BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ FILEM : Review Ombak Rindu ♥


REVIEW: OMBAK RINDU

Aku dah tonton Filem Ombak Rindu hari ni (3 Dec 2011,Sabtu). lambat kan ? hari ke-3 baru hegeh-hegeh nk g tgk. tp sbnrnya aku yg malas nk berpusu-pusu berebut-rebut plus mahu pergi bersama adik-adik. Sabtu adalah hari yang terbaik untuk bersantai di hujung mggu. haha. 

sebelum pg tonton aku dah set minda aku supaya jgn terlalu ghairah sgt dgn harapan citer ni superb best. sb aku takot aku kecewa. aku tersgt sgt sgt suka dgn hasil tulisan Fauziah Ashari ni. Novel Ombak Rindu yang memberi kesan mendalam pada aku. banyak kali aku baca ttp mengalir airmata. mmg sgt menyentuh hati aku ni. oleh itu aku x nk lah berharap sama seperti bacaan novel. nnt kuciwa sendiri. eh apa aku membebel ni. haha. aku ada buat entry pasal Filem Ombak Rindu (silatekan) dulu. sb terlalu excited bila ia di filemkan. 


expresi aku masa tonton OR ni mcm terkapai kapai dan termengah mengah. kenapa ? haha. aku tahu korang mesti tny punya. hikhikhik. sb apa aku rasa mcm lemas x lemas tu ? sb satu rasa terlalu laju setiap scene tu. rasa mcm eh eh eh x sempat sempat. haha. mcm cpt sgt la. dua xde rasa spark. rasa mcm eh x sampai la. bygkn klu kita nk gantung frame kat wall tp x sampai siap jengkit jengkit. haa camtu. eh nape x sampai. haa gitu la. x sampai mcm hati ni cam x puas la. x mcm tgk citer KL Gangster. haha. [mmg la kan. KLG tu ganas OR ni romantik. apa daa Sara]

banyak part org gelak sakan. mcm satu bahan lawak. mcm filem komedi lak jadinya. aku pn gelak gak sb dh mmg lawak. haha. aku cuba menghayati tp.. x dapek. kahkahkah. sb ? sb ntah la rasa mcm kuciwa la. x sampai kot. haha. asyik la dok x sampai kn. hikhikhik. sorry.

AA berlakon mmg best. mmg cool gila bila dia nanges. nampak nanes bebetol. sebak gak la tgk dia nanes (bkn sb citer. haha). tp aku rasa... aku rasa watak Hariz seorang yang mcm tegas, sombong sket, ego sket, degil tapi penoh kasih sayang, romantik dan mencairkan. haha. ke aku ni over dreaming. haha. bnyk sgt part AA menanes. patutnya buatlah gaya tegas garang pada certain part mcm masa part dia nk gantung perkahwinan. tunjukkan taring playboynya. haa gitu. kata di kelilingi pompankan. kene la tunjuk sekali sekala keegoannya dan ke"playboy"annya. eceh pandai pandai lak aku. haha.


MK terlalu cantek utk watak ayu dan polos Nurul Izzah. kalau mcm Dira Abu Zahar oke x agak2 klu bawak watak Nurul Izzah ? haha. aku ngan adik aku rasa oke kot kalau DAZ yg bawa watak tu. sb muka dia nmpk polos dan manis. tapi MK dh beri yg terbaik. so oke la. cuma cara pakai tudung tu nmpk bersepah. x kemas. mmg lah MK x pakai tudung tp jgn la nmpk sgt yg dia x reti pakai tudung. macam Fathia dia pn x pakai tudung tp dalam wataknya sbg Amni dalam Stanza Cinta tu nmpk kemas je tudung dia. walaupun hanya bertudung bawal. mcm Tiz Zaqyah pn x bertudung tp dlm Nur Kasih kemas bertudung. tp up sket la sb trendy bertudung awning kan. Nurul Izzah kan seorang yang manis bertudung dan berwajah polos. patut jurumekap kene kemaskan tudung MK supaya x nmpk x pandai sgt nk bertudung. eceh. aku pandai pandai lak nk komen kan. ini sekadar pendapat aku jep.


Lisa Surihani watak antagonis dia oke oke je la. cuma pelat R dia ketara sgt. tp best bila dia speaking. menampakkan dia educated. educated mksdnya sb dia baru menamatkan study di oversea kn so nmpk la educated. yang lain lain oke. Lisa berjaya membawa watak Mila Emilia. tp adik aku ckp kalau kasi Izara Aishah lg best kot. haha. sb dh terpengaruh dgn watak Fiona dlm Soffiya. haha.

so nak aku kasi brp bintang ni ? dari lima aku kasi tiga boleh ? haha. apa pun team OR dah beri yang terbaik. mana mungkin sama sejiban dari dalam novel kan ? aku ni je lelebih. terlebih berangan. haha. so inilah review dari aku. sorry kalau ada pihak yang x puas hati. ini hanyalah pendapat peribadi aku. apa-apa pun aku pegi juga support tonton di pawagam. scene scene penting dalam OR mmg ada. dan terbaik la sb aku mmg ingat setiap scene dalam novel tu. smpi adik aku ckp aku yg mengarah OR. haha. mmg aku suka baca novel OR ni smpi bnyk kali pn x borink. malah setiap kali membaca pn mmg akan mengalir airmata aku.

oke la. lagi bnyk aku taip nnt lagi meluat lak org nak baca blog aku. haha. mcm bagus kan ? sorry ampun maaf ya kalau ada sesapa yg tasuke dgn tulisan aku ni. ni hanya pandangan sendiri je. x de apa pun. lain orang lain pendapat lain pandangan kan ? korang pn boleh bagi pandangan dan komen kat entry ni oke ? jumpa lagi. daa~!!!

2 comments:

  1. i agree with you!!! i tak menitik air mata laaa sbb tak sampai rasa. bc novel lg smpai rasa tu :P

    psl tudung pn i agree dgn u.hurm tp kalau watak mila tu fazura pn ok gak.dia daring n sexy haha.

    Aaron aziz saja buat i sebak ahaha.dia best.

    ReplyDelete
  2. kan ? haha. tu la tu bnyk lg boleh diperbaiki. patutnya penulis kene ada sama dgn pengarah semasa pengambaran. sb penulis lebih merasai situasi ceritera novelnya. eceh. pepandai lak aku kn. kahkahkah~!!!

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar