BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Part #19 : Panggilan Telefon Misteri (Nenek) ♥


malas nak membebel. teruskan je lah dengan episode ni. yg ketinggalan korang KOREK DI SINI
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*nak tahu link asal boleh click pada setiap part* 

Nota : Kisah Freddie ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Freddie, yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Freddie, hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita. 

Freddie hanya tersenyum apabila jiran memaklumkan tentang kematian nenek tersayangnya, di dalam hati terdetik rasa tidak percaya. Freddie nekad hendak membuktikan bahawa neneknya masih hidup, buktinya adalah Puan Nasha sendiri, yang menerima panggilan daripada nenek. Mungkin ada yang tidak senang padanya, membakar rumahnya dan menculik neneknya, mungkin? Pelbagai perkara terlintas di kepalanya.

Apabila melihat Freddie yang seperti tidak keruan, selagi lagi jiran Freddie memaklumkan hal yang sama, dengan harapan agar Freddie cuba untuk menerima kenyataan,walaupun pahit. 

"Mustahil pakcik, bekas majikan sy kata, nenek baru je telefon ke pejabat pagi tadi bertanyakan tentang sy, dan sekarang, pakcik cakap nenek sy dah meninggal dunia beberapa hari lepas?" Freddie panas hati, terasa dirinya dipermainkan.

"Pakcik tak sampai hati nak, tp kamu tau kan anak pakcik kerja sebagai wartawan. Anak pakcik sendiri yang ambil gambar mayat mendiang nenek kamu Freddie, kalau kamu tak percayakan pakcik, kamu percaya lah laporan akhbar tu. Pakcik kenal kamu sejak kecil lagi, perkara mcm ni, pakcik tak main-main. Kamu tu dah mcm anak pakcik sendiri" Getar suara jirannya kedengaran sayu, walaupun jarang bertegur sapa dengan nenek tua itu atas sebab kesukaran berkomunikasi, tetapi baginya nenek tua itu baik hatinya, menghormati orang lain, dan sekali-sekala menghadirkan diri ke majlis keramaian sekiranya dijemput. Sewaktu anak daranya berkahwin, nenek tua itu lah yang bersungguh-sungguh membantu itu dan ini kerana majlis hanya di buat di kampung, kerahan tenaga nenek itu seperti membantu ahli keluarga sendiri. Hanya senyuman dan anggukan nenek tua itu setiap kali berjumpa sahaja sudah menunjukkan kelembutan hatinya.

"Pakcik rasa, elok lah kamu bertanya pada Encik Wong (nama samaran), dia lah yang menguruskan pengebumian nenek kamu Freddie, setelah 3 hari kami cari kamu, tapi tak pernah dapat. Baru kelmarin pengebumian nenek kamu diteruskan saja, walaupun tanpa kamu. Bukan pakcik tak pernah hubungi, tapi kamu yang tak dapat dihubungi langsung. Pakcik minta maaf, pakcik tau kamu kecewa. Marilah, pakcik temankan kamu pergi melawat kubur nenek kamu, dia dah pergi.. Kamu perlu teruskan hidup, jangan mcm ni Freddie" Jirannya, seorang lelaki yang sudah berumur itu, terus memujuk.

Freddie terduduk. Menangis. Kekesalan yang amat, dia tahu tiada gunanya lagi, nenek telah pergi... jauh... 

Beberapa bulan kemudian...

Freddie telah menerima hakikat bahawa neneknya sudah tiada, sudah tiba masanya untuk Freddie, meneruskan kehidupannya. Tanpa Joana, tanpa nenek yang telah dianggap seperti ibu kandung. Air mata sering mengalir di pipinya, menyesali apa yang berlaku, membuatkannya nekad untuk terus bangun dan tidak lagi mengecewakan sesiapa. Freddie sedar, kemewahan tetap tidak mampu mengembalikan segalanya.

Freddie membuat keputusan untuk berhijrah ke tempat lain, ke tempat yang tiada sesiapa pun mengenali dirinya, untuk memulakan hidup baru. Sebelum Freddie berpindah, Freddie sempat mengunjungi tempat kerja lamanya, hanya sekadar untuk bertanya khabar.  Kedatangan Freddie ke situ setelah beberapa bulan menghilang, mengejutkan Puan Nasha. Tanpa berlengah, Puan Nasha terus bertanyakan khabar nenek Freddie.

"Nenek sy dah meninggal Puan.. meninggal sebab terperangkap dalam kebakaran" jelas Freddie.

Puan Nasha hanya berkerut dahi, menggeleng kepala dan tersenyum. "Kamu ni Freddie, suka sgt bergurau. Hal-hal mcm ni suka gak bergurau eh" Kata Puan Nasha, Freddie hairan, raut wajahnya memohon penjelasan. 

"Nenek kamu tu, masih lagi telefon sini Freddie. Maaf lah kalau awk tersinggung, tapi sy rasa agak terganggu, sebab tu sy terpaksa tukar nombor telefon ni, walaupun sukar terpaksa maklumkan dengan semua client, tapi nampaknya mcm sy tiada pilihan. Kalau nak disekat pun panggilan nenek awk tu, banyak pula prosedur nya" Kata Puan Nasha,selamba.

"Puan, bila kali terakhir nenek sy call?"
"Herm, bulan lepas kot. Nombor baru ni pun baru kami tuka dalam bulan ni"
"Mustahil... mungkin org lain tak"
"Tak lah, nenek tu memang ada sebut nama awak tiap kali dia call"
"Mustahil Puan... nenek sy dah meninggal, kalau Puan tak percaya, Puan boleh ikut sy, sy bawa Puan pergi ke kubur nenek sy. Atau pun kalau Puan takde masa, bila2 sy free nanti, sy boleh fax pada Puan, sijil kematian nenek sy"

Kali ini,Puan Nasha pula yang terpinga-pinga. Persoalan misteri itu masih tidak berjawab, sehinggalah pada hari Freddie berpindah ke tempat baru, persoalan itu masih tinggal misteri, tanpa jawapan. 

Kisah Freddie tamat di situ .. 

Aku yang dengar cerita dia, bukan lagi bergenang air mata, tapi sudah teresak-esak menangis. Hati aku cukup tersentuh dengan pengalaman yang dilalui Freddie. Menurut Freddie,dia memang sudah tidak menetap di sini, tapi kerana terlalu rindukan neneknya, dia pulang menziarahi kubur dan juga menjenguk jirannya yang sudah beberapa tahun ditinggalkan. Freddie dah apply cuti untuk habiskan cuti yang dia belum claim, sebelum masuk ke tahun baru 2010. Sewaktu aku dan Danny jumpa Freddie, waktu tu penghujung tahun 2009, dan nenek Freddie sebenarnya telah meninggal dunia pada tahun 2001,sewaktu Freddie berusia 24 tahun. Kini, Freddie sudah pun berkeluarga dan isterinya sedang mengandungkan anak kedua. Anak sulung Freddie, diberikan nama yang serupa dengan mendiang neneknya, atas rasa kasih yang masih menebal.

Namun kepulangannya kali ini, tidak bertemankan isteri kerana isterinya juga bekerja, sebagai seorang tukang masak di salah sebuah sekolah berasrama. Freddie pulang, keseorangan. Freddie agak terperanjat apabila menerima sms daripada aku dan Danny, yang memaklumkan tentang neneknya. Aku ada bertanyakan tentang nombor Freddie yang tidak dapat dihubungi pada awalnya. Menurut Freddie, nombor lamanya tidak lagi digunakan sebagai nombor utama, sebab dia ada satu lagi nombor. Tapi nombor lama masih lagi simpan, sebab nombor tu antara kenangan dia bersama mendiang Joana, dibelikan oleh mendiang Joana untuknya, kira mcm nombor couple gitu lah, nombor seakan-akan sama.

Nombor yang lama tu hanya dia on 2 atau 3 hari sekali je, kadang2 nak check kot2 ada sms dari kawan2 lama yang dia tak pernah maklumkan tentang pertukaran nombor. Kadang2 on simkad tu pun hanya sekadar suka2, kerana sms2 Joana masih lagi disimpan nya dalam simkad tu. Freddie tergelak kecil bila Danny usik, isteri tak tau ke. Freddie cakap tak, dia pun gelak sama. 

Tanpa kitorang sedar.. jam pun dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi, aku pulak asyik menguap je sebab aku tak biasa tido lewat.

Itu serba sedikit cerita dari pihak Freddie. Update yang seterusnya, aku akan ceritakan siapakah "nenek" yang selalu call kitorang. Adakah nenek Freddie tu sebenarnya belum meninggal? Adakah semuanya kebetulan atau cross line sahaja? 

Bersambung ..bung...
p dot s: fuhhh tamat sudah siaran freddie. haha. tp misteri si nenek masih belum terungkai. masih sanggup menunggu kah ? ala tgl lg beberapa episod saja. sabar la eh. hehe :)

3 comments:

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar