BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

#04 Online Contest : Our True Love Story {CST PRODUCTION}

Kisah Ceritera Cinta Hernyzar Helmizan. keterujaan untuk di abadikan di dalam 'short story' dari CST Production

kawan-kawan pasti sudah kenal akan CST Production. sebuah organisasi yang berpengalaman dalam merakankan detik-detik indah pasangan yang mendirikan rumahtangga. Kini CST merupakan pengulas pandangan, penyunting dan juga videographer. mereka mempunyai pengalaman yang meluas di samping mempunyai ijazah di dalam bidang perfileman. oleh itu anda tidak rugi sekiranya memilih mereka sebagai Official Videographer untuk majlis perkahwinan anda. [promote demi masa depan. ngee~!]

Utk contest dari CST Production ini, aku perlu menulis ceritera cinta kami. Short Love Story named Our True Love Story. waiceh. nk citer apa ya ? hehe. 


detik percintaan kami bermula dengan perkenalan secara tidak sengaja dengannya. waktu itu kawan ku telah mengajak aku utk menemani dia berjumpa dgn kekasih hatinya. owh kemalasan menguasai jiwa. kepenatan di segenap tubuh membuatkan aku menolak ajakkannya. tetapi setelah di pujuk olehnya, aku memaksa diri demi seorang sahabat. pertemuan pertama aku bersama bintang adalah ketika kawan ku menjemput kekasihnya di kediaman mereka. [blok kediaman bujang TUDM] kekasih kawan itu membawa seorang kenalannya untuk menemani aku katanya. [ya lah kan takkan aku nk cekelat angin lak. dorang syiok ngedate aku telan angin. hoho] di situ detik bermula perkenalan antara kami. 

waktu ketika itu perasaan aku bercampur baur samada mahu ikot atau mahu kawan ku itu menghantar aku pulang ? [yalah aku kan anti army waktu itu. ntah la perasaan itu] terpaksa jua aku mengikut kawan ku itu. kami ke Uptown Under Roof (UUR) di Kota Damansara. saat keluar dari kereta, DIA memandang ku dan kami berbalas pandangn. dia tersenyum. menampakkan taringnya. haha. dalam hati aku cakap "eeeeiiii ada siong. nasib kacak" geli hati sendiri aku. kami terus ke gerai-gerai makan di sekitar UUR. aku di tinggalkan berdua dengannya oleh kawan ku. adeh mak.. kecot perot aku. cam ada butterfly menari-nari. haha. buat buat cool. mengomkan aku. [eh eh eh knp aku nk control ayu lak ni. mongok sara ni. haha] tp yang nyata aku tidak keruan. 

bermula perbualan kami.

me: dah lama keje TUDM ?
dia: nk dekat 8 thn dah.
me: oooo... 
dia: keje kat mana ?
me: kat OUM. [sambil menghulurkan bisnes card]
dia: sedap nama... Sarah.... Her... camne nk sebut yg belakang ni ?
me: Hernyzar... [duduk x diam dah ni. sesengeh sesengeh]
dia: lama dah ?
me: baru jep. hmmm.. kak amik order... [cover cover]
kak gerai: minum apa ?
dia: nescafe ais
me: sama laa...

************** tettttttttttttttt********** sunyi seketika.

dia memakai topi. oleh itu aku x dapat melihat anak matanya. geram pn ada. sb x dpt tgk muka dia dgn jelas. dia dok jenjeling kat aku. last-last....

me: [ketok topi depannya].. eeeeeiiiii.. jgn la pandang org camtu.. mongok. buka la topi ni. [tolak topinya]
dia: hehehheeee... [sambil betulkan kedudukan topinya]

*aksi ganas dan selamba aku disitu. itu tandanya... aku sgt tidak keruan.. owh tidakkkkk~!

yea.. akhirnya aku dpt tgk matanya. dan..... dub dub dub... eh nape jantung ku ni. adoi perot ku... kriuk kriuk kriuk... padahal dah membantai makan nasi ambeng kat umah dua bungkus. nk kata lapar x. nape ni cam memulas mulas ni. air minuman sampai. aku sedut sampai abes. macam la dahaga sangat. isk aku ni tak keruan plak tetiba. haha. then telefon ku berdering. kawan ku ajak pulang. owh lega sungguh di situ. haha.

dalam perjalanan pulang, kawan ku melencong ke tanjung harapan. amik kau sampai ke port klang sono. perghhh... layan kan je lah.. hoho~! smpi kat sana mula mati kutu. nk buat apa ? aku selamba je jln2 kat tepi-tepi kwsn tanjung harapan tu. jumpa tempat duduk then aku duduk sambil ngap choki-choki. eh eh dia follow. lagi sekali dub dab dub dab. err.. nape ikot nih. ceit. dia pn melabuhkan montotnya di sebelah aku. sambil bernapas asap. perokok tegar beliau ini. ah ada aku kesah ? lalallalaaa.. isk bowink la plak. senyap je. hurmm.. borak-borak la dari citer ngarut smpi la ke perkenalan ahli keluarga. eh eh lari topik. ckp pasal family lak. hurmmm.. pastu senyap balik. last-last aku soh dia nyanyi. "nyanyi ah satu lagu. bowink ni" then dia diam. malu kot. aku selamba. dah x gelabah mak limah dah. then dia pn bersuara. "nak nyanyi lagu apa ?" aku jawab "apa-apa lagu janji nyanyi"


jeng jeng jeng... dia nyanyi kau. wah permintaan tertunai. sukanya. haha. jarang ada lelaki yg akan tunaikan permintaan aku. especially nyanyi. apakah ini salah satu ujian kelulusan utk tackle aku ? haha. mana de. mmg aku suka nyanyi. dan aku saja suka-suka minta dorg nyanyikan. tp most of them x nak nyanyi. malu katanya. eh yang ini x pulak. haha. betol dah dia nyanyi. kau tahu dia nyanyi lagu apa ? dia nyanyi lagu Sayang Kinabalu. pergghhhh.. tau ah dari Sabah. tp x kan lagu tu je yg melekat di hati ? x de lagu glemer sket ke ? haha. tp suaranya sumpah sedap. smpikn aku soh dia ajar nyanyi lagu tu. haha. mengom tol aku ni. 

then kawan ajak balik. ini serius punya balik. balik umah la. hantar dorg ke kediaman dorg.

me: k bye.. tekke.
dia: bye.. jaga diri.
me: [sesengeh sesengeh]
dia: [senyuman siong]

sampai je umah aku terus tergolek atas katil. mantok gilew and penat [wahwahwah tadi x penat bercengkerama di bawah bulan purnama. haha] hp munyik. eh dia sms la. "selamat malam. tido lena" dan aku di buai mimpi. perkenalan seharian yang singkat dan membuatkan aku rasa mahu melompat bintang. kegembiraan yang tidak tergambarkan.

dari saat aku berkenalan dengannya, kami meneruskan hubungan sebagai seorang kawan. 

sehingga waktu aku menerima 1 msg yang sgt menyentuh hati wanita aku.

"saya akan menjaga awak sehingga awak bertemu dengan kekasih pilihan awak yang sebenarnya"

dan msg itulah yang mengubah aku untuk menerima dirinya seadanya dia. msg yang membuatkan perasaan rindu mula terbit bibit cinta mula berputik kasih kian bercambah dan "SAYA SAYANG AWAK". perhubungan kami berjalan seperti biasa. walaupun terdapat bbrp detik pergaduhan tapi ia bagaikan mengeratkan lagi hubungan kami.

setahun berlalu... alhamdulillah. kami mengenali hati budi masing-masing. walaupun usia baru setahun jagung, kami membuat keputusan untuk mengikat. dia melamarku di waktu makan malam.

dia: sayang... dah sedia nk jadi suri hati abi ?
me: erk... [blushing. dalam hati melompat-lompat kegirangan. oke saya gatal nk menikah. haha]
dia: kalau dah sedia boleh la kita langsung..
me: insyaAllah. [kembang setaman hati aku ini owh.....]


alhamdulillah kami selamat bertunang pada 30.Oktober.2010 dan bakal mendirikan rumah tangga setahun lagi. doakan kebahgiaan kami hingga hujung nyawa.

The End.

p dot s: kawan-kawan boleh menyertai contest ini dengan singgah di CST Producation Facebook. gudluck kawan-kawan. XOXO~!

6 comments:

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar