalan dengannya, kami meneruskan hubungan sebagai seorang kawan. 

sehingga waktu aku menerima 1 msg yang sgt menyentuh hati wanita aku.

"saya akan menjaga awak sehingga awak bertemu dengan kekasih pilihan awak yang sebenarnya"

dan msg itulah yang mengubah aku untuk menerima dirinya seadanya dia. msg yang membuatkan perasaan rindu mula terbit bibit cinta mula berputik kasih kian bercambah dan "SAYA SAYANG AWAK". perhubungan kami berjalan seperti biasa. walaupun terdapat bbrp detik pergaduhan tapi ia bagaikan mengeratkan lagi hubungan kami.

setahun berlalu... alhamdulillah. kami mengenali hati budi masing-masing. walaupun usia baru setahun jagung, kami membuat keputusan untuk mengikat. dia melamarku di waktu makan malam.

dia: sayang... dah sedia nk jadi suri hati abi ?
me: erk... [blushing. dalam hati melompat-lompat kegirangan. oke saya gatal nk menikah. haha]
dia: kalau dah sedia boleh la kita langsung..
me: insyaAllah. [kembang setaman hati aku ini owh.....]

alhamdulillah kami selamat bertunang pada 30.Oktober.2010 dan bakal mendirikan rumah tangga setahun lagi. doakan kebahgiaan kami hingga hujung nyawa.

The End.


p dot s: doakan kebahagian kami dan terima kasih kepada Dina Halim kerana telah menaja Online Contest ini. Ini membuatkan saya terkenang waktu indah perkenalan antara kami. sesuatu yang indah utk tersenyum sepanjang penulisan entry. XOXO~!

With LOVE,

16 comments:

  1. iedayah and kina... TQ dear... doakan ya.. hehe~! verangan oke... :p

    ReplyDelete
  2. rndunye saat kawin.
    nadia nk kawin lagi skali boleh?
    huuuuhuhu..
    selamat mnjadi bakal pengantin yg sungguh cantik syg..

    ReplyDelete
  3. TQ dear.... nadia boleh je wat persandingan lagi sekali... join la contest ni... hehehehe~! mnta DH buatkan utk ulang tahun nadia ke.. (^_^)

    ReplyDelete
  4. good luck dear =D

    btw i ada award utk u, nanti dtg collect k...

    ReplyDelete
  5. indahnya......
    percintaan kalian...
    sempoi jeks....hihi

    ReplyDelete
  6. indahnya....
    percintaan kalian...
    sempoi jeks...hihihi

    ReplyDelete
  7. thanx sue... biasa2 jep.. hahahaha... malu nyew rasa..

    ReplyDelete
  8. hye..smoga berjaya..i join contest ni gak..jom exchange link..:)

    ReplyDelete
  9. hye adila... TQ dear... gudluck to u too.. hehe~!

    ReplyDelete
  10. Salam. Saya singgah menjenguk entri ini. Semoga berjaya dalam peraduan ini.

    :)

    ReplyDelete
  11. kak dina... TQ.. doakan sara berjaya.. amin ya rabbal alamin... XOXO~!

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar