BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

#36 BIG DAY - Progress yang tak berapa nak progress sangat

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:
  • Pilih tarikh dan waktu bernikah. - DONE
  • Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan. - DONE
  • Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang. - DONE
  • Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan. - DONE
  • Tetapkan tema majlis. - DONE
  • Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu. - DONE
  • Rancang aturcara majlis. - DONE
  • Uruskan bajet. - DONE
  • Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
  • Hubungi saksi pernikahan
  • Pilih tempat kursus perkahwinan. - DONE
  • Tempah lokasi majlis berlangsung. - DONE
  • Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu.
  • Pilih juruandam. - DONE
  • Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis. - DONE
  • Pilih katerer. - DONE
  • Pilih jurufoto dan juruvideo. - DONE
  • Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis. - DONE
  • Pilih cincin pernikahan. - DONE
  • Pilih kumpulan persembahan. - tak perlu.
  • Pilih kek pengantin. - DONE
  • Bincang rekaan baju. - DONE
  • Bincang barang hantaran. - DONE
  • Pilih penggubah hantaran. - DONE
  • Rancang destinasi bulan madu - DONE
  • Rancang tempat tinggal selepas berkahwin - DONE

LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:
  • Himpunkan senarai tetamu.
  • Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori) - DONE
  • Tempah destinasi bulan madu.
  • Tempah juruandam. - DONE
  • Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis. - DONE
  • Tempah pengacara majlis / DJ (termasuk PA sistem). DONE
  • Tempah katerer. - DONE
  • Tempah jurufoto dan juruvideo. - DONE
  • Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis. - DONE
  • Tempah cincin perkahwinan. - DONE
  • Tempah kek pengantin. 
  • Tempah kumpulan persembahan. - tak perlu
  • Tempah penginapan untuk tetamu.
  • Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang. - DONE
  • Tempah penggubah hantaran. - DIY
  • Beli barang hantaran. - DONE
  • Hadiri kursus perkahwinan. - DONE 
  • Buat pemeriksaan kesihatan (HIV). - DONE
  • Buat rawatan muka.  - DONE *hari hari buat rawatan muka sendiri diumah.bhuahaha

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS:
  • Pilih dan tempah kad jemputan. - DONE
  • Sediakan peta lokasi. - DONE
  • Beli cincin perkahwinan. - DONE
  • Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu. - DONE
  • Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
  • Tinjau gerak kerja pereka pakaian. - DONE
  • Tinjau lokasi majlis. *umah sendiri nak tinjau apa de..bhuahahahha~!!!
  • Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
  • Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).
  • Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. - DONE
  • Bayar deposit (jika perlu) - CHECK

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:
  • Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama Negeri masing-masing. - DONE (13/07/13-sangat gelabah sb tatau kene booking lebih awal. ingat kene siapkan dokumen dulu baru g booking. foooohh alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami. alhamdulillah ya Allah.)
  • Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
  • Sahkan tempahan pakej juruandam. - DONE
  • Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis. - DONE
  • Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ. - DONE
  • Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo. - DONE
  • Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis. - DONE
  • Sahkan tempahan kek pengantin.
  • Sahkan tempahan kumpulan persembahan.
  • Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
  • Sahkan tempahan percutian bulan madu.
  • Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan). - DIY
  • Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan. - DONE
  • Buat tempahan untuk melakukan spa.
  • Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
  • Pilih senarai lagu / nasyid. - DONE
  • Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
  • Mula membungkus cenderahati tetamu.

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
  • Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
  • Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
  • Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis perkahwinan.
  • Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
  • Cetak aturcara majlis.
  • Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.
  • Mengaturkan sesi pengambaran di studio.
  • Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
  • Rancang kedudukan tempat duduk tetamu

SEBULAN SEBELUM MAJLIS:
  • Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
  • Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
  • Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
  • Buat rawatan muka dan badan.
  • Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
  • Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
  • Sediakan hiasan meja.
  • Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
  • Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
  • Berlatih senyum setiap hari.

DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
  • Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan.
  • Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
  • Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
  • Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
  • Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
  • Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
  • Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
  • Mula kemas beg untuk bulan madu.
  • Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan
  • profesional perkahwinan dalam sampul surat.
  • Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:
  • Pastikan anda sudah bercuti. - BIG DONE *kisahnya aku mmg hari2 cuti.. eh?
  • Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima.
  • Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
  • Sahkan semua perincian dengan katerer.
  • Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
  • Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
  • Buat rawatan muka dan badan yang terakhir.
  • Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
  • Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
  • Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
  • Buat raptai untuk majlis resepsi.
  • Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

SEHARI SEBELUM MAJLIS:
  • Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
  • Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
  • Pakai inai di jari.
  • Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN:
  • Bangun awal dan mandi sunat.
  • Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
  • Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
  • Lalui majlis dengan penuh gembira!

alhamdulillah ya Allah kerana mempermudahkan persiapan majlis kami.
update on 13/07/13, Sabtu - checklist utk 2 bulan sebelum masih samar samar. hurmmm. there's a lot of thing need to be done. ya Allah permudahkanlah perjalanan kami.
aamiin ya rabbal alamin.
XOXO~!!!

19 comments:

  1. perfect preparation. kagum!

    i rasa u B2B paling lama i kenal. x silap kita bertunang dan buat persiapan lebih kurang sama. tp i dah beranak pun. hehe.

    Moga sempurna semuanya ye! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. dr tahun 2010... bhuahahaa.. ini semua ujian dan dugaan dari Allah.. siapa kami nk menafikan takdir.. hanya mampu berusaha dan berdoa.. Allah jua yg menentukannya.. :D

      Delete
  2. waaahh, dupdapdupdap dah la ye..hehehe.. kita nak buat list mcm ni pun tak terbuat lagi.. lagi la goyang kaki..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe perlahan-lahan buat list.. sara pn biasa la suka gak wat keje last minute.. haha..

      Delete
  3. semoga semuanye berjalan dengan baik..risau kan nak kawen ni..macam2 bende nak kene settlekan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a lot of things need to be done.. huhu... lap peloh betol rasa.. selagi x setel majlis selagi tulah dok pikiaq..

      Delete
  4. good luck dear.. semoga sentiasa dipermudahkan. Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Wahhhh! Bestnye banyak dah setel! Camner awak wat facial yang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je. Cuci muka.. Lap dgn kain bersih... Wapkan muka dgn air panas... Scrub... Bilas dgn warm water... Tempek mask... Tgu 15-20minit... Bilas dgn air biasa... Letak moisturizer.. Easy..

      Delete
  6. hehehe.. anis pun ade checklist y lebih kurg camni.. tu pun curi dekat dalam majalah pengantin.. mmg sgt details.. nak buat sendiri mmg tak lah.. hehe

    semoga dipermudahkan segala urusan tau.. nti jgn lupe bg kad tau.. insyaAllah anis pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in-sya-Allah akan di jemput. bila kad dh siap sara akan announce eh.. hehe :D

      Delete
  7. sara, nti nak pinjam checklist sara blh? nak buat rujukan sikit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dear.. x de masalah pun.. hehe.. ni amik dari mana ntah..x ingat dh.. hehe

      Delete
  8. Banyaknyaaa nak kena buat T__T Nanti Aida kawen macam ni jugak la agaknya. Pening2~

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar