BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Part #13 : Panggilan Telefon Misteri (Nenek) ♥


jom sambung debaran dan "kemisterian" ceritera pendek ni. yang lain lain KAT SINI.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*nak tahu link asal boleh click pada setiap part*

Bila aku dapat tahu tentang kisah Freddie yang kehilangan orang tersayang hanya selepas beberapa hari dia terpaksa berhenti kerja, aku rasa sedih, hati agak terguris. Mesti Freddie ni ada masalah dengan sesuatu yang menyebabkan dia jadi mcm tu, lebih-lebih lagi dia bersikap pelik, sebelum awek dia meninggal lagi, jadi bukan faktor dia sedih atau apa2. Mungkin kah nenek tu yang jadi punca Freddie berubah daripada seorang pekerja komited kepada bermasalah?

Aku ada bertanya pada Danny, sama ada dia dah cuba hubungi Freddie, Danny geleng kepala. Bila aku tanya kenapa tak contact lagi, dia jawab "Nak tunggu awk lah..". Owh,nak suruh aku cakap dengan freddie ke apa ni? Sangat tak sesuai okay, since awk tu Cina Hakka, awk la paling sesuai nak call Freddie pun ->ayat ni just ckp dalam hati jeee 

"Sy cuba call dia skrg, awk ready?" Danny pandang aku,lama. Tak tau nape satu perasaan yg lain pulak wujud dlm hati aku, ok aku tau ni bukan board Cinta, jadi skip bab ni.. Danny on loudspeaker, nak bagi aku dengar sama. Masing-masing muka serious tak hengat. 

Danny pun dail lah nombor tu, jawapan yang diterima "The number that u've dial is currently not in service". Spontan aku dengan Danny ketawa sama, dah la standby bukan main lagi, last2 tak dapat dihubungi pulak. Gelak punya gelak, untuk kali kedua. Nenek tua ketawa bersama-sama, dan aku spontan diam, tapi Danny masih lagi dengan tawanya. Bila Danny tengok aku diam, dia pun diam. "Why? U heard the same thing,mcm malam tu?" Aku mengangguk dengan hati yang berdebar sangat, jangan-jangan nenek tu duduk semeja dengan kitorang 

"Mcm ni la Sha... sy rasa mungkin nenek ni, nak kita cari Freddie. Mungkin ada sesuatu, yg nak dia sampaikan?"
"Nak cari Freddie mcmana? Ada nombor phone je, tu pun tak dpt call"
"Mana tau cuma off phone ke? Currently not in service saja kan? Masih ada harapan lagi"
"Ok..mcm ni... sy send sms k, kalau delivered, kita call terus. Of coz ada delivery report kalau dia on phone kan?" cadangan aku.

Danny setuju. Aku send sms pada Freddie "Call me back. Urgent" itu je yg aku sms tapi sms Danny lebih dramatic 
Sms Danny pada Freddie "Hello I'm Danny, i think u need my help. Heard about u from an old women that always call me and ask about u" - gigih gila sms mcm ni, tak pasal2 je kalau nenek tu yang baca. Haha.

Danny takde banyak sgt masa sebab dia perlu kembali ke pejabat. Danny hantar aku ke rumah dan pesan, kalau apa-apa jadi, tolong jangan panik. Aku cakap ok, aku cuba tapi aku tak berapa nak janji. Kalau dah panik tu, panik jugak kan.

Aku balik ke rumah dengan perasaan yang berdebar. Asyik check bila lah agaknya sms tu nak delivered, tp sebaik je jam dah melebihi pukul 9 mlm, aku beranggapan mungkin Freddie dah tak pakai pun nombor tu, jangan2 dah tuka nombor dah pun, ye lah dah berlalu hampir 6 tahun kan, kadang2 ada jenis orang memang suka bertukar nombor telefon. Aku je yang setia pakai nombor yang sama sejak aku ada handphone pertama waktu usia 17 tahun sampai lah sekarang ni.

Lepas tengok Buletin Utama, aku mandi. Lepas mandi je, aku terus lepak kat ruang tamu sambung tengok tv. Handphone pulak kat dlm bilik. Aku rasa dlm pukul 10 mcm tu kot, baru aku de tengok handphone, berderau darah aku bila tengok ada 3 missed call. Siapa pulak, Freddie ke? Aku tekan missed call tu, sah Freddie! Dan ada 1 sms dari Danny "Freddie call tak?".

Aku call Danny balik, sebab aku tak biasa & rasa sedikit takut nak call Freddie tengah2 malam mcm ni. 

"Hello? Danny..?"

Bersambung ...
p dot s: aiyoooiiii.. sambung lagi. hikhikhik~!!! derau x darah kalian ? hah jgn x cayo den pun derau je raso. ilek ilek. jangan panik. haha. k sambung lg nnt.

6 comments:

  1. sara...next part bile lak??huhu
    xsabar nk tau n...hukhuk

    ReplyDelete
  2. ya Allah.. sungguh2 ain follow citer ni. kita tido la dulu. malam dh ni. tgu sok pagi k. jom bobok dulu. hehe :)

    ReplyDelete
  3. sara...pnjang lg ke cter ni..bp episode sme. tidur mlm i x lena skrg. bukn sbb nenek kamsia..tp sbb danny..haha

    ReplyDelete
  4. hehehe...sara jgn xtau..mmg addicted dah n..xsbr nak tau.cam tgk drama bersiri kat tv j..hehehe

    ReplyDelete
  5. hahaha orked dah sangkut dgn danny. nnt tgu ada part tersweet. mmg cam berangan kita ada kat situ. kahkahkah.

    sabar ain sabar. hehe. tp kalau di dramakn citer pn best kan ? mesti laku. kahkahkaj~!!!

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar