BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Ramadhan Al-Mubarak ♥


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

tahun ini merupakan tahun terakhir aku akan menunaikan ibadah puasa sebagai seorang DARA. eceh~!! insyaAllah jika di izinkan Allah Taala tahun hadapan aku akan berpuasa dengan seorang insan istimewa yang yang bergelar suami yang telah tercipta utk ku olehNya. berceritera berkenaan puasa.. tahun ini merupakan tahun ke 3 aku berpuasa bersama bintang hati HELMIZAN MOHD AMIN. selama 3 tahun meredah arus perhubungan sebagai kawan pada tahun pertama. sebagai couple pada tahun kedua dan sebagai tunangan orang pada tahun ketiga. Alhamdulilah utk 2 tahun yang lepas kami sama-sama menunaikan ibadah puasa dengan penuh ketenangan dan barakah insyaAllah. smga pada tahun ini akan lebih mematangkan kami untuk menyiapkan diri bagi merempuh alam baru pada tahun hadapan. insyAllah dengan izin Allah.

di kesempatan ini, aku dan diriku memohon seribu kemaafan dan keampunan sekiranya ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang disengajakan atau tidak disengajakan. yang terbaik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri ku sendiri. bersama kita perbaiki diri.

BERSAMA KITA MENDAPAT BARAKAH DI BULAN YANG MULIA INI BULAN RAMADHAN.
INSYAALLAH. AMIN.

2 comments:

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar