BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ RESEPI : Chocolate Cake ♥

As'salam dan Salam Sejahtera buat sahabat sekalian.
*fooohhh fooohh foohhhhh*
buang habuk di blog dengan entry best ni. Entry pasal makanan.
Lama dah tampal entry sejak sejak bercuti dan berholiday ni.
Kita mulakan dengan yang ini lah eh Resepi Kek Coklat
Jom layan.

Bahan A :
· 1 cwn air
· 1/2 cwn serbuk koko Van Houten
· 1/4 cwn gula pasir

Bahan B :
· 250gm Buttercup
· tepung kek + susu tepung = 2 cwn
· 5 biji telur ---> asingkan putih & kuning
· 3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh)
· sedikit badam / chipsmore / coklat chip
· sedikit esen vanilla & perisa rose

Hiasan :
· 100 - 150 gm coklat masakan
· sedikit butter
· sedikit badam / coklat chip @ rice (pilihan)

Cara-cara

Kek Coklat for Family-In-Law


  1. Bahan A : satukan dlm satu periuk. Masak secara di atas api kecil @ sederhana. Pastikan ianya likat & sejukkan. Sambil2 tuh boleh lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.
  2. Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti 'meringue' tak jadi. ) ---> utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan 'mata' yang terdapat dlm putih telur tu.
  3. Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan. (guna mixer @ guna whisk pun boleh). *NOTA: kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas, bermakna ia dah cukup kembang*
  4. Masukkan butter, gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.
  5. Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).
  6. Kluarkan adunan tadi dr mixer... masukkan badam / chipsmore (kalau suka), gaul sebati.
  7. Satukan Tepung Kek & Susu Tepung (boleh juga gunakan susu segar), ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan-bahan yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A.
  8. Masukkan putih telur (meringue) tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 - 40 minit). Sejukkan.
  9. Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler', masukkan sedikit butter (untuk bagi ia berkilat). Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat chip @ chocolate rice @ badam.

TIPS: kalau rajin boleh potong kek kepada dua lapisan. Then tuang coklat masakan tadi. Lapiskan semula. Pastu hiaskan seperti step9.

Selamat Mencuba~!!!! (^_____^)

2 comments:

  1. awesome! no one can say no to chocolate cake kan?! :D :D :D thanks for sharing!

    http://www.liyanaznil.com

    ReplyDelete
  2. thank you my dear twiggy. everybody say YES to choc cake. haha :p

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar